77🌺

9.6K 375 45
                                    

"Apasal kau termenung ni?"tanya Faiqa sambil melabuhkan punggung di sebelah Naura yang sedang termenung itu.Naura tersenyum kecil.

"Takde pape lah.Aku teringatkan family aku kat kampung tu hah"jawab Naura.

"Ouhh.Eh jap family kau balik hari ni kan ke KL?"Faiqa memandang Naura meminta jawapan.

"Haah and esok aku dah tak stay rumah kau.Kau jangan rindu aku eh"sakat Naura sambil tergelak kecil.Baju seragam sekolahnya yang berwarna maroon itu diperkemaskan.

Telefon dicapai sebelum melihat wassup daripada abinya.Dia tersenyum sendiri.

Kenapa Naura boleh bawa phone pergi sekolah? Sebenarnya Naura bersekolah di sekolah swasta jadi semua pelajar dibenarkan untuk membawa phone.Tapi apabila waktu pembelajaran berlangsung, telefon mesti dioffkan.

Kalau tiba-tiba phone berbunyi masa cikgu sedang mengajar, phone itu akan dirampas tanpa disoal siasat lagi.

"Hi my Camelia"kerusi di depan Naura diduduki oleh seorang pelajar lelaki yang tampan dengan gaya yang ramai seperti badboy.Handsome.

Tapi maaf sebab Naura memang menyampah dengan mamat ni.

"Kau nak apa?"

"Aku nak kau"

"Nak aku?Pergi rumah aku jumpa abi aku"seperti biasa itulah jawapan yang dia akan dia katakan apabila seseorang lelaki mahukan dirinya.Maaf aku bukan perempuan yang murah dan cair dengan ayat-ayat sweet kau.

"Kau ni Camelia susah lah Aku nak kau jadi girlfriend aku je pun.Bukannya nak kahwin dengan kau"geram Danish Izraf yang sangat-sangat tidak berpuas hati dengan gadis cantik itu.

"Girlfriend? Girlfriend kau nak ke betapa?And aku tak nak buat dosa.Kau nak buat dosa dipersilakan cari orang lain.Aku cuma akan terima seseorang yang betul-betul jodoh aku iaitu bakal imam aku nanti.

Kau kata nak aku jadi girlfriend kau je kan?So kau memang takde niat nak halalkan aku.Jadi kau pikir aku ni terdesak sangat nak cari boyfriend ke? Mimpi jelah kalau aku terima kau Danish Izraf"selar Naura dengan nada yang selamba.

"Eh Camelia!Kita ni muda lagi lah.Baru 17 tahun.Apa cakap pasal bakal imam bagai ni.Ke kau ni nak sangat kahwin?"sinis Danish.

"Ouhh sedar pulak kita ni baru 17 tahun.Kalau dah tahu kita ni masih belum dewasa,buat apa pikir pasal couple girlfriend bagai ni?Baik kau pikirkan pembelajaran kau.Result pun teruk ada hati nak cari girlfriend.

And one more thing Danish Izraf...sape yang tak nak kahwin kan.Tapi aku tak tahulah kalau kau nak kahwin ke tak sebab kau kan nak cari girlfriend je.Nak buat macam mana...umur kau kan takkan bertambah!"tempelak Naura selamba seraya bangun dari kerusi itu.

Danish terdiam.Kelu lidahnya apabila mahu membalas ujaran daripada bakal peguam ni.Semua kata-kata Naura memang berbisa.

"Dahlah.Jom blah Iqa.Semak aku dengan jantan yang acah gentleman ni"serentak itu Naura dan Faiqa keluar dari kelas mereka untuk ke cafe sekolah.

"Deep woi ayat dia!"

"Dia memang menakutkan"

"Siapalah bakal imam dia nanti"

Desus-desus daripada penonton yang tidak berbayar itu mula kedengaran.Danish merengus kasar.

*****

"Wah cantiknya bilik sayang"bagasi dibawa masuk ke dalam bilik yang dicat dengan warna biru dan kebanyakn perabut di dalam bilik ini berwarna putih biru.

Dan ternyata bilik ini agak luas dengan sofa, kerusi meja untuk bersantai, meja study yang tersusun semua barangannya serta rak yang menempat berbagai jenis novel di sudut bilik.

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now