Bab 56

6.2K 166 2
                                    

Rina menghentikan sekuter di kawasan air terjun yang terdapat di kampungnya.Dah lama dia tak datang sini kalau datang itu pun masa dia balik kampung sahaja.

"Jomlah kita duduk sana." Ujar Rina, menunjuk ke arah batu-batu besar yang berada disana.Amsyar mengangguk dalam pada masa yang sama dia memuji keindahan yang terdapat di kampung nak harapkan di bandar memang tak dapatlah pandangan macam ini,pemandangan jerebu senanglah nak mendapat.

"Kau selalu datang sini?" Soal Amsyar sambil melipat seluarnya hingga paras betis dan mencelupkan kakinya ke dalam air yang segar itu.

"Taklah selalu, tapi kalau ada masa memang nilah tempat saya." Cerita Rina.Amsyar mengangguk.

"Aku nak tanya sebelum kau dengan aku kahwin kau ada boyfriend atau tak?" Soal Amsyar sedikit serius.

"Kenapa?" Soal Rina,Amsyar merengus.

"Kau isteri kau dan apa yang jadi semalam menjadikan kau hak mutlak aku.Dan kau perlu tahu aku tak suka hak aku ada orang yang sentuh atau rampas.So,kalau kau ada mintak dia berambus." Tekan Amsyar.

"Awak jelous?" Tembak Rina,Amsyar tidak menjawab dia mengetatkan mukannya lagi adalah.

"Awak jangan risau,saya mana ada boyfriend bagai.Lagipun siapa nak kan saya yang kasar macam ni tak macam Asha atau kak Arlin." Ujar Rina.

"Kau jadi kau dah okey,tak perlu nak ubah diri kau." Balas Amsyar, mereka terdiam seketika sebelum mata mereka bertembung antara satu sama lain.Amsyar mendekatkan wajah dia hingga berlaga hidung mereka, Rina sekali lagi bagaikan terpaku...Amsyar tersenyum sinis.

"Woi!Nak buat anak buat kat rumah bukan kat sini." Sound satu suara.Amsyar merwngus dia kenal suara itu...si kaki meng-anjing Zach.

"Kau memang jenis menyentan kan." Bidas Amsyar. Zach mencebik.

"Kau tak cakap kau nak datang sini?" Soal Rina kepada Asha.

"Adalah,dalam group kalau kau tak percaya kau tanya kak Lin." Jawab Asha.

"Haah!Tak apa,kami faham kalau Rin tak balas,busy kan." Selamba badak Arlin berbicara dan menekankan perkataan busy itu.
Nasib baik yang lelaki tidak mendengar.

"Kau hampar tikar.Kau hidang makanan." Arah Harriz, tak guna punya adik langsung tak membantunya mengangkat tikar dan bakul makanan.
Amsyar hanya mengikut arahan,dekat sini pun nak mengarah.

Asha berhati-hati untuk duduk dekat kawasan berbatu,takut tergelincir.

"Jom ambik gambar." Ajak Arlin,sambil mengeluarkan phone Vivonya.Beberapa gambar diambil buat kenangan.

Arlin meneguk jus oren, terasa indah dan nyaman disini.Melihat Asha dan Rina bergembira,kadang-kadang kala timbulnya terasa cemburu tapi...

"Kau memang suka termenung eh?" Celah Zach,Arlin mengurut dadanya,adik bosnya ni suka datang menyengah.

"Mana ada Encik Zach,saya ni cuma merasai keindahan kampung jer." Bidas Arlin.Zach tersenyum sinis.

"Hani,saya pergi tandas dulu." Pamit Asha,rasa nak terkuncil pun ada.Hani mengangguk,keadaan restoran yang agak lenggang.Dalam beberapa minit,Asha datang kembali.

"Minumlah Sha,air baru sampai tadi." Asha mengangguk, belum sempat jus epal ingin masuk ke dalam mulutnya,air itu tertumpah bila bahunya dilanggar.

"Sori-sori." Ujar pelayan restoran itu,Asha hanya mengangguk.
"Air Cik,nanti saya ganti yang baharu." Ujar pelayan itu serba salah.Asha mengangguk.

"Saya dah buat macam mana yang Cik suruh." Ujar pelayan itu kepada seseorang yang berpakaian hoodie merah.

"Thanks,and this is your payment." Pelayan itu mengangguk.

"Aku takkan biarkan kau menang." Bisik orang yang melindung wajahnya dengan hoodie merahnya.

"Macam mana plan aku boleh gagal!" Tengking seorang lelaki,apa yang disampaikan oleh anak buahnya amat mengecawakan.Tangannya dikepal hingga menampakkan urat tangan.

"Aku tak tahu bos,tapi itu yang disampaikan oleh..." Belum sempat lelaki yang berkepala botak menghabislan ayatnya, satu tumbukan diberikan.

"Aku tak nak dengar,tapi aku nak kau cari sebab untuk semua ni dan siapa buat taik."Keras lelaki itu.Lelaki itu mengangguk, terasa kebas mukanya.

" Bodoh!"Habis barang dalam bilik markas itu diamuknya,yang lain hanya diam tidak mengeluarkan kata.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now