Bab 43

7.3K 214 1
                                    

Asha terpisat-pisat bangun,kepalanya terasa berpusing,matanya dipejam kembali sebelum membuka semula.Dia bagaikan terbayang peristiwa sebelum dia rasa kepalanya terhantuk.Terasa ada yang menggengam tangannya itu.

"Ha..rriz." Serak suara Asha memanggil,Harriz yang lena itu tersedar.

"Kenapa kau sakit ke?Aku panggilkan doktor." Soal Harriz cemas apabila melihat mata isterinya seakan ingin menangis,Asha menggeleng. Dia membalas genggaman tangan Harriz.

"Saya minta maaf sebab keluar tanpa izin awak." Sebak suara Asha, andai dia tak keluar tanpa pengetahuan Harriz mungkin perkara ini tidak terjadi.Harriz merapatkan dirinya dengan isterinya. Air mata yang membasahi pipi isterinya itu disapu,Harriz memeluk isterinya.

"Bukan salah kau,aku yang salah sebab sibuk dengan kerja aku.Aku mintak maaf." Rendah Harriz,dia sepatutnya lebih peka dengan Asha tapi disebabkan kesibukannya dia membiarkan Asha sendiri.

"A..wak saya lapar." Adu Asha sambil tersengih,tapi dia memang betul-betul lapar.Harriz mengerling ke arah jamnya sudah pukul 8:00 malam.

"Nanti aku suruh budak aku belikan." Ujar Harriz, Asha tersenyum. Harriz mengusap rambut isterinya, lagipun bilik wad isterinya adalah bilik VVIP dan doktor yang merawat isterinya adalah wanita dan bilik isterinya itu dikawal oleh anak-anak buahnya dan jika ada yang ingin melawat isterinya akan dimaklumkan terlebih dahulu kepadanya.

Ariessa menyiapkan pakaian tidur suminya,rambutnya yang panjang paras pinggangnya ingin diikat namun terasa pinggangnya dipaut oleh tangan kekar dari belakang.

"A..wak.." Tersekat-sekat Ariessa ingin berkata,lelaki itu tersenyum sinis,dicium rambut ikal isterinya. Jantung Ariessa seakan-akan ingin pecah.

"Aku.rindu.kau." Satu persatu perkataan disebut,lelaki itu tersenyum sinis.Dia lantas memusingkan tubuh isterinya itu.Ariessa terasa bahang bila melihat abs suaminya.Tanpa kata dipagut bibir merah isterinya.

"A..awak, saya nak turun nak siapkan makan malam untuk awak."Ariessa memandang suaminya itu.Lelaki itu tersenyum sinis,dan dengan pantas kini dia berada diatas isterinya.

" I more craving to 'eat' you,dear..."Meleret suara itu berkata.Apabila terasa butang baju pyjama nya dibuka satu persatu,Ariessa hanya merelakan lagipun ini tanggungjawabnya.

Hari ini Asha dibenarkan untuk pulang,walaupun semalaman ditahan tetapi dia tidak betah untuk berada di hospital lebih lama lagipun siapa yang suka bau hospital dengan penuh bau ubat..sungguh dia bencikan perkara tersebut.

"A..wak saya nak tanya satu jer soalan boleh tak?" Soal Asha, dia kini lengkap dengan blouse berwarna biru muda dengan corak bunga-bunga putih dan dikenakan dengan skirt polos berwarna hitam dan berselendang ringkas.

"Apa?" Soal Harriz sambil matanya memandang wajah itu.

"Semalam,awak dah ucapkan terima kasih tak dengan Hani?" Soal Asha, Harriz mengerut dahinya,cuba mengingati kembali.Sesuatu sedang terlintas difikirannya!

"Macam mana kau tahu nama dia Hani?" Soal Harriz, baru dia perasan wajah yang menyelamatkan isterinya.

"Saya pernah bertembung dengan dia dan pernahlah bertukar nombor." Jujur Asha, Harriz mengangguk.

"Jadi awak dah ucapkan terima kasih dekat dia?" Soal Asha kembali.

"Aku lupa tak apa lain kali aku buat." Selamba Harriz berkata,Asha yang geram mencubit lengan Harriz.

"Lain kali kalau ada orang yang tolong ke apa jangan lupa ucap terima kasih,'Encik' Harriz." Asha sengaja menekan perkataan Encik itu,Harriz menadah telinga menerima teguran isterinya, dah semalam keadaan agak kacau jadi dia tidak tahu kerana masa tu hanya satu berada di dalam pemikirannya iaitu isterinya.

"Love you wifey." Perlahan Harriz berkata,Asha memandang wajah itu, dia terasa suaminya ada berkata sesuatu.

"Awak cakap apa?Saya tak dengar,boleh ulang balik." Pinta Asha sambil tersengih,Harriz memicit geram hidung isterinya.

"Nothing,so let's go." Ajak Harriz, Asha tersenyum sambil menggosok hidungnya yang terasa kebas.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now