Bab 19

10.5K 276 0
                                    

Rina yang sedang berjalan sendiri,dengan memakai hoodie berwarna kelabu dan bertudung hitam dia bergerak untuk balik,tadi Asha ingin menemaninya ke kedai tapi dia menolak lagipun dia dah biasa pergi ke kedai malam-malam.Tangannya membimbit plastik yang penuh dengan makanan ringan sebab stok makanan ringan dia semakin sikit.Suasana agak gelap mungkin hujan bakal turun dalam dan dia melalui lorong untuk menuju ke flatnya sambil membelek phone.

"Auchh! Tiang batu mana pula letak tengah jalan." Rina terduduk apabila dirinya melanggar 'tiang',menyesal pula main phone sambil jalan ni.

"Orang kata jalan tengok bukan mata guna untuk main phone." Sinis satu suara,Rina mendongak mukanya yang sedari menggosok dahi yang sedikit sakit.Dia merenung tajam ke arah lelaki itu.

"Dan sapa suruh berdiri tengah-tengah jalan." Bidas Rina,tak pasal-pasal punggung dia mencium jalan yang bertar itu.

Lelaki itu tersenyum sinis,boleh dikatakan gadis yang berada dihadapannya ini sangat berani,kalau ini bukan arahan dari orang atas memang taklah dia nak ke sini.

Rina ingin bergerak namun langkahnya dihadang oleh lelaki tadi,dia ke kanan lelaki itu ke kanan,dia ke kiri lelaki itu pun ke kiri.

"Awak ni dah sewel ke apa.Tepilah nak lalu." Naik seoktaf suara Rina,dan yang menyebalkan hatinya lelaki itu boleh tersenyum sinis memandangnya.

"Aku nak kau ikut aku ke satu tempat,ada yang sedang tunggu kau." Lelaki itu mula serius,dia perlu membawa gadis ini menemui orang atasnya,kalau tak habislah dia.

"Saya tak kenal awak,dan saya tak nak." Tegas Rina,dia tidak memperdulikan kata-kata lelaki itu namun langkahnya terhenti apabila lelaki itu berkata.

"Kau gerak selangkah lagi aku tembak kau,I am not kidding." kedengaran agak serius dan memangs serius kerana lelaki itu memang mengacu pistol dan Rina boleh merasanya kerana pistol itu betul-betul diletakkan di belakang badannya.

Lelaki itu tersenyum sinis,buat cara baik tak nak jadi dia terpaksa melakukan cara kasar dan hanya kekerasan dapat menjayakan misinya ini.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now