"Dah berapa hari dia tak sihat?"tanya Puan Park kepada menantunya.Dia memandang sekilas ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil.
"Seminggu jugaklah.Dia asyik muntah-muntah.Suha dah ajak dia pergi klinik tapi dia tak nak"keluh Suha.
Puan Park dan Tuan Park saling berbalas pandangan.
"Abang fikir tak apa yang saya fikir sekarang?"Puan Park cuba menahan senyumannya."Abang pun fikir macam tu jugak"Tuan Park menganggukkan kepalanya.Lelaki itu turut mengukirkan senyumannya.
Suha memandang ibu bapa mertuanya dengan pandangan yang pelik.
"Takpelah Suha.Suha jaga je budak manja ni.Tapi Suha kena tahan lah sikit dengan perangai mengada dia ni.Maybe untuk beberapa bulan ni dia akan stay dengan sikap manja dia"dalam maksud kata-kata Puan Park.
"Tapi kenapa?"
"Period Suha dah lewat ke belum?"Puan Park mendekati menantunya sebelum berbisik kepada Suha.
"Kalau diikutkan memang dah lewat dua minggu"jawab Suha tanpa perasaan curiga.
"Why not Suha cuba pregnancy test?"cadang Puan Park dengan perasaan teruja.Siapa yang tak teruja kalau dapat cucu lagi.
"Hah??"
Terbuntang mata Suha mendengar cadangn ibu mertuanya.Dia bingung seketika.Dia sendiri pun tak pernah terfikir sejauh itu.
"Tapi...rasanya tak kot"
"Cubalah dulu.Mana tahu ada rezeki"balas Puan Park.Dia berharap sangat yang Suha mengandung.
"Errr...okay eomma.Nanti Suha try tapi please jangan berharap sangat"Suha tidak mahu ibu bapa mertuanya terlalu berharap.Kalau dia tak mengandung nanti mesti mereka akan kecewa.
*****
"Abang..."
Suha menghenyakkan punggung di birai katil itu.Ian mencelikkan matanya.Mukanya sedikit pucat gara-gara dia asyik muntah sejak pagi tadi.Jatuh rasa kesian pada suaminya itu.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...