Bab 11

12.9K 353 4
                                    

Harriz termengu seketika dan kedengaran keluhan dari bibir lelaki itu dipandangnya tepat mata Asha.

"Aku tahu aku buat salah tapi aku layak untuk diberikan peluang kedua dan aku harap kau dapat beri itu."

"Permintaan apa tu Encik Harriz bukan itu yang awak nak selama ni!kenapa tak jawab!" Keras Asha..Marah dan sakit hati dia bercampur baur apabila melihat wajah yang ingin dia lupakan dalam ingatan..wajah yang tak pernah dia harapkan untuk muncul tapi mengapa..mengapa wajah itu kembali selepas hampir 5 tahun.

"Apa kata kau makan dulu..lepas tu makan ubat dan rehat." Naik geram Asha dibuat dengan perangai selamba Harriz,dan sakit itu bertambah apabila melihat senyuman Harriz.

"Tak..saya nak balik." Ujar Asha dia ingin bangun namun dihalang oleh lengan sasa Harriz menyebabkan dia terduduk diatas katil..rontaan dilakukan untuk melepaskan pegangan Harriz namun tenaga lelaki kan..

Harriz menghulurkan sudu untuk menyuap bubur kepada Asha,namun Asha berdegil dan memaling kepalanya ke arah lain.Harriz mengeluh nampaknya Nur Ishanani yang lembut itu sudah menjadi Asha yang dingin.

"Tak apa,kalau kau tak nak makan disebabkan aku,aku boleh keluar nanti kita bincang.Kejap lagi maid akan hantar baju kau okey." Ujar Harriz kali ini dia harus mengalah dan tidak mahu memaksa Asha menerima keadaan ini semua namun kalau Asha meminta untuk dilepaskan tidak dia takkan membenarkan.

Air mata Asha mengalir deras saat lelaki itu pergi.Dipejamkan mata seketika.Lemahnya dia saat ini.Takkan ada peluang kedua untuk lelaki itu itu tekadnya!Dia yang harus menahan sakit bila lelaki itu dengan mudah meninggalkannya begitu sahaja dan takkan dia lupakan selepas sebulan lelaki itu pergi meninggalkannya dan peristiwa itu betul-betul buatnya terhina.

Asha mengelap air matanya.Dia mengerling ke arah baju yang pernah dia berikan kepada Harriz bila lelaki itu menumpang dalam rumahnya.Dipeluk baju itu dan dia masih berharap lelaki itu pulang menjemputnya.

Namun bunyi ketukan pintu membuatkan Asha tersedar dari khayalan dan sekali lagi pintu rumahnya diketuk.Dilap air matanya dan dia hanya menggunakan selendang hitam untuk melindungi auratnya.

Dan jelas pada matanya kelihatan dua orang lelaki asing berada di hadapan tangga rumahnya.Rasa takut mula menyelubungi diri.

"Ya ada apa?"Soal Asha. Kedua-dua orang lelaki itu berpandangan sendiri sebelum mengalihkan semula ke arahnya.

"Cik Nur Ishanani bt muhammad?"Soal lelaki pertama itu.Asha mengangguk apabila namanya disebut.Dalam hati terasa berdebar dan janganlah ada perkara buruk.

"kami diarahkan untuk beri sampul ini kepada Cik."Ujar lelaki kedua pula sambil menyerahkan sampul itu kepada Asha.Asha masih tercengang.

"Awak berdua sapa?Apa isi sampul ni? "Soal Asha. Dia tak pernah kenal mereka ini.

"Kami hanya menjalankan apa yang perlu dan tugas kami adalah menghantar ini."Celah lelaki pertama.Asha yang teragak-agak mengambil sampul yang berwarna coklat itu tapi bila melihat pandangan tajam kedua-dua lelaki itu lantas menyambutnya.

"Kami pergi dulu."Belum sempat Asha ingin bertanya lanjut mereka sudah bergerak laju ke arah kereta Honda City berwarna hitam yang terpakir di bawah pokok.

Asha menutup pintu.Lantas kaki bergerak laju ke arah sofa.Dan nak tahu apa perasaannya bila dia buka sampul itu..

Saat itu hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hatinya betapa luluhnya hati hingga tak mampu dia gambarkan.

Cek yang bernilai 500 ratus ribu dan terdapat sekeping surat.Betapa menggigil tangannya memegang..dan dengan air mata menemaninya bila baca surat itu.

-Aku dah berikan apa yang aku janjikan dan aku harap tu cukup untuk kau dan itu juga bayaran untuk kau sebab pernah tolong aku-Harriz

"500 ribu bukan harga diri saya Harriz!"Lantas dikoyaknya cek itu.Dia tak hadap duit lelaki itu dan saat itu dia belajar untuk bangkit dari khayalan dan dia terima kata-kata lelaki itu bahawa perkahwinan mereka satu kesilapan.

Selama dia hidup dia akan ingat kata-kata lelaki itu.

"Kau kuat.Selama ni kau hidup sorang-sorang.Kau kena belajar lupakan dia."Itu tekad pertamanya dan itu yang dia bawa hingga dia berhijrah ke Kl untuk memulakan hidup baharu.

"Awak tetap sama dan takkan berubah!"Rintih Asha sendiri.Harriz tidak pernah berubah sebagaimana lelaki itu tergamak memberi nilai isteri dengan harga 500 ratus ribu dan hari ini lelaki itu mudah mahu peluang kedua daripadanya.

Harriz berada di ruang biliknya yang berada di tingkat tiga.Tingkat pertama terletaknya dua ruang tamu,satu tempat makan,dan dapur serta satu bilik air dan satu bilik dobi dan dua bilik maid serta bilik tetamu,manakala tingkat dua semua bilik untuk tuan rumah iaitu sebanyak 5 bilik dan satu ruang bacaan.Akhir sekali tingkat tiga untuk ruangnya sendiri dimana hanya yang dibenarkan sahaja boleh berada di tingkat tiga.Banglo mewah tiga tingkat ini juga dilengkapi dengan lif untuk memudahkan tuan rumah dan pembantu-pembantu.

Pagi itu Asha baru selesai mandi itu pun dia basahkan badan kerana kepalanya masih berbalut dan dia memakai T-shirt lengan panjang berwarna putih dengn corak berbelang biru dan skirt labuh berwarna hitam dan selendang polos berwarna kelabu.Lagipun baju kerjanya ada kesan darah dan Harriz juga menyediakan telekung untuknya itupun juga diberikan oleh maid yang dimaksudkan oleh Harriz.

Dia mengerling dulang yang sudah kosong,kerana rasa yang lapar dia runtuhkan malu dia sedikit. Matanya seakan terasa pedih kerana banyak menangis dan mengantuk mungkin kesan ubat yang dia makan,entah cuma di fikirannya dia mahu tidur, untuk seketika dan akhirnya Asha terlelap dalam buaian mimpi.

Harriz melangkah ke bilik sebenarnya dia ada juga berpesan kepada maid yang menghantar segala kelengkapan isterinya supaya menemuinya di ruang kerja tapi berjam dia tunggu Asha tidak datang,namun sebaik sahaja dia membuka pintu bilik matanya dapat menangkap sekujur tubuh yang sedang enak tidur,ni mesti penat sangat.Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum,dengan penuh berhati-hati dia membuka selendang yang menutup rambut isterinya,dengan lembut dia menyentuh mahkota isterinya.Harriz membetulkan posisi tidur isterinya dan membaluti tubuhnya dan isterinya dengan comforter tebal,dalam asyik dia mengelus pipi isterinya dia juga terlelap sama.Tangannya merangkul erat pinggang isterinya.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now