63🌺

10.9K 399 70
                                    

"Assalamualaikum nenek"kasutnya dibuka lantas diletakkan ke dalam rak kasut.

"Waalaikumussalam"tidak lama kemudian muncul lah Nek Dahlia."Hah balik pun.Lama nenek tunggu korang dua"bebel Nek Dahlia.

"Ehh anak teruna sapa yang korang bawak balik ni?"Nek Dahlia mendekati Taehyung sambil memandang pemuda itu atas bawah.

"Nek!Apa tengok dia macam tu?Aduh nenek ni"tegur Naura.

"Yelah.Hah ni anak sape?"tanya Nek Dahlia kepada cucunya."Anak mak ayah dia lah"sempat lagi Naura ni loyar buruk.Dengan serta merta tangan Nek Dahlia hinggap pada lengan Naura.

"Sakitlah nenek!"

"Loyar buruk lagi...Hah padan muka!"balas Nek Dahlia selamba.

"Anak ni nama sape?"tanya Nek Dahlia kepada Taehyung sambil tersenyum.

"Nek,dia tak boleh cakap..."

"Nama saya Kim Taehyung.Nenek boleh panggil saya Taehyung.Dan saya kawan kepada Ian.Teksi yang saya naik ada masalah jadi kebetulan terserempak dengan budak ni.Tu yang dia sudi bawa saya datang ke sini"balas Taehyung sambil tersenyum manis.

Dia sempat mengerling kepada Naura dan Widad yang tercengang melihatnya.

"Suka hati je kata orang budak!Saya dah 17 tahun okay!And bila masa pulak awak boleh cakap Bahasa Melayu?!"dengus Naura.

"Budak lah tu.Saya ni 25 tahun awak tu baru 17 tahun.And perlu ke saya beritahu awak yang saya boleh cakap bahasa Melayu?"Taehyung menjelirkan lidahnya kepada Naura.

"Eii aku cekik jugak dia ni kang!"gumam Naura tidak berpuas hati.

"Nak cekik orang...tangan kecik"bidas Taehyung selamba.

"Ehh kau ni!"

"Dah dah.Adik ni pun...dia ni tetamu.Jangan nak cari pasal eh"sampuk Nek Dahlia seraya mengajak Taehyung untuk naik ke rumah tersebut.

"Nek!Dah adik ni nenek tak ajak pun!"rengek Naura.

"Kaki ada kan?Naik je lah.Itu pun nak kena nenek ajak ke"tempelak Nek Dahlia selamba.Sampai hati nenek...Tak sayang cucu betul.

"Hah Widad!Kamu pergi balik.Mama kamu dah membebel sebab kamu tak balik-balik dari tadi"suruh Nek Dahlia."Alah nek...Widad nak duduk sini dulu!Nanti-nantilah Widad balik"Widad menarik muncung panjang.

Baru nak usha mamat Korea tu alih-alih nenek suruh balik.Mama pun time macam nilah nak suruh aku balik.Aduhlah...

"Tak payah!Kamu tu hari-hari duk menyendeng kat rumah nenek ni.Dah pergi balik.Esok datang lah sini balik"balas Nek Dahlia.

Si Widad ni datang sini pun bersebab kalau tak memang dia malas nak pergi ke rumah neneknya itu.

"Ishhh yelah.Widad balik dulu"tangan Nek Dahlia disalami oleh Widad.

"Bye bye...selamat pulang"Naura tersenyum sinis kepada Widad.

"Ahh!Kau blah lah!"bentak Widad yang sememangnya tidak menyukai Naura yang sering kali menyindirnya.Kalau sindir biasa-biasa dia tak kisah ni sekali sindir melekat terus kat hati ni.

*****

"Yo bro!"sapa Taehyung sebaik sahaja melihat figura Ian yang menghampiri dirinya.

Ian tersenyum lebar melihat kedatangan kawan baiknya itu.Mereka berdua saling berpelukan.Well...diaorang memang macam tu so jangan nak cakap yang diorang ni songsang ehh😬

"Apasal kau tak cakap hari ni kau sampai sini?Kau ni..."Ian mempamerkan wajah tidak berpuas hati.

"Surprise okay"balas Taehyung.

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now