6🌺

12.9K 445 61
                                    

"Kau ni nampak je baik tapi mengandung anak luar nikah..."tempelak Yuhanis ,sepupu Suha.Suha hanya mendiamkan diri.

Dahlah datang ni terus nak marah-marah orang.Takde adab ke apa?

"Seteruk-teruk aku takdelah sampai mengandung...Murah jugak kau eh?Apa orang panggil? Perempuan jalang!"sambung Yuhanis sinis.

Suha masih lagi berdiam diri.Tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Aku dah cakap yang anak kau ni bukannya baik sangat,Akim!"ujar Datin Aliya,kakak kepada Tan Sri Haji Hakim.

Datin Aliya memang sengaja nak memarakkan api yang sedang marah.Nak cari pasal ke apa?

"Harap je pakai purdah,bertutup semua tapi mengandung anak luar nikah?Wow!Tak sangka yang ditutup hanyalah sampah yang busuk"sambung Datin Aliya.

Sesedap dia je menghina anak saudaranya itu.Sebenarnya sejak dulu lagi wanita tua itu tidak menyukai Suha.Entah apalah sebab dia tidak menyukai anak saudaranya itu.

"Kak Long!Saya kenal anak saya macam mana!Tolong jangan cakap macam tu!"tegas Puan Sri Hajah Darliya dengan muka yang kemerahan-merahan kerana menahan marah.

Siapa yang boleh terima anak kandung sendiri dihina di depan matanya sendiri.

"Maklang,betul lah apa yang mama cakap tu.Kalau tak takkanlah dia boleh mengandung pulakkan?Pokok takkan bergoyang kalau takde angin"sokong Yuhanis.

Saja je nak naikkan api yang sedang marak.

"Yuhanis Suhaira!Kau diam!Maklong dengan anak maklong jaga sikit bahasa tu!Jangan sampai Yad masuk campur!Yad ni dah lama tak lempang orang ni"amaran Fayyad keras.

Urat pada lehernya timbul serta gigi diketap tanda dia benar-benar mahu meletup.

Gadis berambut perang itu terdiam kerana dia tahu bagaimana sikap adik sepupunya itu jika mengamuk lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan kakak kesayangannya itu.

"Akim,budak dalam perut anak kau tu macam mana?Gugurkan?Ke kau nak letak kat rumah anak yatim?"Datin Aliya menukar topik perbualan mereka gara-gara gerun melihat Fayyad yang seperti mahu mengamuk itu.

"No!Walau bagaimana pun...bayi tu tetap akan lahir.Itu keputusan Akim!Anak tu tak bersalah jadi kenapa nak gugurkan pulak"tegas Tan Sri Haji Hakim.

"Kau dah gila ke Akim?!Budak tu anak haram!Buat apa kau nak simpan?!Mana kau nak letak muka kau lepas ni?Jangan jadi bodohlah Akim.Eh Suha,kau ni memang buat malu nama keluarga jelah!"marah Datin Aliya.

"Mama,entah-entah si Suha ni bukan kena rogol.Entah-entah dia pergi buat maksiat dengan jantan mana entah"lancang Yuhanis berbicara.

Pangg!!!

Melekat lima jari Fayyad pada pipi Yuhanis."Fayyad!!!Kau dah gila ke?Apa masalah kau sampaikan kau tampar anak aku?!"berang Datin Aliya.

Yuhanis tercengang.Pipinya terasa pijar dengan serta merta.

"Mulut kau jaga sikit Anis!Kalau kau tak nak tangan aku ni melekat lagi kat pipi kau baik kau diam!Kau tak tahu apa-apa so just shut up your mouth!"berang Fayyad.

Pantang sangat dia apabila kakak kesayangannya dihina sebegitu rupa.

"Yad..."Suha memegang tangan adik lelakinya.Dia mencuba untuk meredakan api yang sedang marah itu.

"Kak, perempuan ni hina akak tau tak!Tolonglah kak...jangan jadi baik sangat.Minah ni ingat dia tu baik sangat.Anis,kau ingat kau baik sangat ke?Kau ingat aku tak tahu apa kau buat kat luar sana?

Jangan sampai aku pecahkan tembelang kau.Kau ingat baik-baik perempuan!Kau cari pasal dengan kakak aku,kau tahulah apa nasib lau lepas ni!"amaran Fayyad seraya mencerlung tajam ke arah kakak sepupunya.

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now