"Aku terima nikahnya Nur Ishanani bt Muhammad dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit dibayar tunai." Air mata Nur Ishanani semakin mengalir,dirinya baru sahaja 19 tahun tetapi sudah bergelar isteri kepada jejaka yang ditolongnya tapi tidak mengetahui latar lelaki itu.
Harriz dan Nur Ishanani dinikahkan di surau yang berdekatan,mereka boleh dikatakan ditangkap basah dan kahwin terjun.
"Nur,salam suami kamu." ujar Umi Siti isteri kepada Tok ketua.Matanya dapat menangkap riak dingin Harriz, dia hanya menurut.
"Mulai sekarang Nur dah ada yang menjaga,jagalah baik-baik rumah tanggan kamu berdua." Ujar Tok ketua kepada pasangan pengantin baharu itu.Dia sejujurnya tidak percaya tetapi sebagai Tok ketua dia harus mengahwinkan mereka tambah pula dengan pemakaian Harriz itu.
"Dasar perempuan murah tetap akan murah." Itulah cemuhan yang dapat dia dengar daripada beberapa wanita yang agak berusia,nasib baiklah Umi Siti sentiasa memberikannya semangat.
Nur Ishanani mengurung dirinya di dalam bilik sebaik mereka sampai di rumahnya,baginya dia masih tidak bersedia tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dirnya sudah terikat dengan Harriz, dan mahu atau tak Harriz suaminya.Terngiang-ngiang kata-kata Umi Siti.
"Nur kini dah jadi seorang isteri,belajarlah untuk menjadi isteri yang baik untuk suami kerana syurga kita berada dengan mereka. Jangan jadikan semua ini alasan kerana Umi percaya inilah takdir yang tertulis."
"Ya Allah maafkan aku." Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Umi Siti,dia sepatutnya harus belajar untuk menerima semua ini. Air mata dilap,dia mahu belajar menerima Harriz.
"Okey aku tunggu kau depan sana." Dingin Harriz, ini yang terbaik buatnya.
"Awak nak pergi mana?" Soal Nur Ishanani lembut apabila melihat Harriz sudah menyalin pakaian daripada baju melayu kepada T-shirt yang dia menemui Harriz,dan dia dapat melihat Harriz menyarung kasut dengan riak dingin.
Harriz memandang tepat ke arah Nur Ishanani, dia sudah buat keputusan dan inilah yang terbaik.
"Aku kena keluar dari kampung ni malam ni jugak." Dingin Harriz, belum sempat Nur Ishanani ingin berkata.
"Perkahwinan ni semua satu kesilapan bagi aku.Aku tak kenal sapa pun kau dan kau tak kenal aku sapa." Tambah Harriz."Tapi macam mana dengan saya" Rintuh Nur Ishanani, Harriz tersenyum sinis.
"Kau jangan risau nanti ada orang akan datang hantar cek kat kau,kau gunalah duit tu.Aku dah nak pergi,mulai hari ni anggap jerlah yang kita tak pernah berjumpa." Tanpa perasaan Harriz melangkah pergi,Nur Ishanani terduduk diatas lantai,air mata yang mengalir deras tidak dapat ditahan.
Baru dikahwini,tapi sekarang suaminya pergi meninggalkannya seorang diri.
"Ya Allah kau kuatkanlah aku dengan semua ini." Rintih Nur Ishanani,sakit hatinya dengan semua ini.
"Saya akan ingat kata-kata Encik tu." Tekad Nur Ishanani, kini dia harus membuka lembaran baharu untuk meniti hari esok.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...