Asha menyandar lemah kepalanya di dinding,kepalanya terasa berpusing.Sejak semalam lagi tubuhnya terasa lain macam.Sedari tadi dia ulang-alik ke tandas,dengan langkah yang lemah Asha keluar dari bilik air dan badanya direbahkan diatas katil bersaiz king itu.Harriz tiada di rumah lagipun hari ini hari kerja.Asha dengan keadaan yang lemah itu,menggapai telefon rumah.Telefon ini disambungkan kepada telefon bawah di ruang tamu,dia tidak berdaya nak turun.
"Bik tolong naik atas,saya rasa tak sihat." Tutur Asha lemah.
"Baik Puan." Jawab Maid Sal.
Harriz sedang mesyuarat bersama semua staf untuk berbincang pasal ulang tahun syarikatnya.Arlin meminta izin untuk keluar apabila telefonnya berbunyi.Raut wajahnya berubah menjadi cemas.Sebaik menamatkan panggilan,Arlin berbisik sesuatu kepada Harriz.Mereka yang lain agak tertanya-tanya apabila melihat raut wajah bos mereka berubah.
Di hospital Felix berada di luar sambil dia masih menunggu ketuanya Harriz ke sini. Dia terpaksa bawa Asha ke hospital apabila Asha tiba-tiba pengsan di dalam kereta apabila mereka ingin ke klinik jadi dia menukar hala ke hospital.
"Macam mana,dengan isteri aku?Apa kata doktor?" Harriz terus menerpa Felix.
"Doktor masih periksa Puan,tadi pun doktor cari bos.Tapi aku kata bos dekat pejabat." Balas Felix.
Harriz mengeluh perlahan dan duduk di kerusi. Dia masih ingat pagi tadi pun isterinya ada mengadu pening tapi dia tak menyangka pulak keadaan Asha menjadi teruk macam ni sempat dia mengutuk dirinya yang culas dengan keadaan Asha.
"Relax bro. Kakak tu takkan ada apa-apa." Ujar Zach berkata. Sekarang dia yakin betapa cintanya abang dia itu kepada sang isteri. Siapa sangka lelaki yang dingin dan kejam mampu untuk menanam cinta di dalam hati.
Dari dalam kereta lagi dia nampak akan kerungsingan si abang bila dihubungi oleh Felix yang beritahu akan keadaan Asha yang berada di hospital. Bunyi pintu bilik rawatan dibuka dan terpancul seorang doktor wanita cina.
"Doc,how my wife?" Soal Harriz cemas,doktor cina itu tersenyum.
"Your wife is okay but need to warded in about 3 days,because she still weak and congracts for daddy to be." Harriz tergaman,Zach dah tersenyum bersama Felix.
"You are not kidding right?" Soal Harriz meminta kepastian,doktor cina itu tersenyum mungkin sudah terbiasa dengan reaksi sebegini.
"Yes,your wife is pregnant almost a month." Jawab doktor cina itu,Harriz memeluk adiknya,rasa gembira tidak terbendung.
"Daripada kau peluk aku,lebih baik kau peluk bini kau." Sinis Zach,dah macam kunyit dia dengan abangnya.Harriz menumbuk bahu adiknya itu,tanda menyampah nasib baik mood dia terlebih baik dengan berita gembira ini.
"Aku nak isteri aku pindah ke wad VVIP" Ujar Harriz, doktor itu mengangguk.
Asha memerhati keadaan yang agak asing,dia melihat wajah suaminya yang tersenyum ke arahnya.
"Awak..saya kat mana?" Serak suara Asha bertanya,Harriz menghulurkan air kepada isterinya.
"Minum dulu." Arah Harriz, Asha hanya menurut lagipun tekaknya terasa kering." Kau ada dekat hospital tadi kau pengsan dalam kereta."Sambung Harriz.
"Bila boleh balik?" Soal Asha, wajah pucatnya memandang suaminya.Harriz menggeleng kepala perlahan,tak sampai 3 jam dah tanya nak balik.
"Kau tak boleh balik lagi,doktor nak kau rehat dekat sini dan lagipun ini semua untuk kebaikan kau dan..." Harriz tidak menghabiskan ayatnya, tangan Asha yang berada di dalam gengamannya di bawa ke perut isterinya, dia tersenyum dan dapat dilihat mata isterinya berkaca.
"Betul ke?" soal Asha memohon kepastian,Harriz melabuhkan ciuman di dahi isterinya.
"Thanks,sebab mengandungkan anak aku.Kau bagi hadiah yang paling bermakna di dalam hidup aku."Asha tersenyum mendengar luahan suaminya itu.
" Dan terima kasih juga pada awak sebab bagi peluang untuk saya menjadi isteri dan bakal ibu kepada anak kita."Balas Asha tulus,Harriz tidak membalas namun wajah yang bahagia menggambarkan jawapannya.
"Dah-dahlah romantiknya,letih aku menunggu kat luar." Celah Zach dan di belakangnya turut ada Arlin dan Amsyar. Harriz mencebik,dasar adik bahlul.
"Congrats Asha." Ucap Arlin ceria sambil memeluk erat isteri bosnya itu.
"Thanks kak Arlin." Balas Asha,Arlin tersenyum.Amsyar juga mengucapkan tahniah kepada Asha.
"Dan kau bro,tak sangka kau ni kuat lagi,kalau tak mahu Asha lari tinggalkan kau." Amsyar sengaja nak meng-anjing sahabatnya itu. Belum sempat Harriz mencelah,Zach menyampuk.
"Entahnya kau,kalau kau tak 'jantan' malu aku mengaku kau abang aku." Tambah Zach.Harriz tersenyum sinis, matanya tajam memandang dua babun itu.
Buk!
Prak!
Harriz tersenyum sinis melihat 'kerjanya',nak meng-anjing sangatkan,rasakan 'hadiah' dia.Amsyar dan Zach mendengus mahu patah tulang mereka,dasar heartless.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...