Masuk hari ini sudah tiga hari Asha berada dalam tawanan Hayden. Jelas kelihatan tubuh Asha pucat.Makan dan minuman hanya diberikan 2 kali sehari.
"Asha..Asha macam mana seronok tak duduk dalam ni." Asha membuka matanya,dia mengetap gigi disebabkan perempuan ini rumah tangganya hampir musnah orang yang dianggap sahabat tapi rupanya musuh di dalam selimut hadir kerana ada udang disebalik batu.
"Hani!Sampai hati kau kan." Sungguh dia tak boleh bercakap baik dengan perempuan itu.
Hani tersenyum sinis, dia mencengkam pipi Asha kuat.
"Kau yang bodoh sebab mudah kena tipu,aku hairan kenapa Harriz pilih kau." Asha menahan marah,lihat sahaja perempuan itu sudah menunjukkan belang tiada lagi tudung labuh yang tertutup kini didedah menujukkan rupa asalnya dengan rambut berwarna merah.
"Ni semua ada kaitan dengan kau kan!Kau memang tak guna!" Tengking Asha,Hani menampar kuat Asha jelas bibirnya pecah.
"Kau jangan nak kurang ajar,dekat sini tak ada laki kau.Cuma ada Hayden dan aku." Sinis Hani matanya mengerling ke arah perut Asha yang membesar.
"Aku sepatutnya bunuh budak ni dulu tapi Ariessa tak guna tu selamtkan kau masa dekat restoran kalau kau minum air hari tu mesti kau dah gugur dan plan aku berjaya." Jelas Hani,Asha menggeleng,besar sungguh jasa Ariessa terhadapnya.
"Kau memang kejam." Hani senyum mengejek,peduli apa asalkan apa yang dia nak dapat.
"Aku dan dengan yang lain dah serbu markas tu tapi ada orang aku rasa dia sembunyikan di tempat yang lain.Dia takkan mudah nak serahkan Asha dekat kau macam tu sahaja." Ujar Zach,bersusah payah dia dengan Mike menghack nombor itu untuk mendapatkan lokasi rupanya hanya maklumat palsu.
"Aku akan bunuh kau Hayden kalau apa-apa jadi dekat isteri aku." Tekad Harriz, tanpa sedar perbualan mereka didengari.
Ariessa mencapai telefonnya,ditekan nombor itu namun tidak berangkat dan nampaknya lelaki itu menukar nombornya.
"Asha tak salah Hayden kenapa awak perlu buat macam tu. Harriz tak salah..awak yang tak tahu cerita sebenar." Rintih Ariessa, cukuplah lelaki itu mengorbankan Tuan Naufal.
Mike yang sedang laju menekan di komputer,tugasnya semakin berat,tadi pun hampir ditumbuk oleh bosnya sifat panas baran bosnya makin menjadi.
Satu titik mula timbul di paparan komputer itu.Nampaknya alat itu sudah menjadi.
Harriz dan yang lain berada di bilik tempat mereka selalu berbincang,kelihatan Mike melangkah masuk dengan dibelangkangnya terdapat seorang lelaki.
"Aku dah jumpa lokasi sebenar mana dia sembunyikan Puan.Alat pengesan itu aktif." Harriz tersenyum, nampaknya alat pengesan yang berada di cincin perkahwinan mereka sudah aktif setelah lebih 48 jam.
"Kita akan ikut plan kita atur kan dan kau ketuai headhunter yang lain." Arah Harriz kepada lelaki yang berada di belangkang Mike tadi.
Aiman mengangguk ya dia juga salah seorang budak Reid selain tugasnya sebagai headhunter dia juga banyak melakukan undercover jika perlu dan bekerja di kedai buku itu pun atas arahan Harriz. Dia suka lakukan pekerjaan.Tapi sejak dia diamanahkan untuk menjaga hotel lelaki itu tugasnya semakin banyak dan ini pun kerana dipanggil lelaki itu.
"Tak sabar aku nak bermain." Sinis lelaki itu.
Asha meringis kesakitan bila pipinya dicengkam kuat oleh Hayden.
