Hayden melangkah masuk ke dalam pejabatnya, riak wajah dingin dipamerkan.Dia membuka laptopnya untuk menyiapkan kerjanya. Namun dalam dia ralit menaip, Iphonenya berbunyi.Hayden mula fokus dengan bicara si pemanggil,raut wajahnya mul berubah menjadi gerun dan bengis.
"Aku nak kau terus inform aku.Malam ni kita jumpa." Ujar Hayden menamatkan talian dan satu nombor ditekan.
"Aku ada tugas untuk kau..." Dari riak wajah Hayden sudah pasti,apa yang diberikan sangat penting.
"Mana bos kau?" Soal seorang perempuan berambut blonde itu kepada lelaki yang berpakaian serba hitam.Pemakaian perempuan itu yang menjolok mata,mencuri pemandangan bernafsu lelaki itu. Perempuan berambut blonde itu tersenyum sinis, dia faham sangat gerak-geri lelaki itu.
"Bos ada dalam bilik dia." Jawab lelaki itu, perempuan berambut blonde itu tersenyum sinis,lalu berlalu pergi.Ada yang lebih penting yang harus dia lakukan.
Dia tersenyum sinis melihat lelaki yang membelangkang-kannya dan dapat dilihat diatas meja itu terdapat minuman keras iaitu champagne dan satu wain berwarna merah pekat."Why honey..hmmm?" Dengan lunak suara yang menggoda dia memeluk dari belakang tubuh sasa itu.Hayden tersenyum sinis, lalu memalingkan tubuhnya menghadap perempuan itu yang berada diatas mejanya dengan kaki disilang hingga menampakkan bahagian betis putih perempuan itu. Perempuan berambut blonde itu mengusap dada sasa Hayden yang terdedah dan dapat dilihat tatu yang dilukis diatas dada lelaki itu.
"Aku tak nak kau ulang kesilapan yang sama!" Keras Hayden dingin,perempuan berambut blonde itu tersenyum sinis, nampaknya lelaki ini tiada mood.
"Kau jangan risau selagi penyamaran aku tak terbongkar mereka takkan tahu siapa aku,dan selagi tu aku berpeluang untuk hancurkan diorang." Sinis perempuan berambut blonde itu.
"Make sure you do it that,Farisya Hanina!" Ujar Hayden berbaur amaran.Farisya Hanina tersenyum sinis,ya dialah Hani tapi itu hanyalah sekadar penyamaran untuk mendekati Harriz dan mengetahui lebih lanjut pasal Harriz.
Menymar sebagai seorang yng bertudung labuh, bercakap lemah lembut membuatkannya dia rasa menyampah dan lebih-lebih lagi perlu berbuat baik dengan perempuan bodoh seperti Asha yang begitu senang untuk dipermainkan.
Hayden menampakkan beberapa keping gambar,Farisya Hanina tersentak namun dia mulai tersenyum sinis.
"So nilah target kau nak jatuhkan Reid?" Soal Hani,Hayden tersenyum sinis.
"Yes,selama ni aku mencari kelemahan bangsat ni tapi aku tak jumpa,aku ingatkan kegagalan aku nak bunuh dia sekat hutan dulu adalah kekalahan terbesar aku tapi rupanya itu adalah kemenangan aku lagipun tak syok kalau aku tak buat dia menderita dulu." Sinis Hayden,kebencian dan dendamnya terhadap Harriz takkan ada kesudahan.
"Bukan kau dah dapat salah satu kelemahan dia.." Hani membawa maksud yang penuh makna.Hayden berubah riak menjadi dingin.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...