61🌺

11K 420 17
                                    

Ian mendukung Ayden sementara Suha berjalan di belakangnya.Sejujurnya Suha berasa tidak selesa kerana Ian turut ada bersamanya.Hajatnya dia hendak bersendirian dengan Ayden tapi...ada jugak yang nak ikut sekali.Eiii nasib baik suami.

Ian langsung tidak menghiraukannya.Dia hanya bercakap-cakap dengan Ayden.Ian siap ketawa lagi dengan Ayden.Suka betul dia duduk dengan papa dia.

Suha menggigit bibir bawahnya.Dia mahu mencuba bercakap dengan Ian namun dia takut.Perasaan resah kini bermaharajalela.Nak menangis pun ada.

"Yang awak jalan kat belakang saya kenapa?Jalan sebelah saya"Ian bersuara sambil menoleh ke belakang melihat isterinya yang berjalan perlahan berbanding dirinya.

Suha agak tersentak."Err awak jalan lah dulu.Nanti saya menyusul"balas Suha kekok.

"No and you came here now"arah Ian kepada isterinya tanpa secalit senyuman.

Sambil menghentakkan sedikit kakinya dia berjalan ke arah Ian."Okay now walk with me"Ian mula berjalan semula diiringi oleh Suha.

Like seriously Ian?!

Suha hanya mengikuti langkah kaki Ian.Sekarang ni aku ke kau yang nak pergi jalan-jalan?Aihh ni geram ni!Nasib baik sayang.

Mereka berhenti di sebuah pondok yang selalu Ian kunjungi.Ian tersenyum sambil melihat permandangan sawah padi yang terbentang luas di hadapan pondok itu.Rasa sangat tenang.

Ian duduk di atas pondok itu.Ayden yang asyik menyentuh tangannya itu dipandang sambil tersenyum.

"Kenapa awak berdiri kat situ pulak?Duduklah.Ke awak nak saya dukung awak dulu baru nak duduk?"

Tanpa bersuara Suha melabuhkan punggung di sebelah Ian namun sedikit jauh daripada suaminya itu.Kekok pulak keadaan mereka sekarang.

Suha menarik nafas panjang sebelum dia mengesot mendekati suaminya itu.Ian mengerling ke tepi melihat isterinya yang duduk sangat rapat dengannya.Kening kirinya terjongket sedikit.

Tanpa Ian sedari,Suha membuka sedikit purdahnya lalu memandang sisi wajah Ian yang asyik merenung sawah padi yang terbentang luas di hadapannya itu.Wajah Suha mendekati pipi Ian dan...

Cupp!

Tersentak itu Ian terus berpaling memandang Suha setelah terasa pipinya dikucup sekilas.Membulat matanya kerana terlalu terkejut.Suha tidak pernah menciumnya sebelum ini tapi sekarang...

Suha memakai semula purdahnya sebelum bergerak menjauhi Ian dengan mukanya yang membahang menahan malu.

Ian menahan Suha daripada menjauhinya dengan memegang erat sambil merenung tajam ke arah isterinya itu.

Gugup Suha melihat renungan tajam daripada suaminya itu.Menyesal pulak pergi cium pipi dia.Ni semua gara-gara nak pujuk sang suami punya pasal.Aduhai.

"Kenapa cium pipi saya?"tanya Ian tanpa melepaskan matanya daripada memandang Suha yang kelihatan resah semacam sambil cuba menarik tangannya dari genggaman Ian.

"Okay my mistake.Sorry.And can you please let me go now?"balas Suha senafas.Sumpah dia malu dan berdebar sekarang.

"Mistake?I don't think so my sweetheart"tiba-tiba Ian mengukirkan senyuman menggodanya.Saja nak tengok reaksi Suha yang mula menggelabah.

Dengan pantas Ian menarik Suha mendekatinya kembali dengan memeluk erat pinggang ramping wanita kesayangannya itu.Dia hanya menggunakan sebelah tangannya sementara tangan satu lagi memegang erat tubuh kecil Ayden.

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now