"Laki kau terlalu angkuh..dan keangkuhan dia kau yang terima padah." Asha memalingkan mukanya tidak mahu memandang wajah itu.
"Dendam takkan bawak ke mana.Ajal maut semua tu di tangan Tuhan." Hayden tersenyum sinis sebelum mukanya berubah serius dan jelas menunjukkan dia marah.
"Memang betul cakap kau tapi semua tu berpunca daripada keluarga suami kau.Orang yang aku anggap sahabat tapi musuh dalam selimut dan selagi aku tak dapat tuntut bela aku akan sakitkan orang yang dia sayang!" Serentak itu pipi Asha ditampar kuat.Sudah lembam muka Asha.Hayden meninggalkan tanpa sedikit ehsan.
"Korang nak ke mana?" Soal Ariessa bila bertembung dengan Harriz dan Zach yang memakai pakaian serba hitam.Zach mengerling ke arah Harriz.
"Ada kerja.Kau jaga diri." Ujar Harriz dan berlalu pergi diikuti Zach.Ariessa mengerling dan terdengar dia mengeluh.
"Kau kena berani Riessa cukuplah untuk semua ni." Bagaikan ada kekuatan untuknya.
Di sebuah bagunan lama,tempat Asha dikurung dan merupakan salah satu markas milik Hayden.
Hayden yang berada di bilik seksaan tempat Asha dikurung berpaling bila pintu dikuak secara kasar.
"Reid tengah on the way ke sini." Hayden tersenyum sinis, inilah yang dia tunggu.
"Teruskan dengan apa yang aku atur!" Arah Hayden, Asha tidak tahu apa nasibnya sungguh dia lemah.
"Nampaknya hero dah datang untuk selamatkan heroin..tapi aku akan pastikan dia takkan berjaya." Jelas api dendam di mata Hayden.
Jelas bunyi tembakan bertali arus,masing-masing tidak mahu mengalah antara satu sama lain.
Bang!
Bang!Bang!Trrttttttt.ttrrrrrrrrr!
Zach tersenyum sinis memandang musuh-musuh yang mati ditangannya.
"Move." Arah Harriz melalui walkie talkie.Zach memberi isyarat kepada anak buahnya untuk mara.
Buk!
Amsyar tersenyum sinis melihat lelaki itu terbaring lemah,matanya dapat menangkap ada yang ingin menyerangnya dari belakang lalu dengan sepantas kilat dia memanah mata lelaki itu menggunakan dua pisau kecil di tangannya.
"Kau buta lagi bagus." Sempat Amsyar mengutuk.
Mike selaku hacker membuka pintu masuk utama markas itu.Harriz yang baru sahaja meepasi beberapa anak-anak buah Hayden dengan menembak tepat ke arah jantung.
Harriz dan yang lain melangkah masuk,anak-anak buahnya akan mengawal di luar.
Terdengar bunyi tepukan kuat dan muncullah Hayden dengan satu senyuman sinis.
"Impressive..so welcome to my heaven." Ucap Hayden dengan satu maksud yang bermakna.
"Stop buat hal ,Asha tak ada kaitan dengan dendam kau." Hayden tersenyum dengan kata-kata Amsyar.
"Tak ada kaitan?Kalau tak ada kaitan kenapa dia bunuh ayah aku!" Harriz menahan marah.
"Aku tak ada kaitan dalam kes daddy kau!Aku dah cuba untuk terangkan tapi kau tak pernah nak dengar!" Hayden menggeleng kepala menafikan apa yang dikatakan oleh Harriz. Semua bukti menunjukkan pelakunya adalah Harriz dengan Tuan Naufal.
"Aku ada bukti.Aku tak sangka aku boleh berkawan dengan pembunuh daddy aku sendiri.Betul apa yang daddy cakap dulu aku tak sepatutnya percayakan anak-anak Naufal." Sinis Hayden.
"Aku boleh terima kalau kau nak bunuh aku,tapi jangan libatkan Asha macam mana kau libatkan Ariessa dalam hal ni.Disebabkan kau aku bencikan dia dan aku buang dia daripada keluarga.Kau memang tak guna!" Lelaki dihadapan nya ini,sangat tak guna.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...