Bab 2

13.4K 370 7
                                    

"Kau tak tahu yang si Sab tu tak nak bawak budak tu sebab dia tu bawa bala." Ujar Cik Gayah kepada dua orang geng bawangnya.

"Tapi,aku tengok budak Nur tu baik,ayu pulak tu." Sampuk salah seorang geng bawang iaitu Cik Senah.Cik Gayah mencebik.

"Baik depan bukan baik belakang,lagipun si budak Nur tu kan tinggal seorang,harap-harap taklah sama perangai macam mak dia." Sinis Cik Gayah.Geng Bawang yang lain hanya mengangguk.

"Nur ni duit nasi lemak hari ni." Ujar Pak Mat yang menghulurkan duit nasi lemak Nur Ishanani yang diletakkan di warungnya.

"Terima kasih Pak Mat,alhamdulillah." Ucap Nur Ishanani syukur.

"Esok Nur tambah sikit nasi lemak,ramai yang kata nasi lemak tu sedap." Ujar Pak Mat,Nur Ishanani mengangguk.
Baguslah,kalau ada yang menyukainya inilah punca pendapatannya untuk menyara dirinya.

Malam itu,hari kelihatan agak gelap,Nur Ishanani yang hanya berpakaian T-shirt lengan pendek dan berkain batik ingin tidur.Kipas meja tidak dipasang kerana keadaan yang sejuk lagipun rumah kampung kan.

Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya,telinganya dapat menangkap bunyi ketukan pintu belakang.

"Siapa yang ketuk tu?" Resah Nur Ishanani lagipun dia tinggal seorang di dalam rumah ini,dia lantas mengambil tuala untuk menutup rambutnya,dengan langkah berani dia bergerak menuju ke dapur,batang penyapu dipegangnya.

Dengan bacaan bismillah,Nur Ishanani membuka pintu...

Buk!!

"Encik..encik..".Ingatkan buah nangka jatuh tapi sekujur tubuh lelaki yang rebah dihadapan pintu dapur rumahnya,Nur Ishanani masih menganggil lelaki itu,namun masih tidak menunjukkan tidak balas seperti pengsan.

" Ya Allah maafkan aku."ujar Nur Ishanani, nampaknya dia terpaksa memapah lelaki ini.Kedengaran Nur Ishanani mengeluh,mahu tak mengeluh badan lelaki ini entah berapa ganda daripada beratnya,dahlah dia pendek.

Dengan penuh berhati-hati Nur Ishanani membaringkan lelaki itu diatas sofa.

"Encik ni kemalangan ke atau kena rompak?" Itu persoalan yang berlegar-legar dibenak Nur Ishanani apabila melihat lengan dan muka lelaki itu yang kelihatan berdarah dan lembam.Tampa berlengah Nur Ishanani bergerak menuju ke dapur untuk mengambil air bagi membersihkan luka lelaki yang tidak sedar itu.

"Alhamdulillah." Ucap Nur Ishanani apabila siap membersihkan luka-luka yang terdapat di badan lelaki itu.Nampaknya lelaki itu tidak akan sedar untuk malam ni.

"Harap encik cepat sembuh." Ucap Nur Ishanani, tulus lalu dia bergerak ke dapur untuk membersihkan peralatan yang dia gunakan untuk membersihkan luka-luka lelaki itu.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now