Bab 83

8.4K 184 4
                                    

"Stop semua ni Ad,kau dah melampau!" Tengking Amsyar,Hayden tersenyum sinis.

"Aku yang melampau!Habis tu keluarga diorang bunuh daddy aku tak melampau!Sampai mati pun aku takkan lepaskan diorang!" Sungguh api dendamnya semakin membara.

Hayden mengacu tepat pistol ke arah Asha,dia akan tamatkan semua ini.Hutang nyawa harus di bayar dengan nyawa.Picu ditekan dan dia sedia untuk melepaskan tembakan.

"Kau tak ingat kat Riessa ke Ad,kau tak ingat dekat anak kau Adam.Diorang banyak terseksa sebab kan permainan kau!Aku tahu kau cintakan dia dan kau tak boleh terima bila dia pilih untuk kembali dengan keluarga Naufal!" Ujar Amsyar. Tiada guna mereka berperang kerana itu hanya menambah bara dan masing-masing akan kerugian.

"Aku tak pernah terlibat dalam pembunuhan daddy kau.Amsyar sendiri jadi saksi aku ada dengan Am malam daddy kau kena bunuh.Kami tak ada dekat Kl sebab aku kena jenguk Ibu Fauziah yang accident masa tu." Terang Harriz. Hayden menurunkan senjata dia.

"So,macam mana dengan gelang rantai yang aku jumpa.Rantai tu hanya direka untuk kau orang yang aku anggap sahabat!" Harriz tersenyum sinis dan diseluk tangan ke dalam poket jaket kulitnya.Hayden tergaman bila melihat rantai silver dengan lambang 'REID'.

"Aku tak pernah buang rantai yang kau bagi sebab aku still anggap kau sebagai sahabat aku tapi aku kecewa bila kau libatkan Riessa." Tutur Harriz.Dia mencampakkan rantai itu ke arah Hayden.

"Aku tahu kau boleh bezakan rantai tu palsu atau tak." Sambung Harriz. Hayden tergaman,rantai yang selama ini dia pegang adalah palsu,bagaimana dia boleh tidak perasan selama ini.

"Aku..aku dah silap.." Serentak itu,Hayden melepaskan Asha.Harriz segera mendapatkan Asha lalu dipeluk tubuh itu.Asha tersenyum nipis.Hayden meraut rambutnya.

"Betul cakap Riessa dendam aku hanya sia-sia,kerana aku hampir bunuh isteri kau dan aku bunuh daddy kau.Macam mana aku boleh buat silap dalam hal ni." Sungguh dia kesal dengan perbuatannya.

"Walaupun kau mengorbankan nyawa daddy aku,tapi aku tak pernah terlintas untuk balas semua tu.Aku sayangkan kau sebab aku dah anggap kau macam ahli keluarga aku sendiri." Ujar Harriz.

"Kalau kau nak bunuh aku hari ni,aku terima aku layak dapat apa sahaja hukuman dari kau." Tutur Hayden, sungguh dia bodoh.Harriz mengeluarkan pistolnya, Amsyar dan Zach tersentak.

"Riz.." Zach ingin menghalang,lagipun tiada guna membunuh lelaki ini,arwah daddy tidak akan kembali. Amsyar hanya mendiamkan diri,dia yakin Harriz cukup bijak untuk membuat keputusan,Harriz mendekati Hayden.

"Kalau aku bunuh kau,aku sama bodoh dengan kau bodoh dalam dunia dendam.Aku tak nak anak saudara aku tiada ayah dan aku buat semua ni sebab Riessa walaupun dia pilih kami aku percaya dia tetap cintakan kau dan dia nak kau lupakan segala dendam ni." Hayden memeluk tubuh Harriz.

"Maafkan aku." Ucap Hayden, Harriz tersenyum sinis, sebelum dengan kasar dia menolak tubuh Hayden.

"Sial!Kau ingat aku gay."Hayden tersenyum,dia tak peduli dengan carutan Harriz.

" Entah! Dah gay partner aku tengok."Sambung Zach,meng-anjing.

"Aku mintak maaf atas apa aku buat terutama kat bini kau." Harriz tersenyum sinis, selalu satu penumbuk tepat ke arah muka Hayden.

