Bab 29

9.8K 258 3
                                    

"Kau sedap kan ambik cuti lama-lama." Sergah Tini Jeling kepada Asha,dia memang tidak suka kepada Asha.

"Saya ada sebab kenapa saya ambik cuti." Balas Asha, ni pun plan Harriz tapi mujurlah dia tak kena buang,Harriz yang menyuruh Rina mewakilkan isterinya dengan memohon cuti dan yang peliknya diluluskan.

"Kau ni menjawab kan.." Tini Jeling ni macam jiwa kacau,itu yang Rina beritahunya.Belum sempat Tini Jeling ingin berkata lagi..Aiman datang.Tini Jeling menunjuk riak menyampah dia menyampah sebab Aiman ni dekat dengan si Asha budak kampung.

"Kau ni dah kenapa Tini sewel.Ikut Asha lah nak ambik cuti ke apa lagipun dia jarang ambik cuti bukan macam kau ambil EL tapi aku tengok kau pergi melepak jer." Bidas Aiman,Tini Jeling menjeling.

"Kau tak payah nak back up dia sangat boleh tak menyampah." Ujar Tini Jeling, dia merenung tajam ke arah Asha sebelum pergi.

"Awak okey,Sha?" soal Aiman,bukan dia tidak tahu perangai mulut laser si Tini Jeling dan juga mulut ular Tini Jeling itu.

"Okey,terima kasih sebab tadi." Balas Asha, Aiman mengangguk.

Asha dan Rina berada di gerai  yang berada di seberang jalan,tempat yang paling dekat dengan tempat kerja mereka dan murah.

"Aku ingat kau lunch dengan cik abang sayang.." Ujar Rina nak membaham sahabatnya itu,Asha mencubit lengan sahabatnya itu.

"Banyaklah kau,lagipun takkan aku nak ajak dia makan aku malu." Balas Asha, walaupun mereka berbaik tetapi Asha masih segan.Rina mencebik,dia menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya,namun mereka tersentak apabila dua jejaka duduk disebelah mereka.

Amsyar dan Harriz tersenyum,Amsyar duduk di sebelah Rina manakala Harriz dah tentulah duduk di sebelah isterinya. Mereka terlebih dahulu memesan makanan.

Rina menjeling tidak puas hati mamat disebelahnya,dia malas nak berkata lalu dia menyuap lagi sekali nasi goreng.

"Lapar sangat kau ni makan tak ingat dunia." Sindir Amsyar sengaja nak.menyakitkan hati,sementara kita tunggu makanan kita lebih baik mengacau.

"Lebih baik pelahap daripada jadi orang yang...menyakitkan hati." Bidas Rina. Amsyar sengaja tidak buat layan kata-kata Rina.
Asha menggeleng kepala,Amsyar memandang wajah isteri sahabatnya itu.

"Hai you mesti Asha right?I,Amsyar sahabat dunia dan akhirat suami you." Harriz mencebik dunia dan akhirat konon.Asha hanya mengangguk.

"Hai you mesti Asha right?Apa punya soalan lah.Kalau dah si Encik Harriz ni duduk di sebelah dah tentulah ni Asha.Takkan dia nak duduk sebelah orang lain pula." Bidas Rina, Amsyar membuat muka tanda sakit dada,Harriz tersenyum sinis, apabila kawannya itu terkena..Harriz dengan selamba mengambil minuman Asha lalu menyedutnya,haus sangat...Asha tersenyum memandang Harriz.

"Haus sangat awak ni." Ujar Asha. Harriz mengangguk, gila tak haus dia dengan Amsyar sanggup  ke sini,kerana dia sengaja memparking keretanya di kedai buku tempat kerja isterinya.

Tanpa mereka sedar ada yang tengah berasap...

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now