Bab 50

7K 175 0
                                    

Harriz melangkah ke sebuah hotel yang terkemuka di ibu kota,dia harus menemui client dari Jepun diiringi oleh tiga orang bodyguardnya.Pekerja-pekerja hotel menunduk tanda hormat.Kelihatan seorang lelaki yang agak kelihatan kemas dan gaya seperti general manager.

"Good afternoon sir." Ujar lelaki itu sambil menunduk hormat,siapa tak kenal Harriz Ryden seorang jutawan yang memiliki banyak perniagaan dan berkembang di negara luar termasukalah H'R Emerald Hotel ini.

"Aku nak tengok laporan hotel bulan ni,pastikan sampai dekat tangan aku lepas mesyuarat." Dingin Harriz, biarpun dia tidak mengurus hotel ini tapi dia memberi kepercayaan kepada orang yang dia percaya.

"Alright Sir." Ujar GM itu,siapa yang mampu ingkar arahan pemilik hotel itu.Harriz bergerak meninggalkan GM itu.

"Akak mintak maaf sebab baru dapat ucap tahniah dekat Sha." Ujar Ariessa yang nampak ayu dengan selendang biru lembut.Mereka bertemu di sebuah restaurant kebetulan dia mengidam nak makan laksa dan kebetulan juga Ariessa mengajaknya untuk keluar makan bersama.

"Tak apa,Asha faham akak sibuk yelah nak uruskan suami lagi dengan si handsome ni lagi." Ujar Asha sambil mengusap rambut Adam yang kelihatan hitam keperangan gitu.Ariessa tersenyum, memang betul mungkin bagi sesetengah orang bila disebut suri rumah ada yang memperlekehkan tapi sebenarnya menjadi suri rumah adalah memenatkan dan mencabar.

"So,nak makan laksa ni baby atau ibu baby?" Gurau Ariessa, Asha ketawa perlahan.

"Hmmm....dua-dua kot.Tulah nasib baik mengidam nak makan laksa jer hari ni." Balas Asha.

"Tak apa,akak yakin kalau Asha mengidam perkara-perkara lain biarpun sudah lewat malam pasti suami Asha tunaikan." Balas Ariessa, Asha hanya mengangguk. Sebenarnya,dia sendiri tidak tahu sebab dia belum lagi mengidam nak makan lewat pagi,jadi dia tidak boleh nak kata apa.

"Bu,I want to go to the toilet.." Ujar Adam.

"Sha,akak pergi tandas kejap okey." Asha mengangguk sambil melihat kelibat Ariessa yang pergi ke tandas menemani Adam. Dalam Asha enak dengan laksa,satu suara dari belakang menegur.

"Hai Asha." Sapa satu suara itu, Asha berpaling ke belakang dia tersenyum.

"Hani..buat apa kat sini?" Soal Asha,setahunya Hani tidak menggemari laksa sebab dia pernah cuba mengajak Hani makan laksa bersama Arlin dan Rina tapi Hani menolak sebab tak suka makan laksa.

"Oh!Hani,ada kerja kat kawasan sini tu kebetulan nampak Asha so,datang tegurlah.Siapa lagi dengan Asha?"Soal Hani.

" Kawan,tapi dia pergi tandas dengan anak dia."Balas Asha.

"Siapa kawan Asha?" Soal Hani sebab setahunya kawan Asha adalah Rina dan Arlin dan status mereka adalah bujang.

"Nama dia Ar.." Belum sempat Asha ingin membalas,telefon Hani berbunyi,Hani tersenyum nipis.

"Okay,saya datang sekarang." Balas Hani dan menamatkan talian."Hani,kena pergi dulu nanti kita jumpa lagi."Ujar Hani.Asha mengangguk.

"Siapa tu Sha?" Soal Ariessa yang baru datang selepas ke tandas menemani Adam.Dia nampak perempuan itu berborak dengan Asha dan dia nampak perempuan itu tergesa-gesa pergi.

"Oh,tu kawan Asha. Akak ingat tak Asha pernah ajak akak join sekali lunch masa kat taman,dan Asha pernah cakap kawan Asha nama dia Hani,jadi tadi tulah kawan yang Asha cakap Hani nama dia." Terang Asha.Ariessa mengangguk.

"Hani." Sebut Ariessa, Asha mengangguk.

"Sedapkan nama dia." Puji Asha.

"Sedap nama Asha lagi." Asha ketawa perlahan.Adam tidak peduli perbualan ibunya dengan bakal ibu itu.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now