Asha sedang melabel tanda harga pada alat-alat tulis,balutan di kepalanya sudah dibuka kerana sudah cukup seminggu,tapi dia lega apabila tiada gangguan daripada si 'Encik Harriz',mungkin lelaki itu sudah berputus asa dengannya,tapi baguslah memang itu yang dia harapkan dan mujurlah Rina mempercayai yang kepalanya berbalut kerana kemalangan kecil dan Rina tidak mempersoalkan apa-apa lagi.
"Aku annoying betul dengan si Tini Jeling tu,terlentik-lentik badan macam jentik-jentik." Rengus Rina,Asha yang sedang ralit melabel harga,tersentak apabila mendengar rengusan temannya itu.
"Ala,biarlah asal yang penting dia tak kacau kita." Balas Asha,lagipun dekat sini kenal perangai Tini,dan pada mula-mula dia bekerja di sini pun,dia boleh agak yang Tini tidak suka dekat dia dan lama-lama dia hanya berlagak biasa.
"Memanglah dia tak kacau kita tapi aku eee..menyampah sampai nak muntah hijau tau tergedik-gedik dengan pelanggan lelaki yang datang tadi,kau tahu dia boleh main-main kenyit-kenyit mata dengan customer tadi." Rina siap buat muka menyampah sambil bercerita,bukan nak memburuk tapi dia berkongsi rasa menyampah dengan sikap si Tini tu.Belum sempat Asha ingin berkata,tiba-tiba datang pulak si Tini Jeling dengan muka yang bermekap tebal lagak macam muka nak pergi club malam dengan gincu mengalahkan cahaya lampu isyarat yang berwarna merah dan bedak yang ditempek di muka macam opera cina.
"Amboi-amboi seronok betul korang berbual apa makan gaji buta ke!" Sergah Tini jeling kepada Asha dan Rina siap bercekak pinggang lagak macam tuan punya kedai padahal mereka setara sahaja iaitu cuma pekerja biasa.
"Kau atau kami yang makan gaji buta,dahlah masuk lambat." Tempelak Rina,dia bukan seperti Asha yang hanya mendiamkan diri,tapi dia tahu Asha hanya tidak mahu mengeruhkan keadaan tapi dia memang taklah boleh sabar dengan perangai si Tini jeling ni.
"Aku lewat masuk sebab ada hal,kau apasal!" Tempelak si Tini Jeling, Rina tersenyum sinis ada hal lah sangat,bukan pertama kali si minah ni masuk lambat dah beberapa kali.
"Memang bukan hal aku tapi kau sapa nak arah kami,kau anak tuan kedai ke?Cermin diri dulu sebelum nak nasihat orang,diri sendiri tak betul ada hati nak tempelak orang dasar tak sedar diri!" Tempelak Rina,lalu menarik Asha untuk berlalu pergi,Tini merengus geram dengan Rina...
"Kau tunggu,siap korang aku kerjakan." Tekad busuk Tini Jeling.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...