"Balasan untuk isteri aku." Selamba Harriz berkata,Hayden menerima dengan redha.

Namun mereka tersentak bila terdengar bunyi tepukan tangan dan mereka berpaling ke arah itu.

"Bravo.So sweet bila dah get back dengan kawan-kawan kau." Sinis Hani melangkah masuk dengan lagaknya.

"Kau nak apa Hani?Bukan aku dah suruh kau bla." Kasar Hayden,dia hanya perlukan Hani selama ini adalah untuk mendekati Harriz dan dia akui juga dia menjadikan Hani sebagai tempat untuk berfoya-foya tapi dia tak pernah untuk meniduri Hani baginya Ariessa sudah cukup sempurna.Hani tersenyum sinis.

"Lepas apa yang aku buat kau tetap tak pandang aku Ayden.Aku tak tahu apa lebih bini kampung kau tu daripada aku." Hina Hani,ya lelaki itu ada memberi arahan supaya dia keluar dari Malaysia tapi bukan Farisya Hanina kalau tak dapat apa yang dia nak.

"Kau tak layak untuk hina isteri aku!" Tengking Hayden. Hani senyum sinis,kemarahan Hayden tidak menakutkannya.

"Okay, kita tengok sapa akan melutut." Tiba-tiba satu susuk tubuh diheret kasar.

"Lepaskan akulah." Meronta-ronta wanita itu,mukanya ditekup dengan kain hitam.

"Apa yang kau nak buat sial?" Soal Hayden, dia tak ada masa untuk melayan perempuan itu.

Hani membuka kain hitam itu dan...terserlah wajah Ariessa.

"Macam mana hebat tak hadiah aku?" Sinis Hani, pisau di tangannya diletakkan tepat ke arah leher Ariessa yang ditutupi shawal.

"Lepaskan Riessa dia tak ada kaitan dalam hal ni!" Jerit Hayden.

"Tak ada kaitan?Tapi kau juga yang libatkan dia dalam dendam kau.Sebenarnya kau bodoh terlalu bodoh sampaikan kau hukum orang yang tak ada kaitan." Sinis Hani.

Hayden mengerutkan dahinya sungguh dia tak faham dengan ayat Hani.Harriz dan yang lain hanya memerhati dulu,mereka tak boleh bertindak nyawa Ariessa perlu diutamakan.

"Kalau kau nak tahu aku yang bunuh daddy kau.Aku dalang semua ni.Aku bencikan orang tua tu lepas dia dapat apa yang dia nak dia buang aku macam sampah!" Hayden menggengam penumbuknya, rupanya orang yang sepatutnya dia bunuh adalah orang yang ada dengannya.

"Kenapa kau bunuh daddy!"

Hani tersenyum sinis dengan soalan Hayden.

"Kalau kau nak tahu daddy kau tamak dia dengki dengan apa yang Naufal ada jadi aku bantu dia untuk hancurkan persahabatan korang tapi aku ubah plan bila aku dengar daddy kau nak bunuh aku lepas aku bantu dia jadi sebelum dia bunuh aku lebih baik aku bunuh dia.Dan kau pula bodoh percayakan sangat dengan bukti-bukti palsu yang kau ada." Hani membongkarkan rahasianya,dia dulu memang ingin hidup senang jadi dia mengikut apa yang Tuan Khalid inginkan.Disaat usia dia remaja lagi dia sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan hidup senang.

"Dan aku dah boring bila kau tetap sayangkan perempuan ni biarpun dia lebih memilih musuh kau." Hani kelihatan psiko sekali.

Ariessa menahan rasa sakit apabila kulitnya terhiris sedikit dengan mucung tajam pisau itu.

"Kalau aku tak boleh dapatkan apa yang aku nak orang lain pun tak boleh,jadi baik aku bunuh isteri kesayangan kau ni." Sungguh Hani sudah hilang kawalan.Ariessa memandang ke arah Hayden.

"Saya cintakan awak,dan itu takkan berubah." Tulus Ariessa, andai hari ini adalah pengakhirannya dia terima bila melihat Hayden sudah kembali uukup buat hati dia senang.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now