Nur Ishanani menghidangkan makan malam,masakan kampung seperti kangkung goreng,ikan kembung goreng dan gulai rebung.
"Encik." Sapa Nur Ishanani,Harriz tersentak dan membuka matanya.Dia swdang berbaring diatas sofa,pening kepala kot.Hanya isyarat kening sahaja diberikan,dia malas nak mengeluarkan suara.
"Kalau encik nak makan,encik makan dulu tak apa." Ujar Nur
Ishanani."Asal kau tak makan sekali?" soal Harriz.
"Saya nak sembahyang maghrib dulu." Ujar Nur Ishanani. Harriz hanya mengangguk.
Nur Ishanani baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib,dia lihat 'Encik' itu tiada tapi kedengaran suara yang sedang bercakap di luar,niatnya untuk memanggil 'Encik' makan sebab dia lihat hidangan makan malam tidak disentuh lagi.
"Mungkin dia tengah call keluarga dia kot." Fikir Nur Ishanani, memang semasa dia temui Harriz,ada Iphone dengan dompet tapi dia tidak berani untuk menyentuh.
"Encik." Sapa Nur Ishanani apabila melihat Harriz sudah selesai bercakap melalui telefon,Harriz berpaling.
"Saya nak ajak Encik makan." Ujar Nur Ishanani, tidak enak jika dia makan terlebih dahulu lagipun 'Encik' ni ibarat tetamu.
"Kau dapat mana baju yang aku pakai ni?"Soal Harriz, pagi tadi Nur Ishanani ada memberikan Harriz beberapa helai baju T-shirt.
" Tu baju arwah ayah saya,kenapa tak selesa ke?"soal Nur Ishanani.
"Aku cuma tanya kau dapat kat mana.Lain kali cuba faham soalan aku." Bidas Harriz. Nur Ishanani hanya mengangguk.
"Assalamualaikum,Tok ketua...."
Tanpa mereka sedar ada yang memerhati melalui sebalik pokok dengan senyuman sinis."Esok aku akan keluar dari kampung ni." Dingin Harriz kepada gadis yang berada di hadapannya.Nur Ishanani mengangguk, baginya okey jerlah.Jam sudah menunjukkan pukul 10:00 malam.
"Kalau macam tu,saya masuk tidur dulu." Pamit Nur Ishanani, lagipun esok warung Pak Mat cuti.
Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu menganggu lena Nur Ishanani, rasanya dia baru terlelap.Dikerling jam loceng yang berada diatas meja,baru pukul 12:00 malam.Tuala diambil untuk menutup rambutnya.
Nur Ishanani terburu-buru membuka pintu hadapan apabila ketukan semakin keras terasa.
Matanya terkejut apabila melihat beberapa orang kampung,Tok Ketua dan lebai Ali.Belum sempat Nur Ishanani ingin berkata,kedengaran suara lelaki mencelah dan kedengaran agak serak,tetapi lebih mengejutkan dengan pemakaian lelaki itu yang hanya ber-singlet dan seluar pendek."Ada apa ni?" Hanya itu sahaja dia dapat menangkap,dia dapat rasa dunia semakin kelam.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...