Asha menggelap rambutnya yang basah,dia baru selesai mandi mujurlah tandas disedia ada di dalam bilik wadnya.
"Come to eat." Ujar Harriz yang santai berhoodie dan seluar jeans,tadi nurse ada membawa makan malam semasa isterinya berada di bilik air.Harriz membantu isterinya untuk makan malam.
"Awak dah makan?" Soal Asha, Harriz ni tak boleh kira sangat kalau kita tak ingatkan dia pasal makan memang dia lupa nak makan terutamanya kalau dah menghadap kerja.
"Kejap lagi aku makan,kau tu yang penting sebab sekarang kau makan untuk baby."Jelas Harriz, dia menyuap nasi yang berlaukkan sup ayam kepada isterinya.Asha tersenyum tapi dalam pada maaa yang sama dia merampas sudu di tangan suaminya itu.
" Kita makan sama."Tutur Asha, lagipun dia tak ada selera sangat nak habiskan makanan itu.Asha menyudu nasi ke dalam mulut suaminya.
"Kejap lagi kau makan vitamin dan susu pastu rest." Ujar Harriz, Asha tersenyum baru hari ni dia nampak sikap tersembunyi dalam diri suaminya.Jujur dia akui Harriz bukan jenis lelaki romantik tapi gaya dan perilaku Harriz begitu menarik hatinya.
Rina memandang lelaki di hadapannya,siapa lagi kalau bukan Amsyar yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya dan memaksanya untuk menemani makan.
"Kenapa kau bawak aku kat sini?Aku malu lah." Tutur Rina,ada ke patut si mamat tiang konkrit ni bawak dia ke restaurant yang boleh dikatakan high class dan nak ikut gaji dia memang tak mampulah nak makan kat sini.Amsyar tersenyum sinis, tapi dia tak peduli.
"Bukan kau jenis tak ambik kesah pasal orang nak kata,ala kau jangan ambik peduli sangat." Ujar Amsyar, lagipun dia datang ke restoran ini untuk makan dan dia bayar bukan nak makan percuma.
Rina mendengus bercakap dengan mamat tiang konkrit ni memang dia tak boleh menang.Amsyar dalam diam memerhati dan kadang-kadang dia tersenyum sinis.
"You are so intresting girl." Itu yang bermain dibenak fikiran Amsyar.
Bilik wad Asha meriah dengan kedatangan tiga orang kawannya itu.Di meja penuh dengan hamper buah-buahan.
"So,kau dah tahu jantina baby atau tak?" Soal Rina,tak sabarnya nak tengok anak yang bakal lahir dari perut sahabatnya itu.
"Baru lagi tunggu beberapa bulan baru boleh scan,tu pun kalau baby ni bukan jenis pemalu." Ujar Asha, dia sendiri tidak sabar untuk mengetahui jenis jantina baby nya tapi dia juga tidak kesah untuk ada anak lelaki atau perempuan asalkan anak yang bakal keluar ini sihat dan cukup sifat,itulah doanya setiap hari.
"Kalau Asha nak tahu bos kalut semalam bila dapat tahu yang Aaha masuk hospital dia sanggup tau tinggalkan mesyuarat tu." Celah Arlin.
"Untung Asha dapat suami macam bos,sangat caring." Tambah Hani.Asha tersenyum,semakin bertambah kasih untuk Lelaki itu.
"Maklumat yang aku dapat sekarang adalah bini dia sedang mengandung dan masih berada di hopital." Ujar satu suara yang agak garau.
"This game will be have fun..tapi aku nak kau terus perhati dan bila aku arahkan kau bersedia." Arah seorang lelaki melalui corong telefon.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...