Ariessa terjaga dari lena,wajah anaknya dan wajah yang selalu bermain difikirannya terbias dimatanya.Dilihat jam pada meja sudah ke angka 6 pagi.Ariessa menyanggul rambutnya.
"Abang.. abang bangun sayang dah subuh." Kejut Ariessa, Adam menggeliat dengan muka yang mamai.
"Dah subuh, pergi siap nanti habis waktu." Sambung Ariessa, dia memang sudah melatih Adam untuk solat.Adam mengangguk dengan langkah yang mamai dia bangun untuk solat subuh.Adam sempat mencium pipi ibunya sebelum pergi.Ariessa mengeluh melihat sekujur tubuh yang masih lena tidur,Ariessa ingin mengejut namun tangannya terhenti bayangan beberapa tahun menghantuinya.
Ariessa memandang wajah suaminya itu,terketar-ketar tangannya untuk mengejut suaminya itu.
"A..wak..awak bangun." Kejut Ariessa,lelaki itu membuka matanya.Jam di dinding dikerling.
"Kau dah kenapa?" Jelas suara itu membentak,baru pukul 6 masih awal lagi.Lelaki itu selamba sahaja menyelimuti balik badannya.
"Awak bangunlah,jomlah solat.Awak solatlah." Naik seoktaf suara Ariessa,mencerlung lelaki itu memandang wajah isterinya. Ariessa menunduk.
"Aku tak larang kau untuk kau solat bagai tapi jangan libatkan aku!" Tengking lelaki itu,tanpa belas dia menolak tubuh itu hampir sahaja mengenai bucu meja.Ariessa teresak-esak menangis.
"Tapi salah ke saya sebagai isteri kejutkan suaminya untuk solat." Ariessa tahu itu hanya akan membangkitkan kemarahan suaminya.Hayden tersenyum sinis,dia mencengkam pipi isterinya.
"Aku tak nak sakitkan kau tapi sebab kau dah sakitkan hati aku,jangan salahkan aku sayang." Hayden dengan kasar mengheret Ariessa ke bilik air,air di tub dipenuhkan.Entah setan apa yang merasuk Hayden hingga sanggup menggelamkan muka isterinya ke dalam air itu berulang-ulang kali.Wajah Ariessa jelas pucat.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...