Bab 58

5.9K 166 0
                                    

Rina memandang suaminya yang sedang mengelap pistol miliknya, nasib baik dia bukan jenis cepat melatah.Siapa nak seorang suami yang ada dunia gelap tapi kalau dah ditakdirkan nak buat macam mana.

"Asal kau tenung aku macam nak makan jer.Kalau kau nak aku on jer." Selamba badak Amsyar berkata dengan riak raut yang nakal.

"Jangan nak menggatal sangat boleh tak.Tak hingin." Ujar Rina,Amsyar tersenyum sinis.Tak hingin..wait baby.Amsyar menghentikan kerjanya, Rina tertiba terasa cuak..eee mulut dasar tak makan saman betul bukan dia tidak tahu dengan perangai lelaki ini yang pantang dicabar.

"Why honeeey...?I will not hurt you." Sungguh lembut suara Amsyar berkata,Rina segera ingin berlari keluar namun lengannya pantas direntap oleh suaminya. Bunyi pintu bilik di kunci dan Amsyar mula mengepung tubuh isterinya untuk tidak membenarkan isterinya lari.

"Tepilah..saya nak ke tandas." Ujar Rina, kalau dulu bolehlah dia main cakap lasar tapi sekarang ni mamat yang dulunya dipanggil tiang konkrit sudh menjadi suaminya.

"Asal takut ke?" Itu bukan lebih kepada persoalan tetali lebih kepada kata-kata sinis.Rina mengigit bibirnya,nampaknya Encik Suami dah lupa yang dia juga pantang dicabar.Rina menjeling tajam ke arah suaminya.

"Mana ada..saya takut..lagipun awakkan suami saya.." Rina mula mengubah ton suaranya kepada lebih lunak...Amsyar masih tidak beriak namun itu tidak bererti jiwa lelakinya tidak goyah.Rina dapat melihat halkum suaminya bergerak-gerak.Rina mengambil langkah yang lebih berani dengan memaut leher suaminya itu,secara tidak langsung merapatkan jarak antara mereka.

Rina tersenyum sinis,itu baru permulaan,Rina menghantar jelingan menggoda buat suaminya dan dengan sengaja merapatkan wajah mereka hingga berlaga hidung..dan Rina seakan-akan ingin mencumbui bibir suaminya namun..dia tersenyum sinis nampaknya suaminya membuka kepungan itu..Rina menolak tubuh suaminya ke atas katil bersaiz king..Amsyar tidak mampu menahan lagi dan kini Rina yang berada di posisi menidih suaminya.

"Be mine tonight.." Bisik Rina tepat ke arah telinga suaminya. Dari Rina menindih suaminya kini suaminya pula menindihnya,tapi jelas tidak ada riak takut dari Rina.

"Nak cabar sangatkan,kita tengok sapa kalah."Bisik hati Rina.Jari runcingnya mula bergerak ke arah dada sasa suaminya dengan satu senyuman yang tidak pasti.Baru sahaja Amsyar ingin memulakan langkah..

Buk!

" Saya tak pernah takut dan sori bye."Ujar Rina lalu berlari meninggalkan suaminya yang ibarat nangka yang jatuh ke tanah.

"Today is your but later no way." Sinis Amsyar nasib baik dia jatuh diatas karpet yang lembut akibat tolakkan si isteri. Salah dia juga lupa yang cik isteri pantang dicabar.

Asha mengusap perutnya tidak sabar untuk menanti kehadiran si comel dalam hidupnya.

"Your milk." Ujar satu suara,siapa lagi kalau bukan si suami,mereka berada di balkoni bilik sambil duduk di kerusi melihat pemandangan malam.
Asha mengucapkan terima kasih terlebih dahulu sebelum minum.

"Esok kau ada check up kan?" Soal Harriz,sambil membetulkan sweater isterinya.

"Ada dalam jam 10 pagi." Balas Asha.

"Aku ada meeting dalam pukul 9 tapi aku nak kau pergi dulu,aku jumpa kat sana." Ujar Harriz, kalau tidak ada meeting pagi esok mungkin dia sendiri yang akan menghantar isterinya, tapi esok dia tidak boleh membatalkan sebab client yang datang adalah daripada Hong Kong.

Asha mengangguk, lagipun dia harus memahami kerja suaminya dia tidak mahu hanya perlara remeh mereka bergaduh. Cukuplah Harriz sentiasa disisinya.

"Siapa sangka dulu kita pernah berpisah tapi sebab kebodohan saya,ditangkap oleh kumpulan mafia dan itu sebenarnya membawa saya bertemu kembali dengan awak kan dan siapa sangka kita akan ada baby untuk melengkapkan kebahagiaan kita." Luah Asha sambil matanya memandang Harriz.

"Aku harap kau takkan jauh dari aku,dan aku nak walau apa yang terjadi terus disisi aku." Kata Harriz, Asha mengangguk.

Harriz melangkah keluar dari lobi namun tersentak apabila telefonnya bergetar menandakan satu pesanan masuk.

"Zach, aku nak kau tolong aku.." Ujar Harriz.

Asha yang sedari tadi diam,Zach yang berada di sebelahnya tidak dilayan.

"Along,sibuk jadi dia mintak aku teman kau." Ujar Zach.

Asha hanya tersenyum nipis,tapi jauh disudut hatinya dia berkecil hati dengan suaminya,semalam bukan main lagi lelaki itu berjanji tapi langsung tidak ditunaikan.

"Puan Asha,boleh masuk." Ujar seorang nurse.Asha hanya mengangguk dan diikuti oleh Zach.

Zach melangkah masuk ke dalam pejabat,abangnya dengan riak wajah yang serius.Kebetulan masa ni waktu lunch tapi dia tahu abangnya tidak keluar lunch.

"Apa masalah kau?" Soal Harriz apabila Zach menutup laptopnya.Zac tersenyum sinis.

"Masalah aku bila kau mungkir janji,kalau kau tahu kau tak dapat tunaikan jangan berjanji boleh." Sinis Zach.

"Aku sibuk sebab tu aku tak dapat teman Asha pergi check up." Ujar Harriz.

"Arlin bagi tahu kau habis meeting dengan wakil dari Jepun dalam pukul 9 mana kau pergi?" Bidas Zach, dia boleh terima abangnya tidak dapat menemani Asha buat check up atas urusan kerja tapi masalahnya ke mana abangnya menghilang masa tu sedangkan abangnya sendiri dapat menemani Asha.

Harriz mengeluh, Iphone nya dikeluarkan,Zach menjongket kening.Harriz menunjuk ke arah Iphonenya. Zach melihat raut wajah bertukar kehairanan.

"Apa dia nak lagi,bukan dia yang tinggalkan..."Zach tidak mahu menghabiskan ayatnya, Harriz mengeluh. Tanpa sedar ada yang sedang memerhati, dengan satu senyuman sinis.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now