Bab 53

6.2K 173 6
                                    

"Aku terima nikahnya Rina Tasneem dengan mas kahwin sebanyak seribu ringgit tunai." Jelas nada Amsyar melafazkan akad nikah.Rina tidak mampu menahan air mata dia sendiri keliru sama ada ini air mata kesedihan ataupun kegembiraan.

"Tahniah Rin!!" Ucap Asha dan Arlin serentak sebaik upacara pembatalan air sembahyang dilakukan,majlis kahwin dilakukan secara kecil-kecilan dan hanya mendahulukan apa yang wajib sahaja dan diadakan kenduri yang bersederhana.

"Terima kasih,aku harap kau doakan untuk aku." Ujar Rina,suaminya pula menghilng entah ke mana.Asha dan Arlin mengangguk.

"Dan akak doakan jugak semoga akan adalah nanti junior Mr.Amsyar." Gurau Arlin,Rina membulatkan matanya malu manakala Asha dan ketawa dengan Arlin siap boleh pula ber-high five.

"Apa yang seronoknya?" Celah satu suara siapa lagi kalau bukan si pengantin baharu dan dibelakangnya Harriz dan Zach.

"Ni ha.." Belum sempat Asha ingin menghabiskan ayatnya,Rina sudah menekup mulutnya. Arlin menyembunyikan senyuman, tahu cuak juga si Rina.Ketiga-tiga lelaki memandang kehairanan ke arah tiga sekawan perempuan itu,macam-macam.Asha menjeling tajam ke arah Rina sebaik sahaja Rina melepaskan tekupan di mulutnya.

"Jomlah kita pergi makan." Ajak Rina sambil mengheret dua orang rakannya itu,tak boleh dibiarkan terutamanya si Asha yang sekarang ni suka mengusik.Asha hanya menurut.

"Perempuan."Sebut Zach.

" Memang. "Sambung Amsyar.

" Banyak hal."Tamat Harriz.Ketiga-tiga lelaki itu tertawa sesama mereka.

Majlis siang tadi berjalan dengan lancar,Rina merebahkan dirinya ke atas katil.Asha dan yang lain-lain menginap di sebuah homestay yang berdekatan lagipun rumahnya kecik tak muat tambah-tambah lagi ada beberapa saudara yang akan bermalam di rumahnya.Tapi malam karang,mereka akan malam disini.

"Amboi sedapnya kau tidur,dahlah landing macam dia sorang ajer." Sinis satu suara,Rina membuka matanya dan terpancullah yang sebelum ni digelar si mamat tiang konkrit yang kini bertukar kepada Mr.Husband.

"Kacau jer." Dalam merungut tu,Rina membetulkan kedudukan tidurnya dan memberi ruang kepada si 'suami'.

"Ni barulah isteri yang baik bukan macam tadi." Dalam memuji ada juga terselit ayat sinis.

"Mamat tiang konkrit ni kalau tak menyakitkan hati memang bukan dia agaknya." Rengus Rina dalam hati.

Amsyar tersenyum sinis,bukan dia tidak tahu yang si 'isteri 'sedang mengutuknya dari raut wajah isterinya itu dia boleh baca.Baru Rina nak terlelap,suara si 'suami' bersuara kembali...mamat ni macam tak nak bagi aku tidur tau,dahlah semalam aku tak lena tidur sebab nak kahwin ni banyak pula cekadak cekadunya.

"Kalau kau tak ingatlah Puan Amsyar,aku nak ingatkan kau balik yang sekarang ni di depan kau ni 'suami' kau dan dalam bilik ni tak ada orang selain aku yang memang dah sah serta ada perlesenan halal nak tengok setiap inci tubuh kau." Gulp!Telan air liur Rina dibuatnya,Amsyar dengan selamba membuka baju melayu itu dan terserlah six pack yang ditutupi dengan singlet hitam.

"Baiklah,'Encik suami'." Tekan Rina menahan sabar dengan karenah suaminya itu.Dalam merungut dia membuka tudung yang menutup rambutnya itu.
"Dah,'Encik Suami', bolehkah 'Cik Isteri' nak beradu sebentar." Rina melembutkan suaranya seperti nada memerli.

"Okay,now you can sleep baby because at night...you and me..will do...OT." Ujar Amsyar sambil.meleretkan suaranya,Rina dengan segera menutup matanya malas mahu melayan Encik suami.

Asha menghirup suasana kampung,sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa rindunya kepada kampung halamannya.Bila mengingatkan itu semua tiba-tiba terasa awbak kerana disitulah terlakarnya zaman-zaman kecilnya bersama arwah ibu dan bapanya walaupun tidak pernah berjumpa dan terlakar kenangan dengan neneknya.

Terasa ada tangan yang menyapu air matanya,Asha melemparkan senyum.

"What's wrong?Kau sakit ke?" Soal Harriz,yelah dengan keadaan isterinya yang berbadan dua menambahkan lagi kerisauannya.

"Tak,saya cuma rindu dengan suasana kampung dah lama saya tak balik sana." Rasa sebak dalam suara Asha. Harriz memeluk isterinya, kepala isterinya dilekap di dadanya.

"Aku mintak maaf atas segala kesedihan kau selama ni,aku tak boleh putar masa tapi aku akan cuba buat yang terbaik untuk kau lupakan segala kesedihan tu." Ujar Harriz.

"Terima kasih kerana hadir kembali dalam hidup saya." Tulus Asha sambil membalas pelukan suaminya.


MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now