5🌺

13.2K 451 9
                                    

"Abi...Umi...Kakak tak buat benda tu semua.Kakak tak tahu macam mana kakak boleh mengandung"tangis Suha.Wanita cantik itu terus memeluk erat tubuh anak kesayangan itu.Sakit hatinya melihat anak gadisnya seperti itu.

"Umi percayakan kakak.Janganlah macam ni kakak...Kakak tak sayang umi ke?"pujuk Puan Sri Hajah Darliya.

Sebagai seorang ibu yang sangat mengenali sikap anaknya sudah pasti dia tidak percaya jika benar Suha melakukan perkara terkutuk itu.

"Umi...kalau orang luar tahu macam mana?Kakak dah conteng arang kat muka abi dan umi...Maafkan kakak,umi.Maafkan kakak..."tangis Suha lagi.

"Biarkan dorang..."sampuk Fayyad dengan raut wajah yang serius.

"Kakak tak nak anak ni...Umi,kakak nak gugurkan kandungan ni.Lagipun kakak tak tahu sape ayah pada anak ni.Ni anak luar nikah umi...Kakak tak nak..."ujar Suha bersama tangisannya.

Siapa yang mahukan anak yang tak sah taraf?

"No!!!Abi tak benarkan!"sampuk Tan Sri Haji Hakim dengan tegasnya.

Walaupun bayi itu bukan bayi yang sah tarafnya namun bayi itu langsung tidak berdosa.

"Tapi abi...kakak tak nak umi dan abi dapat malu.Kakak tak nak..."ngongoi Suha.

"Kakak...mulut orang susah nak tutup.Biarlah orang nak mengata pun...abi tak kisah.Dia tak tahu cerita yang sebenar jadi biarlah dorang tu"balas Tan Sri Haji Hakim sambil tersenyum kecil.Dia mengeluh kecil.

"Kakak janji dengan abi ye?Jangan apa-apakan kandungan tu.Janji dengan abi"pinta Tan Sri Haji Hakim kepada anak sulungnya.

Suha memandang umi dan abinya silih berganti.

"Ka...kakak janji abi"tutur Suha seraya melemparkan pandangannya ke arah lain.Puan Sri Hajah Darliya dan suaminya tersenyum lega.

"Kakak,Hani nak jumpa kakak tu.Dia ada kat luar"beritahu Puan Sri Hajah Darliya seraya melirikkan mata ke arah Hani yang sedang menjegulkan kepalanya sambil curi-curi memandang ke arahnya.

Hani tersengih seperti kerang busuk tatkala dia perasan semua orang memandangnya.Hehe...

"Hah masuk jelah Hani.Auntie dan uncle keluar dulu.Korang borak lah dulu"pasangan suami isteri itu meninggal dua sekawan itu.

Fayyad turut sama keluar dari bilik itu bagi memberi ruang kepada mereka berdua.

"Kau dah okay ke?"tanya Hani prihatin.Sebenarnya selepas seminggu daripada hari tu,Hani cuba mengelakkan diri daripada Suha kerana dia punya mulut bukan boleh kira sangat.Tak pasal-pasal Suha pulak yang terasa.

Suha hanya menganggukkan kepalanya."Emm Suha, sorry eh sebab aku baru datang lawat kau"Hani berasa serba salah.

"Mesti kau jijik dengan aku kan?"Suha berasa sangat malu kepada Hani.

"Suha... janganlah cakap macam tu.Aku tak jijik pun dengan kau.Aku cuma pelik macam mana kau boleh mengandung sedangkan kau ni dengan lelaki pun susah nak dekat.Bila masa ada lelaki sentuh kau? Sedangkan kau selalu ada dengan aku.

And one more thing...apasal kau macam relax samacam je ni?Kalau orang lain mesti dah meroyan tak tentu pasal"

"Pada mulanya memang aku dah meroyan sebab benda ni sangat-sangat buat aku shock habis.Tapi...maybe ada hikmah di sebalik semua ni.

Kalau umi dan abi aku boleh terima aku...aku dah bersyukur sangat-sangat.Tak semua mak ayah yang boleh terima anak dia yang macam ni.So aku redha dengan apa yang berlaku pada aku

.Lagipun aku dah janji dengan abi yang aku akan jaga kandungan ni"Suha tersenyum pahit.

Tangannya mengusap lembut perutnya yang masih lagi kempis itu.

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now