"Kau okey tak?" Soal Harriz kepada Ariessa,dia perasan akan perubahan gadis itu kini menjadi sedikit pendiam.
"Okey,stres sebab belajar kan nanti SPM." Ujar Ariessa, dia tak mampu untuk menceritakan hal sebenar dekat Harriz. Dia tak nak disebabkannya ada nyawa yang melayang.
"Kalau ada masalah cakap dekat aku." Ujar Harriz, Ariessa mengangguk lalu mengalihkan pandangan ke arah buku,walaupun mata melihat buku namun fikirannya ke arah lain.Bunyi notifikasi daripada handphone dibuka.
-Don't tell anyone.I always watch you!"-
"Sapa?" Soal Harriz, Ariessa memadam mesej itu.
"Kawan dia tanya pasal kem." Jawab Ariessa sambil tersenyum.Harriz mengangguk.
Ariessa keluar senyap-senyap dari villa milik keluarga Harriz, dia tidak mahu ditangkap oleh ibunya ataupun sesiapa.Jam sudah menunjukkan angka 11 malam.
Dia berjalan kaki untuk menuju ke arah jalan hadapan.Kelihatan sebuah kereta mewah yang tersandar di bahu jalan."You are late." Ariessa menunduk,namun tersentak bila tangannya dipegang,segera direntap kembali tangannya.
"Ada apa awak nak jumpa?Tolonglah jangan kacau hidup saya."Hayden tersenyum sinis,nampaknya gadis ini ingin memberontak.
" Kau dah lupa,ke kau nak aku ingatkan balik."Sinis Hayden. Ariessa menggetap bibirnya,tidak guna bercakap dengan lelaki kejam ini.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...