Naura memandang tajam ke arah Taehyung.Berulang kali dia mengerling jam tangan di penggelangan tangannya.Hampir satu jam dia tercongok dalam butik ini tapi tak selesai lagi mamat ni cari baju.
'Dia ni pilih baju ke jahit baju!Eii pilih baju mengalahkan perempuan.Aku yang perempuan asli ni pun main rembat je baju' rungut Naura dalam hati.
Ian pula menemani Aisya pergi membeli barang dia bersama Fayyad.Kenapa Fayyad pun ikut sekali sebab dia tak nak Aisya dekat-dekat dengan abang ipar mereka.Suha tidak ikut sekali kerana Ayden buat hal.Asyik menangis je kerja.
Widad turut sama ikut kerana nak beli barang sikit katanya tapi hakikatnya...cakap jelah nak mengatal dengan Taehyung.
Hani dan Naura saling berpandangan sambil tersenyum sinis melihat Widad yang asyik menempel dengan Taehyung.
"Gedik"kata mereka serentak.
"Dik,lambat lagi ke partner adik tu?"tanya Hani yang mula kebosanan.
"Ehh sape pulak partner adik?"
"Tu...cik abang handsome tulah"goda Hani sambil mengukirkan senyuman nakal.Saja nak menyakat gadis itu.
"Kak Hani jangan nak mengarut eh"cebik Naura.Malas mahu melayan Hani.
"Weii gedik! Boleh tak kau pergi jauh sikit daripada dia?Berbulu mata aku tengok.Tae pun dah semak dengan kau.Jadi perempuan tu biar ada sikit rasa malu!"tempelak Hani selamba.Mata Widad memandang tajam Hani yang membuat mimik muka meluat itu.
"Elehh kalau jealous cakap jelah jealous"sinis Widad.
"Jealous? Totally not.And kalau Tae lambat lagi aku dengan Naura nak pergi makan dulu.So ddadaa~"laju aja Hani bangun bersama Naura untuk meninggalkan mereka berdua.
"Wait!Janganlah pergi lagi.Tunggu kejap je"halang Taehyung terdesak.Tak naklah dia berdua-duaan dengan si Widad ni.Menggeletis je kerja.Eiii nasib baik kau ni sepupu ipar kawan baik aku kalau tak memang aku lempang jugak perempuan ni😒
"Duduk jelah dengan minah gedik ni.Kitaorang dahlah lapar sekarang.Awak tu dari tadi duk pilih baju tak selesai selesai jugak"dengus Naura.
"Please tunggu kejap.Nanti saya belanja korang dua makan.Cakap je nak makan apa saya bayar eh"pinta Taehyung sambil membuatkan muka comelnya.
"Siyes awak nak bayar semua?"Hani tersenyum penuh makna.
Laju aja Taehyung menganggukkan kepalanya.Hani dan Naura saling berbalas pandangan sebelum menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
"Deal!"
*****
"Awak nak beli apa sebenarnya Aisya?"tanya Ian kepada Aisya yang berada di sebelahnya.Fayyad pula berjalan di belakang untuk memerhati gerak geri mereka berdua.
"Saya nak beli emm something lah"balas Aisya sambil tersengih.
"Kau nak beli pad kan?"sampuk Fayyad dengan suara yang kuat.Boleh pulak lelaki itu tersenyum nakal.Saja nak malukan perempuan tu.
"Wehh gila!"berang Aisya.Namun mengingatkan Ian ada bersama dia cuba untuk memaniskan muka.
Fayyad sudah tergelak sinis.
"Kalau macam tu awak pergilah.Yad teman Aisya eh.Abang nak pergi beli something kejap"suruh Ian seraya melirik pada Fayyad.
"Ehh apa pulak yang kena teman perempuan ni!"Fayyad merengek tidak mahu.Dia dahlah tak sukakan Aisya ni kena pulak teman dia.Aduh masalah betul lah!
"Temanlah kejap.Abang nak beli something untuk kakak kesayangan Yad ni"terus bibir Ian mengoyakkan senyuman lebar apabila teringatkan isteri tersayangnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/203136023-288-k858672.jpg)
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...