Bab 8

12.4K 340 2
                                    

Dia mengelap rambutnya yang basah dengan tuala,bersinglet hitam dan seluar pendek itu pilihannya.Dia duduk di birai katil dan tangannya lantas membuka laci almari meja.Kini di tangannya terdapat satu sampul berwarna coklat,terkandung isi yang sangat penting,isi yang dulunya dia tidak pernah hiraukan.Tangannya lincah membuka sampul itu,satu senyuman yang hanya Dia yang tahu.

"Hai Asha,awak dah makan?" soal Aiman salah seorang teman sekerja Asha dan Rina.

"Hai Man,tanya Asha jer ke.Kau tak nak tanya aku." Bidas Rina,Asha tidak menyampuk lagipun bukan dia tak kenal perangai Rina suka mengenakan orang.

"Kau tak payah tanya,kau dengan makanan mana boleh lari kan,Asha awak dah makan?" Aiman membidas Rina dan pada masa yang sama kembali menyoal soalan yang sama apabila Asha tidak menjawab soalannya.

"Saya dah makan." Balas Asha,Aiman mengeluh.

"Baru saya nak belanja awak sarapan,tapi apa kata tengah hari nanti saya belanja lunch." Ujar Aiman,belum sempat Asha ingin menjawab Rina menyampuk.

"Okey,aku dengan Asha on." ujar Rina selamba,nak malu apa dengan Aiman.Aiman mencebik.

"Asha saya tunggu tau." Ramah suara Aiman kepada Asha, manakala apabila matanya berpaling kepada Rina hanya mencebik dan berlalu pergi.

"Mamat ni buat aku naik geram jer...eeee." Geram Rina,Asha sudah menggeleng kepala.
  "Aku rasa kan si Man tu suka kat kaulah." Ujar Rina, bukan dia tak nampak cara Aiman hanya Asha jer buat tak nampak.

"Kau jangan nak mengarutlah,dia layan kau dengan aku sama jerlah." Nafi Asha,walaupun dia juga perasan benda yang sama cuma dia bersikap malas mahu melayan kerana takut memberi harapan dan akhirnya akan menyakitkan hati orang,dia tidak mahu begitu.

"Apa kata kau terima jerlah si Man tu,aku tengok dia pun okey." Ujar Rina sambil menyusun peralatan alat tulis.

Asha tidak menjawab,mana mungkin dia boleh menerima Aiman apatah lagi dengan dirinya.Aiman layak dengan orang lain.

"Terima kasih tau Man,sebab belanja kami." Ucap Asha untuk menutup ketidakselesaan apabila berdua dengan Aiman kerana Rina pergi ke kedai yang berdekatan,katanya nak beli barang.

"Tak apalah lagipun dah niat saya nak belanja awak." Ujar Aiman,Asha tidak selesa apabila Aiman merenung dia.

"Ada apa-apa ke dekat muka saya?" soal Asha manalah tahu sisa nasi melekat dekat pipi dia ke.Aiman tersentak tapi dalam pada masa yang sama dia tersenyum.

"Taklah,saya suka tengok awak pakai tudung putih nampak macam ayu sangat." Puji Aiman,Asha hanya beriak biasa,dalam hati dia tertanya ke mana si Rina pergi.Dia tidak betah untuk berdua dengan Aiman walaupun Aiman ni rakan sekerja.

"Sorry,aku lambat." Sampuk Rina
yang baru sudah membeli barang.Asha menarik nafas dalam diam.

"Bos ada?" ujar satu suara kepada PA sahabatnya. Arlin yang sedang menaip tersentak, satu senyuman dilemparkan,bukan dia tidak kenal lelaki ni,sahabat Encik bos.

"Bos,ada kat dalam." Jawab Arlin ramah,lelaki itu hanya mengangguk.

Pak!

Satu sampul berwarna coklat dilemparkan kearah meja dan dengan bersahaja dia duduk berhadapan dengan sahabatnya yang sedang merenung tajam ke arahnya.

"Relax bro,jangan marah-marah.Nanti cepat tua." ujar lelaki itu selamba.

Belum sempat Encik Bos nak berkata lelaki itu berkata.

"Itu maklumat yang kau nak.Semua ada dalam tu,Christ bagi dekat aku." Ujar lelaki itu.
Lelaki yang dipanggil Encik Bos itu tersenyum sinis sambil memandang sampul itu.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now