Bab 57

6K 174 4
                                    

Harriz membuka laci meja,terdapat sebuah frame yang kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan yang agak mesra seperti pasangan kekasih.Lelaki memeluk bahu perempuan itu manakala perempuan itu memandang lelaki itu dan mencubit pipi lelaki itu.

"Aku rindu kau." Keluh Harriz, tapi bila memikirkan perbuatan perempuan itu terasa kembali betapa panasnya hati lelakinya.Frame itu dicampak kembali ke dalam laci biarlah frame itu terletak di dalam.

"Okay Harriz, I need to go now." Pamit Datuk Rashdan.

"Alright Datuk and have a nice day." Datuk Rashdan tersenyum sambil berlalu pergi.Harriz kembali duduk dan menghirup secawan coffee panas namun ketenangannya agak terganggu bila kehadiran seseorang yang dia tidak mahu berjumpa langsung.

"Mr.Harriz Ryden or should I call Reid,how are you?" Sinis satu suara mencelah, sambil tersenyum sinis dan dengan lagak selamba lelaki itu duduk berhadapan dengan musuhnya.

"Apa kau nak!" Dingin Harriz raut wajah kelihatan tenang tapi bukan hatinya.Membuak darahnya apabila melihat bangsat yang berada di hadapannya.

"Apa yang aku nak?Kau tahu apa yang aku nak." Sinis lelaki itu.Harriz tersenyum sinis.

"Kadang-kadang aku kesian dengan kau,macam orang yang kalah,tapi it's okay Hayden Rafael aku nak tengok sejauh mana permainan kau." Sinis Harriz dan berlalu pergi dengan bergaya.

"Mungkin sekarang kau angkuh Reid tapi jangan lupa aku akan jadi bayang dalam hidup kau.Aku takkan biarkan hidup kau bahagia.Me or you will die in this game!" Tekad Hayden dan jelas kebencian yang teramat di dalam matanya.

"What!Kau jumpa bangsat tu,jadi dia macam mana masih bangang macam dulu lagi atau dah cerdik." Kasar Zach, Amsyar menggeleng dasar kaki sesumpah.

"Macam kau tak kenal dia?" Sinis Harriz.Amsyar tersenyum sinis,nampaknya Hayden masih berdendam.

"So,apa plan kau bro?" Soal Amsyar. Dia yakin Harriz takkan biarkan Hayden berada di hadapannya.

"Kau tahukan aku dengan dia sama licik tapi aku akan biarkan dia bertindak dulu, sebab aku yakin ada orang lain disebalik dia." Sinis Harriz, Amsyar dan Zach mengangguk.

"Aku dah lama tak tengok budak sesumpah sejak balik Malaysia dia pergi mana?" Soal Zach.

"Kau sesuka hati panggil dia sesumpah." Amsyar menyampuk.Zach tersenyum sinis.

"Dia ada bukan macam kau suruh hantar laporan lambat nasib baik kau adik aku." Ujar Harriz.

"Sebab nasib aku baik aku ditakdirkan jadi adik kau bro." Ujar Zach.

"Isteri kau masih kerja dekat tempat tu ke?" Soal Harriz, Amsyar mengangguk.

"Aku tak kesah lagipun dekat rumah aku bukan ada orang melainkan anak-anak buah aku.Lagipun budak tu ada kat sana,jadi aku tak bimbang sangat." Ujar Amsyar.Harriz hanya mengangguk.

Ariessa memandang wajah yang pernah hadir dalam hidupnya,lelaki yang amat dia sayangi tapi hancur kerana dia.

"I am so sorry." Ariessa menahan sebak,dia yakin lelaki itu masih marahkan dia.Namun bunyi kuakan pintu dari luar mengejutkan Ariessa ,gambar itu disembunyikan dengan diselit dalam sebuah buku dan disimpan dalam laci meja.

"Awal awak balik hari ni?" Soal Ariessa, Hayden tidak menjawab tubuhnya direbahkan atas katil,rasa penat menghantuinya.Ariessa bangkit dia ingin menyimpan kot dan briefcase lelaki itu,namun Hayden bijak dia merentap lengan isterinya hingga Ariessa jatuh terbaring di dadanya.

"Lepas... Saya nak masak."Hayden merenung tajam isterinya.Masak?Maid yang diupah ada.Dia tahu sebenarnya Ariessa ingin mengelak darinya sejak perang dingin mereka berlaku.Ariessa ingin menolak namun pelukan kuat Hayden menyukarkannya untuk melolosikan diri.

"Stay with me."Bisik Hayden, Ariessa dapat mendengar dengupan jantung lelaki itu,mata mereka saling memandang antara satu sama lain.Sudah dua hari sejak mereka bertengkar dan dia cuba untuk tidak menghiraukan Hayden selama itu tapi dia tidak akan mengabaikan Hayden cuma dia buat silent mode sahaja.Tapi kenapa dia selalu kalah dengan pandangan mata Hayden yang berwarna kelabu itu.

Hayden mula ingin melabuhkan ciuman di bibir isterinya..dia rindu Ariessa tetapi....

Ktak!Bunyi pintu dikuak dari luar,dan muncullah Adam yang berlari ke arah ibu dan daddynya.Ariessa segera membetulkan kedudukannya.

" Daddy."Ujar Adam ceria dan menerpa,Hayden memeluk anaknya itu.

"Daddy..miss you." Luah Adam polos,Hayden mengusap rambut anaknya itu.

"Miss you too boy." Balas Hayden.

"Saya pergi bawah dulu." Ujar Ariessa, Hayden memerhati kelibat isterinya yang berlalu pergi.Hayden mengerling ke arah anak lelakinya.

"What you do today boy?"Dia akui dia tidak banyak meluangkan masa bersama anaknya ada benda yang dia sibukkan sekarang ini.

Ariessa menutup pintu bilik, air mata mengalir perlahan,sebak di dada.Kadang kala dia terfikir,adakah ini karma untuknya.Hayden? Adakah lelaki itu menganggap dia sebagai isteri atau sekadar tempat untuk melepaskan nafsu.

"Kuatkan aku,Ya Allah.Bantulah aku menemui jalan untuk kebahagiaan rumah tangga aku ini." Pohon Ariessa tulus,sekuat mana pun dia,takkan mampu bertahan andai semua dia harus lakukan sendiri.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now