Mata Ian difokuskan pada slide yang dipaparkan di depan.Pekerjanya pula membentangkan apa yang terkandung dalam slide tersebut.
Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan ada panggilan yang masuk namun dia langsung tidak menjawab memandangkan dia dalam sesi mesyuarat.
Selepas selesai mesyuarat Ian terus membuka telefonnya untuk melihat siapa yang menelefonnya berulang kali.
My Sweetie Wife💕🌸 have 15 missed call...
Dahi Ian berkerut-kerut kepelikan.Suha jarang menelefonnya berulang kali.Paling banyak pun 3 kali sebab dia faham yang time macam ni Ian agak sibuk.
Taehyung mendekati Ian.
"Apasal ni?"
"Suha call aku tadi tapi aku tak angkat sebab dalam mesyuarat"
"Aduh kau ni call lah dia balik!Kalau ada pape macam mana?Dah call lah dia sekarang!"bebel Taehyung.Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya.
Tanpa menunggu lama kemudian Ian segera menelefon isterinya namun tidak dijawab.Ian dihurung perasan resah dan risau.Suha tidak pernah mengabaikan panggilannya walaupun sesibuk mana pun dia.
"Dia tak angkat"
"Dah sekarang kau pergi universiti dia.Meeting dengan client lepas ni biar aku yang handle"ujar Taehyung.
"Takpe ke?"
"Takpe.Pandai-pandailah aku cakap dengan client tu.Yang penting sekarang keadaan isteri kau.Dah pergi sekarang"balas Taehyung.
"Thanks Tae.Aku pergi dulu.Pape hal call je aku"Ian tersenyum nipis sebelum beredar dari situ.
Taehyung tersenyum nipis.
Aargghhhh nak ada isteri jugak!
Ehhhh?!🤣
*****
Sampai sahaja di universiti tersebut,Ian terus mencari bilik kuliah isterinya.Sekarang dia berasa sangat risau akan keadaan isterinya.
Semasa sedang mencari bilik kuliah itu,dia terserempak dengan sekumpulan siswi.Dan salah seorang daripada mereka menegur Ian.
"Err Encik Ian kan?"sapa Ha Rin was-was.
"Haah saya Ian.Kenapa ye?"
"Saya Ha Rin.Kawan Suha.Maaflah kalau saya ganggu encik.Tapi sekarang Suha ada di bilik rawatan.Dia tak sihat tadi.Sebab tu saya call encik guna phone dia.Tapi encik tak angkat"beritahu Ha Rin.
"Dia tak sihat??"
"Haah..."
"Tolong tunjukkan saya bilik rawatan.Saya nak jumpa dia"pinta Ian dengan riak wajah yang penuh kerisauan.
Tanpa melengahkan masa Ha Rin membawa Ian ke bilik rawatan.
"Saya pergi dulu ya.Lagipun lepas ni saya ada kelas"pamit Ha Rin sopan.
"Thanks"ucap Ian ikhlas.
Sejurus itu Ha Rin terus beredar dari situ memandangkan dia ada kelas selepas ini.Ian menapak ke arah isterinya yang sedang tidur di atas katil dalam bilik rawatan itu.
Hatinya dijentik rasa sayu melihat keadaan isterinya.
Ian duduk di birai katil itu.Dipandang sayu wajah Suha yang pucat itu.Purdahnya tadi telah ditanggalkan oleh Ha Rin memandangkan Suha kelihatan berpeluh-peluh.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Storie d'amore{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...