Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan begitu sahaja,batu nisan itu dipegang,seolah sedang menyentuh tangan yang memberinya makan,menjaganya dan menemaninya selalu.
"Nek,terima kasih untuk segalanya,terima kasih kerana menjaga Isha dengan baik.Terima kasih untuk segalanya." Tutur Nur Ishanani.
Perginya insan tersayang dalam hidupnya,menjaganya selama 19 tahun sungguh memeritkan.
"Nanti bila nek tak ada,Nur jaga diri.Ingat sentiasa apa yang Nek ajar." Kata-kata itu masih tergiang-ngiang di dalam benaknya.
"Kau dengar sini,orang tua tu dah tak ada,kau ingat aku nak jaga kau." Sinis Puan Sabrina kepada anak saudaranya,panas hatinya melihat wajah itu. Nur Ishanani menunduk,bukannya dia tidak tahu betapa bencinya Mak Su terhadapnya.
"Mak Su,jangan risau Nur takkan susahkan Mak Su.Nur, takkan tinggalkan kampung ni." Puan Sabrina tersenyum sinis,memang itu yang dia nak, buang masa dan duit jika anak saudaranya itu tinggal bersamanya di Kuala Lumpur, ni pun dia pulang kerana untuk menziarah arwah maknya,kalau tak memang dia takkan pulang.
"Baguslah,kalau kau cakap macam tu,aku pun tak harap sangat kau tinggal dengan aku,jadi lepas ni kau pandai-pandailah hidup sebab aku dah tak nak ada kaitan dengan kau.Mulai saat ni,kau anggap jer yang kau dah tak ada sesiapa." Bidas Puan Sabrina, dengan muka lagak,dia bangun daripada sofa yang agak lama,panas duduk lama-lama di kampung,dan lagipun bukan maknya itu berharta,entah-entah tinggal banyak hutang.
Menitis air mata Nur Ishanani,apabila melihat kelibat Mak Sunya yang sudah pergi.
"Nur akan kuat untuk harungi hidup ni,moga Nur ada kekuatan ni Nek." Rintih Nur Ishanani.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...