SPECIAL CHAPTER(LAST PART)

9.4K 208 20
                                    

                HarrizAsha

Harriz menunggu Asha yang terpaksa bersalin lebih awal kerana jatuh di bilik air.Usia kandungan isterinya itu baru 8 bulan.

"Relax bro,aku yakin Asha kuat." Ujar Zach menenangkan abangnya itu,Amsyar dengan Rina tiada kerana kebetulan mereka pergi Australia kerana Amsyar ada urusan kerja disana.

Harriz mengangguk. Seketika kemudian,seorang doktor keluar dari bilik pembedahan itu.

"Macam mana dengan wife and my baby doc?" Soal Harriz. Doktor itu tersenyum.

Asha membuka kelopak matanya dengan perlahan-lahan terdengar seperti ada yang memanggil namanya.Asha tersenyum nipis bila matanya dapat menangkap wajah suaminya.

"Macam mana dengan baby?" Soal Asha lemah,sungguh dia takut.Harriz tersenyum sebelum membantu isterinya menyandar di kepala katil.

"Ni your baby." Ujar Zach sambil menghulurkan baby lelaki itu kepada kakak iparnya.

"Anak kita." Ucap Asha, sambil hatinya mengucap kesyukuran akhirnya dia dapat memegang gelaran yang tak ternilai iaitu ibu.

"Aku nak namakan dia Harraz Asyraf Mikail." Asha mengangguk dengan nama yang dicadangkan oleh suaminya.Jari Asha bermain dibibir pink bayinya,sungguh nyenyak dalam lena.

"Moga anak ibu dengan papa jadi anak yang baik." Harriz mengangguk, itulah setiap harapan semua ibu bapa di dunia ini.

"Nasib anak kau comel dan handsome macam aku." Celah Zach, Harriz memandang tajam.

"Kau kalau lapar nama sangat kau pergi masuk meminang Arlin cepat pastu dapatkan anak cepat masa tu baru kau kata yang baby tu comel macam kau." Sinis Harriz.

"Dahlah!Jangan bergaduh,takkan hari pertama Harraz ada aqak nak dia dengar awak bertengkar dengan pak cik dia." Ujar Asha.Harriz dengan Zach mengalah.

"Aku nak turun kafe,kau nak apa-apa tak?" Soal Zach, lagipun dah pukul 7 pagi.

"Aku nak roti sandwich dengan coffee." Zach mengangguk,lalu keluar daripada wad kakak iparnya. Bila pula dia nak rasa pengalaman macam abang dia.

"Aku kena ajak Arlin kahwin cepat." Sempat lagi Zach berkata begitu,sebelum langkah kaki diatur ke kafe.

Harriz melabuhkan ciuman kasuh di dahi isterinya.

"Thanks,aku tak mampu nak zahirkan macam mana aku gembira dengan semua ni.Kau dengan Harraz adalah hadiah terindah dalam hidup aku.Dan janji seorang suami dan juga papa aku akan lindungi korang dengan sepenuh raga dan jiwa aku." Asha merebahkan kepalanya di dada sasa sang suami.

"Sekarang ni Kisah Cinta Kita dah lengkap dari saat pertama kita berjumpa dengan bermacam yang kita lalui dan akhirnya hadirnya Harraz Ashraf Mikail melengkapkan cerita kita.Saya juga nak ucapkan terima kasih andai awak tak kembali dalam hidup saya dan betapa gigihnya awak mungkin saat ini saya tak rasa bahagia ini.Thanks Mr Harriz." Ucap Asha.

Harriz sekali lagi mencium dahi Asha,hadirnya Asha dalam hidupnya mengajar apa itu erti cinta,kesetiaan dan pengorbanan.Asha mengubahnya untuk menjadi yang lebih baik.

"Thanks Nur Ishanani,kau adalah cinta yang terbaik untuk aku." Asha tersenyum sambil membalas pelukan suaminya.

           THE END
         

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now