Bab 23

10.8K 284 0
                                    

Asha yang sedang lena tidur tersedar ketika dan dipejamkan mata semula namun dia teringat bukan kah dia berada di dalam kereta dan dia tertidur,memikirkan hal itu Asha lantas bangun..asing itu yang dia boleh gambarkan..bilik yang dia sedang tidur ini  macam dia pernah datang dan cantik..dalam dia memikirkan hal itu,dia tersentak buat kali kedua apabila rasa pinggangnya dipeluk oleh seseorang dan dia mengalih pandangan ke arah sebelahnya.

"Ahhhh!!" Jerit Asha,dengan muka dia terkejut,lalu dia melihat tubuhnya,lega kerana dia masih dalam berpakaian dan tudungnya masih menutup rambutnya..Harriz terpisat-pisat bangun,jam di dinding dikerling baru pukul 3:00 pagi.

"Why dear?It's still early to wake up." Kedengaran suara serak Harriz.Asha merenung tajam wajah tu yang bernada selamba.

"Encik bawak saya ke mana ni?Saya nak baliklah." Rengus Asha, dia tidak suka dengan tindakan lelaki ni.Harriz tersenyum sinis.

"Dear you are now in my house..oh not,OUR house.Hari tu kan dear pernah tidur sini." Selamba Harriz,jika sebwlum ini dia berlembut tapi tidak akan lagi berlembut.
  "Please sleep,It's still early to wake up." Pujuk Harriz.Asha menggeleng,sambung tidur itu memang tidaklah.Asha ingin bangun dari katil namun dengan selamba badaknya Harriz memaut pinggang ramping isterinya dengan erat,terbeliak mata Asha dibuatnya,rontaan dilakukan namun tenaganya tidak sekuat tenaga lelaki itu kerana semakin dia meronta semakin terasa tangan Harriz memaut lengannya.Akhirnya,dia menurut lalu mereka sama-sama terlelap.

Asha menggeliat tubuhnya yang terasa sengal,jam dikerling sudah pukul 6:28,oh! nampaknya dia sudah lambat untuk bangun subuh tangan yang masih memaut pinggangnya diletakkan ke tepi..Asha memerhati wajah itu..masih sama tidak pernah berubah..

"Saya masih ingat lagi kata-kata,Encik..kata-kata yang tak mungkin saya lupakan." Ujar Asha sendiri dia pasti lelaki itu tidak mendengar kata-katanya,entah apa yang merasuk dirinya..dia ingin menyentuh wajah itu..tapi ditarik kembali..Asha menarik nafas dan bergerak untuk membersihkan diri untuk solat subuh.

Asha yang baru ingin memakai kembali uniform kerjanya tersentak apabila mendengar ketukan pintu dan suara wanita..dia membaluti tubuhnya dengan tuala kerana dia belum sempat memakai baju itu.

"Maaf Puan ganggu,saya cuma nak serahkan pakaian ni dekat Puan,Tuan suruh untuk Puan pakai baju ni dan telekung dengan sejadah ada atas katil." Ujar maid itu,Asha mengecam wajah itu.Asha mengambil pakaian itu dan mengucapkan terima kasih dan maid itu juga menghulurkan beg kertas. Berderau darah naik ke atas muka Asha....melihat isi kandungan beg kertas itu.


MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now