Bang!Bang!
Dua das tembakan dilepaskan oleh seorang lelaki yang memakai hoodie hitam,dia tersenyum sinis memandang manusia yang sudah kaku dengan otak yang sudah terburai.
"Aku nak kau bakar mayat ni,jangan tinggalkan kesan aku tak nak tempat aku busuk dengan bau bangsat ni!" Arah dia,sambil membuang hoodie yang membaluti tubuhnya dan terserlah tatu bercorak singa mengaum yang besar melambangkan kekuasaan.
Dalam pada masa yang sama,satu notifikasi dibuka dan satu senyuman sinis diukir.Senyuman yang hanya dia memahami."Aku akan tunggu hari di mana kau akan melutut kat kau!" Keras suara itu berkata,sambil champagne diteguk.
"A.awak jom pergi jogging." Ajak Asha,lagipun ni hari minggu tapi suaminya sibuk memanjang,payah kalau dapat suami jenis hantu kerja.Harriz mengerling isterinya yang sudah siap memakai pakaian sukan dan bertudung hitam,dengan selamba Harriz mengheret Asha pergi ke sebuah bilik yang terletak hujung sekali di tingkat dua ini.
Wow!Hanya itu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan bilik yang lengkap dengan alat-alat bersenam dan luas.
"Nah,kau pergi jogging atas treadmill tu.Aku malas nak keluar." Ujar Harriz bersahaja,Asha mencebik.
"Awak pernah dengar puteri lilin?Kalau awak kenal puteri lilin dia macam awaklah tapi membezakan dia dengan awak adalah awak lelaki." Ujar Asha,salah ke dia nak keluar dengan suami sendiri.
"Apa kaitan?So,pergilah bersenam.Aku ada kerja nak buat." Pergh,sakit hatinya dengan perangai Harriz yang dasar hantu kerja.Asha menahan hati melihat Harriz yang berlalu pergi,kalau tak nak keluar pun temanlah dia.Tanpa sedar air mata mengalir.
Rina memandang sahabatnya itu,
yang sedari tadi termenung memandang tasik."Harriz tahu tak kau keluar?" Sol Rina,dia keluar ni pun sebab Asha menghubunginya dan mengajak untuk berjogging tapi yang hairan bila dia sampai termenung jer.
"Tak,aku keluar ikut pintu belakang." Balas Asha.Matanya menangkap satu pasangan yang sedang berjogging bersama,timbul rasa cemburu dihatinya.Bukan nak mengada tapi dia juga nak keluar macam pasangan lain bukannya terperuk dekat rumah saja.
"Kau ada masalah dengan laki kau ke apa?"Soal Rina lagi.
" Aku tak tahu nak cerita macam mana dekat kau,aku tak tahu."Keluh Asha,entah mengapa dia mudah untuk berkecil hati sekarang padahal dia sepatutnya lebih memahami Harriz.
"Tak apa kalau kau tak nak cerita sebab tu urusan rumah tangga kau dengan Harriz. Dahlah tak payah monyok." Pujuk Rina.
Buk!
Satu tumbukan diberikan kepada Felix,yang lain menelan air liur apabila singa mengamuk."Aku beri kau tugas yang paling mudah tapi...kenapa kau tak boleh buat!" Tengking Harriz,mencengkam kolar baju Felix.
Dia yang berada di bilik kerja terkejut bila Maid Na memberitahu kehilangan isterinya. Puas dicari setiap kawasan rumah tapi tak ditemui apabila melihat rakaman CCTV,jelas kelihatan Asha keluar melalui pintu belakang.Dan membuatknnya risau kerana Asha tidak membawa handphone bersama.
"Dahlah,bro." Sampuk Zach menghalang abangnya itu melakukan kekerasan kepada Felix.
"Kau dah cuba hubungi kawan baik dia mana tahu diorang lepak bersama?" Soal Zach.Abangnya ni kalau dah naik hantu kadang-kadang boleh jadi bengap juga.
"Aku dah call.." Belum sempat Harriz ingin berkata lebih lanjut satu panggilan diterima daripada nombor yang tak dia kenali.
"Okey, aku ke sana sekarang." Uajr Harriz,talian dimatikan.Zach melihat wajah raut abangnya bertukar keruh.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...