4 tahun kemudian....
"Asha,jom lunch kejap lagi sambunglah kerja tu." ujar Rina kepada sahabatnya.
"Tapi aku tak habis lagi susun novel-novel ni." Ujar Asha kepada Rina.
"So,aku kena lunch soranglah ni.. tak apalah aku tapau untuk kau,macam biasakan.Okey aku pergi dulu." Asha tergeleng kepala melihat telatah sahabatnya itu,kalau bab makan memang tak boleh tunggu.Asha meneruskan kerjanya menyusun novel-novel yang baru sampai di rak-rak buku mengikut kategori novel-novel itu.
Walaupun Rina macam tu,dia tetap seorang sahabat baiknya,Rina yang banyak menolongnya sejak dia berada di Kuala Lumpur.
Dia menuruni daripada kereta mewah miliknya,briefcase yang tersarung ditubuhnya menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu.Hanya riak dingin dipamerkan.
"Handsomenya dia..cair.." itulah yang biasa di dengar dan diluahkan oleh para stafnya terutama perempuan tapi dia tak ambil peduli.Apabila bertembung dengannya para staf akan menunduk hormat.
"Good morning bos." Hanya mengangguk tanpa beriak apabila PAnya mengucapkan good morning.
"Dingin semacam bos hari ni." Celah Rozy kepada Kak Arlin PA kepada Encik boss.Belum sempat Arlin ingin menjawab,Suzzy mencelah.
"Bos bila masa dia tak dingin tapi dingin dia tulah aura." Ada nada gedik diayat Suzzy,Rozy mengangguk. Kak Arlin menggeleng kepala,tapi itu normal jadi tak hairanlah kalau bosnya itu keluar majalah.
"Dah-dah pergi buat kerja tak payah nak aura sangat ni kalau bos keluar baru korang tahu." Bukan mereka semua tak kenal dengan perangai Encik bos, mahu ditengking olehnya kalau kerja-kerja yang diberikan tidak dapat disiap apabila diminta ataupun dihantar lewat biarpun 10 minit.
Rozy dan Suzzy hanya mengangguk lagipun dalam minat mereka terhadap Encik bos,ketegasan dan kegarangan Encik Bos seperti Singa Jantan menaikkan bulu roma mereka. Pernah sekali seorang staf dimarahi hingga deman 2 hari kerana laporan yang dibuat tidak mengikut apa yang diinginkan oleh Encik Bos,suara Encik Bos itu mengalahkan pembesar suara.
Bunyi interkom menyentakkan Arlin,ditekan butang lalu menjawab.
"Nampaknya bos dah panggil,so korang dipersilakan buat kerja." Ujar Arlin, bukan dia tidak tahu perangai minah berdua ni,pantang ada masa sikit dibukanya kelab bawang hangit di dalam pejabat dan kebiasaanya di pantry.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...