Ian dan Taehyung melapah daging lembu dengan senang hati kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka melakukan hal seperti itu.
Mula-mula agak kekok jugak tapi kelama-lamaan seronok pulak cuma tulah berpeluh teruk mereka berdua.
"Hah Ian,Tae berhenti lah buat.Dah nak siap dah pun kamu dua pergi naik atas rumah mandi.Atuk tengok berpeluh sangat kamu berdua ni"suruh Pak Hisham kepada mereka berdua.
"Takpe tok.Biar kami siapkan bahagian kami lepastu kami naik pergi mandi"balas Ian sambil tersenyum.
"Suka hati kamu lah.Lepas siap tolong bagitahu nenek yang atuk nak baju.Biar dia datang sini kejap"pesan Pak Hisham kepada cucu menantunya.
"Okay tok"
Selepas itu dia terus melapah daging-daging lembu yang diberikan kepadanya.Selepas selesai mereka berdua terus melangkah ke paip air yang berdekatan untuk membasuh tangan mereka yang berbau itu.
"Tok!Yad nak ikut jugak boleh?Nak balik mandi jugak"sengih Fayyad.
"Hmm yelah.Pergilah"
Fayyad tersenyum lebar seraya pergi ke arah dua orang jejaka itu.Dia membasuh tangannya terlebih dahulu sebelum bergerak mahu pulang.
Tempat menyembelih lembu itu terletak sedikit jauh daripada rumah menyebabkan mereka perlu berjalan kaki untuk pulang.Kereta pula dengan atuk.Takkan nak bawak balik.Nanti dia nak balik dengan apa.
Dalam perjalanan pulang,dapat dilihat beberapa orang gadis yang cantik bertudung dan ada juga yang tidak bertudung sedang mengekori mereka bertiga dari belakang.
"Errr kenapa awak semua ikut kami?"tanya Ian kepelikan.
Terjerit-jerit mereka apabila mendengar suara Ian yang sedang bercakap dengan mereka."Emm sorry abang.Abang-abang semua ni handsome tu yang terikut sekali"jujur salah seorang daripada mereka sambil tersipu malu.
"Gedik..."gumam Fayyad perlahan.
Taehyung hanya buat bodoh.Ian pula tersenyum kekok.Tidak tahu hendak membalas apa.
"Nama abang apa?"tanya mereka dengan berani.
"Saya ke?"Ian sedikit terkejut.Rasa agak canggung kerana sudah lama dia tidak dikelilingi oleh perempuan sejak dia memeluk agama Islam dan bergelar seorang suami.
"Ian.Ian Naufal"beritahu Ian dengan terpaksa.Kalau tak layan kan kecil hati diaorang.Alah bagitahu nama je.
"Ouhh Abang Ian.Abang single ke taken?"soalan berani mati ni.
Gedik tak diaorang?Apa?Ingat semua gadis kampung ayu-ayu dan sopan ke?Ni bukan dalam drama brader😏Inilah realiti yang sebenarnya.
Tak semestinya gadis kampung tak gedik,ayu and sopan okay.Saya bukan nak perlekehkan tapi itulah fakta yang boleh dilihat dengan mata kepala sendiri.
"Yang kat sebelah abang tu nama apa?"mata mereka melirik pada Taehyung.Taehyung hanya berdiam diri.Malas mahu melayan.Ian mencerlung tajam ke arah Taehyung.
"Okay fine. I'm Kim Taehyung.And I'm taken"serentak itu Taehyung terus mengheret Ian dan Fayyad dari situ.Meninggalkan kesemua gadis tersebut.
"That's cool man!"Fayyad memandang Taehyung dengan pandangan yang kagum.
Taehyung hanya tersengih petak.Ian pula menggelengkan kepalanya melihat telatah mereka berdua.
*****
"Ehh apasal kau keluar dari bilik?Dah tak sakit ke?"Hani cuba menahan tawanya daripada terletus.
Hani duduk di atas kerusi di dapur melihat Suha yang sedang mengacau air sirap limau untuk makcik-makcik yang datang untuk menolong menjayakan majlis kesyukuran selepas solat Jumaat nanti.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...