Harriz menghentikan keretanya dia memandang isterinya.
"Really you don't want to stay at our house?" Soal Harriz,Asha memandang,mereka sudah sampai dekat kawasan flat tempat tinggalnya.Dan persoalan Harriz ini adalah soalan sama sejak 3 hari mereka berada di Villa penginapan Harriz.
"Saya belum bersedia lagipun nanti apa kata Rina." Lagipun dia sayang nak tinggalkan Rina dan perumahan ini.Harriz mengangguk, dia memandang isterinya.
"Okay but I will meet you." Ujar Harriz, dia akan pastikan walau mereka tidak tinggal serumah dia akan pastikan dia menjalankan tanggungjawabnya.Asha mengangguk. Dia ingin keluar dari kereta namun ditahan oleh Harriz, dan Harriz pula yang keluar dan membuka pintu untuknya.Asha tersenyum dan mengucapkan terima kasih.Harriz membalas senyuman isterinya, dan dalam mereka begitu,ada satu suara mencelah.
"Amboi sweetnya,sejak berbaik ni." Ujar Rina. Dia sebenarnya dari tadi tunggu Asha di bawah dan sempatlah tengok betapa gentleman si Harriz ni membuka pintu untuk isterinya. Asha mencubit lengan Rina.Rina tidak perduli.
"Ala tak payahlah malu sangat..ber-sweet dengan yang halal tak apa." Balas Rina selamba.
Asha memandang sahabatnya itu,lalu bertanya.
"Kau buat apa turun?" Soal Asha, Rina memandang wajah sahabatnya,dia sebenarnya ralit melihat kereta sport milik Harriz yang berwarna merah,cun gila..
"Kau kan nak balik so aku sebagai sahabat yang baik aku nak sambut kau." Asha memandang wajah sahabatnya, dia yakin yang dia tidak pernah beritahu sahabatnya itu bila dia nak balik.
"Aku rasa aku tak pernah bagi tahu kau bila aku balik." Asha merenung tajam ke arah sahabatnya itu,Rina mengetap bibir dan tersenyum kekok.
"A..aku naik dulu.." Ujar Rina sambil.bergegas pergi,dah terperangkap dia pasti kejap lagi sahabatnya akan bertanya banyak.Sebenarnya,malam si Asha kena 'culik' dengan Harriz sampai pergi bercuti bagai tu semua dia bekerjasama dengan Harriz..
Asha merenung tajam ke arah suaminya itu.
"What?" Soal Harriz, dia tahu isterinya itu sedang mengsyak sesuatu.
"Pandai awak berpakat dengan Rina,patutlah dia tak banyak soal rupanya dia berpakat dengan awak." Balas Asha, Harriz memegang tangan isterinya, dia mengusap ubun-ubun isterinya yang dilitupi dengan selendang berwarna peach itu.
"Sorry okay,jangan marah dia that's was my plan and because of her I can get back my wife." Ujar Harriz, Asha sudah menahan senyum.
Asha menghulurkan tangan,Harriz agak terkejut dan akhirnya dia faham rupanya isterinya itu mahu menyalaminya,dan Harriz mencium dahi isterinya, Asha tersenyum malu namun dia tak boleh nafikan rasa bahagia menerpa di hatinya.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...