Taehyung memandang cincin yang tersarung pada jarinya.
Dia mendengus kasar.
Sakit hati.Marah.Semuanya bercampur baur.
Sekarang dia telah sah menjadi tunang kepada Su Hyun.Melihat wajah ibu bapanya yang gembira atas pertunangan ini menyebabkan Taehyung berasa serba salah untuk membatalkannya.
Dipandang gambar Naura di telefonnya.Dia tersenyum nipis.
"Kita memang tak boleh bersama ke?"
Mata Taehyung masih lagi melekat pada gambar tersebut.
"Perlu ke saya lupakan awak?Patut ke saya terima Su Hyun?Kalau saya terima dia...macam mana dengan awak?"
"Saya tak ada langsung perasaan pada dia.Saya cuma cintakan awak.Awak perempuan pertama dan terakhir yang berjaya mendapat tempat dalam hati saya"lirih Taehyung
"Saranghae Naura.Jinjja saranghae..."
Tanpa dia sedari ada orang yang mendengar luahan hatinya.
Su Hyun memandang lama cincin yang tersarung cantik di jari runcingnya.
Dia berasa serba salah.
Melihat Taehyung yang seakan murung membuatkan dia berasa semakin bersalah.Dia tahu dia yang salah kerana memaksa jejaka itu tapi...
Dia lakukan semua itu kerana dia cintakan Taehyung.
*****
Taehyung bermain dengan telefonnya sementara menunggu Su Hyun memilih gaun pengantin yang disukainya.
Kalau diikutkan dia malas nak ikut tapi bila mengenangkan ibu bapanya terpaksalah dia mengikuti wanita itu.Majlis perkahwinan mereka berdua akan dilangsungkan lagi dua bulan menyebabkan Su Hyun bersa teruja untuk memilih gaun pengantinnya.
"You...cantik tak baju ni?"Su Hyun keluar dari bilik persalinan itu.
Taehyung hanya memandang sekilas sahaja sebelum bersuara.
"Cantik"
Taehyung kembali merenung skrin telefonnya.Su Hyun sedikit berjauh hati melihat reaksi Taehyung itu.
Nampak sangat yang hanya Su Hyun yang bersungguh-sungguh manakala Taehyung langsung tidak menunjukkan minatnya.
Su Hyun mengemam bibirnya menahan diri daripada menghamburkan air mata.
"Dah siap pilih kan? Dah jom pergi beli cincin pulak"tanpa menunggu lama, Taehyung melangkah keluar dari butik pengantin iti.
"Tae..."
Jujur dia terluka dengan sikap Taehyung.Sikap Taehyung yang semakin dingin dengannya menyebabkan Su Hyun berasa sedikit takut.
Semasa membeli cincin, Taehyung langsung tidak mempedulikannya.Dia hanya membiarkan Su Hyun sahaja yang memilih cincin kahwin mereka.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...