Bang!
Bang!Bang!"Move." Arah lelaki yang berada di hadapan,pistol itu tidak mengeluarkan bunyi.Jelas kelihatan mayat-mayat bergelimpangan kerana ditembak tepat ke arah kepala dan jantung.
Hanya tinggal beberapa orang sahaja di luar.Kini hanya satu yang tinggal dan semua selesai.
Asha yang sedang lena tidur terganggu bila terdengar bunyi kaca pecah di bawah dan rasanya dia ada terdengar suara bibik.Hatinya terasa berdebar.
Langkah diatur menuju ke lif dan tidak lupa untuk menyaut tudung mana tahu bertembung dengan anak buah Harriz. Matanya tidak dapat melihat jelas kawasan sekeliling kerana gelap.Hatinya bergerak ingin menuju ke dapur.Suis lampu dibuka dan..
"Bik!" Asha terketar melihat bibik yang sudah berlumuran darah,siapa punya kerja ini dan belum sempat Asha ingin menoleh terasa mulutnya dicekup dengan kain kerana vau yang sangat kuat daripada kain itu dia tidak dapat menahan dan akhirnya mata dia gelap.
Harriz yang baru sahaja menyiapkan kerjanya di bilik kerja.Jam tangan menunjukkan sudah angka 3 pagi,tidak sabar untuk meluangkan masa dengan isterinya esok.
"Bro!Kau patut tengok benda ni." Ujar Zach,Harriz lantas melihat walaupun agak terkejut bila adiknya tiba-tiba masuk.Berubah muka Harriz melihat paparan gambar itu.
"Macam mana diorang buat kerja bukan aku dah suruh perhatikan 24 jam." Serius Harriz.
"Sistem kita kena hack jadi orang-orang kat sana tak dapat nak minta bantuan kita." Terang Zach.
"Panggil semua mintak berkumpul dekat markas!Dan jangan sampai Riessa tahu." Nampaknya perang dah bermula.
Asha mengerutkan dahi bila terasa di simbah dengan air,tapi kenapa sekelilingnya terasa sungguh asing sekali.
"Mrs Harriz how you feel?" Sinis suara itu berkata,Asha berpaling ke arah suara itu.Hayden tersenyum sinis pastinya Harriz sudah kepanasan bila dia berjaya menawan wanita kesayangan musuhnya itu.
"Siapa kau?" Soal Asha,tangannya diikat di tiang dan kakinya juga diikat dengan kemas.Hayden duduk mencangkung sambil matanya tidak lari memandang Asha.
"Musuh suami kau.Harriz ingat bila dia sorokkan kau dari aku,aku tak boleh jumpa.Dasar bodoh!"
"Apa yang kau nak dari aku?" Sungguh dia tidak tahu apa yang lelaki ini inginkan.
"Kau aku akan jadikan umpan aku nak suami kau tengok betapa sakitnya bila orang yang dia sayang mati!"
"Kau jangan risau aku takkan apa-apakan kau aku nak tunggu suami kau datang dulu." Sambung Hayden.
"Awak saya takut." Asha berkata dalam hati,terasa gerun dengan lelaki yang berada di hadapannya.
"Bos dia on call." Lelaki itu menghulurkan telefon kepada Harriz sungguh aura seram bosnya itu terasa tadi pun habis diamuknya.Harriz mengenggam penumbuknya jika lelaki itu berada di hadapannya mahu dia tumbuk hingga mati.
"Harriz, so macam mana?Apa yang kau nak buat?Bini kau dalam tangan aku,aku boleh buat apa ajer termasuklah hapuskan bini kau dengan bakal anak kau." Sinis Hayden dalam talian
"Kau memang bangsat!Bila aku dapat kau habis aku kerjakan!" Tengking Harriz, namun disambut dengan hilai tawa Hayden dalam talian.
"Kau still nak angkuh dengan aku,tak apa teruskan dengan aku sementara tu,kau dengar ni.."
"Awak.. Sakit!" Terdengar suara Asha menjerit dalam talian,merah pendam muka Harriz.
"Cukup untuk hari ni.Nanti aku call kau lagi,loser." Harriz menumbuk meja kuat,jelas amarahnya berada di kemuncak.
"Kau dapat detect phone dia?" Soal Harriz serius.
"Dia sekat lokasi phone dia,sukar untuk tahu dia kat mana." Jawab Mike.
"Buat apa cara sekalipun asal aku tahu lokasi dia!" Tegas Harriz.
Hayden tersenyum, terasa gembira bila dapat menaikkan amarah musuhnya itu.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...