Nur Ishanani baru sahaja lepas menunaikan solat subuh,kejap lagi dia harus menghantar nasi lemak ke warung Pak Mat,dengan memakai baju T-shirt lengan panjang berwarna putih dan kain labuh polos berwarna hitam dan tudung sarung yang sama warna dengan kain labuhnya.
"Encik ni belum sedar nampaknya,tak apa kot kalau aku tinggal sekejap." Desus Nur Ishanani di dalam hati,lagipun dia sudah menyediakan sarapan bagi lelaki ini diatas meja.Dia menyisipkan satu kertas lalu diletakkan diatas meja.
"Auchh!" Kedengaran suara seorang lelaki yang meringis kesakitan.Matanya terpisat-pisat dibuka memandang sekeliling.
"Aku kat mana?" Soalnya di dalam hati."Encik dah sedar?" celah suara Nur Ishanani,lelaki itu tersentak.Nur Ishanani baru sahaja pulang daripada menghantar nasi lemak di warung Pak Mat.
"Kau sapa?" serak suara lelaki itu berkata,Nur Ishanani tersentak kedengaran agak dingin lelaki itu bertanya.
"S..saya Nur." Lidah Nur Ishanani kelu untuk berkata,kedengaran kedengusan lelaki itu.
"Tak penting pun nama kau,aku kat mana ni?" soal lelaki itu,Nur Ishanani menahan sabar jerlah dengan perangai lelaki ni,tadi dia jugak yang tanya apabila dijawab lain pulak ceritanya.
"Encik sekarang berada di rumah saya,semalam encik pengsan.Encik kena rompak ke?" Ujar Nur Ishanani,lelaki itu seperti berfikir sesuatu.
"Entah.Tapi,aku nak tumpang rumah kau untuk beberapa hari." Selamba lelaki itu berkata.
"Tak boleh..tak boleh." Mana boleh lelaki ini menumpang rumahnya,dahlah dia seorang sahaja.Kalau yang semalam itu bolehlah sebab dia menolong lelaki ini.
"Ada aku tanya kau boleh ke tak.Relaxlah,aku takkan buat apa-apa kat kau." Dingin lelaki itu.
"Encik masalahnya sekarang,saya tinggal seorang dalam rumah ni dan saya tak kenal sapa pun encik." Ujar Nur Ishanani. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Aku Harriz.Itu dah cukup untuk kau.Jangan bimbang aku takkan buat apa-apa kat kau.Dan aku harap sangat kau tak bagi tahu orang yang aku ada dekat rumah kau." Tegas Harriz.
"And now,aku lapar dan boleh aku makan." ujar Harriz apabila melihat sarapan yang berada di hadapannya,yang sudah tentu untuknya.Nur Ishanani hanya mengangguk walaupun agak berat.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...