Harriz cuba menghubungi Asha namun tidak berangkat,sebaik sahaja dia sampai di banglonya dia dimaklumkan oleh Maid Ra yang isterinya belum balik dan kini sudah malam..
"Please pick up your phone!" Harriz kelihatan serabut,Zach memerhati ketegangan abangnya itu.
"Give her time." Ujar Zach,bukan dia tidak tahu betapa runsingnya abangnya itu.
"Hati dia tengah panas kalau kau terus desak dia,dia takkan lembut hati dan semua ni salah kau sebab kau tak nak berterus terang dengan dia." Zach berkata bukan untuk menambah beban abangnya dan dia berkata yang betul.Harriz mengeluh,mungkin ada benarnya apa yang adiknya kata.
"Aku tak sepatutnya berjumpa dengan Riessa." Keluh Harriz.
"Yes,kau betul tapi tak salah untuk kau jumpa dia kalau kau terus terang pasal Ariessa dekat Asha."Ujar Zach.
"Plan yang kita rancang dah berjaya,selangkah untuk kemenangan."Ujar Hani,Hayden tersenyum sinis,tidak sabar untuk menanti kejatuhan Harriz.Bunyi kuakan kasar, menyentakkan mereka, Ariessa terus menerpa ke arah Hani..selama ini dia bersabar semakin dia tahan semakin sakit dia rasa dan kali ini dah melampau dia takkan mengalah!
Ariessa menarik rambut Hani dengan sekuat hati,hilang sudah kelembutan dan sifat dia sebelum ini.
" Kau memang perempuan yang paling murah aku kenal,aku tahu kau dah hasut Asha kan!Kau memang licik!"Dua das tamparan diberikan kepada Hani,sesakit pipi Hani lebih sakit hati dia.Mereka yang lain tergaman gila sebelum ni Puan mereka tak pernah sebegini.
Ariessa sekuat hati menolak Hani hingga tersungkur diatas lantai,Hayden terus menahan isterinya,jelas sekali isterinya itu tengah marah,dia dapat rasakan tubuh isterinya menggigil.
"Kau atau aku yang tak guna,kau sekarang ni dah jadi pengkhianat dekat mata sahabat baik kau tu dannlebih teruk kau khianat suami kau sendiri." Hani menambah bara lagi.Ariessa ingin menerkam Hani namun pelukan erat Hayden di belakangnya membataskan pergerakkannya.
Ariessa terus meronta,dengan kekuatan yang ada dia menyiku perut suaminya,senak doh!Dan sekelip mata pistol yang disisip di pinggang Hayden direntap, namun riak Hayden masih lagi tenang,yang lain ternganga..
"Put the gun,now." Ariessa tersenyum sinis, pistol dihalakan ke arah Hani.Arahan Hayden tidak akan dia layan,perempuan murah ini sudah terlalu banyak diberi muka dan kali ini dia takkan biarkan.
"Dulu saya bodoh sebab tak berani nak buat semua benda ni,tapi sekarang saya takkan benarkan awak dengan perempuan ni untuk terus hancurkan Reid."
"You dengar tu,dia ni memang tak layak untuk jadi isteri you,dia lebih bela orang yang dah bunuh daddy you." Hani tidak gentar.
"Kau diamlah perempuan! Jangan buat aku hilang sabar dengan kau!" seoktaf suara Ariessa,Hani hanya tersenyum sinis.
Ariessa yang hilang sabar terus menarik picu dan....
Bang!
Hayden terus merentap pistol di tangan isterinya,dinding yang sedikit berlubang.Tembakan itu tersasar mengenai dinding.
"Apa yang awak buat ni salah Hayden." Hayden tersenyum sinis.
"Salah?Bangsat tu dah bunuh daddy aku!" Tengking Hayden, sampai hari ini dia tidak akan lupakan kematian daddynya.
Ariessa mengeluh, sikap Hayden yang keras kepala,ego dan hatinya yang tepu dengan dendam.
"Dendam takkan bawak awak ke mana-mana." Hayden memandang Ariessa.
"Dendam akan bawak aku kepada kepuasan bila aku dapat bunuh dia." Hayden tidak mahu mengalah.
"Dan aku takkan biarkan ada yang menjadi penghalang.""Saya akan jadi penghalang tu." Tegas Ariessa dia takkan menyerah untuk kali ini.Dendam Hayden hanya membawa kepada keburukan dan akan merosakkan diri.
"Kau takkan berani untuk buat macam tu!"
"Ya!Saya memang tak berani sebab saya bodoh! Saya pengecut! Untuk buat semua tu! Awak yang buat saya!Awak yang buat saya untuk lakukan semua ni!".Dia tak boleh sabar lagi dengan semua ini.
"Manusia boleh berubah,itu yang awak lupa.Cukup saya biarkan awak hidup macam ni.!" Tegas Ariessa menyambung kata-katanya dan lalu berlalu pergi apa nak jadi jadilah.Hayden menghempas botol-botol wain jelas dia tengah marah.Yang lain hanya diam nak masuk campur takut yelah siapa tak takut.
"Kau just ceraik..."
Hayden mencengkam pipi Hani sebaik sahaja Hani habis berkata.
"Jangan pernah kau sebut tu! Kau cuma perempuan aku!Tapi dia isteri aku dan aku takkan lepaskan Ariessa!"
Ya dia takkan lepaskan Ariessa.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...