Bab 33

9.6K 226 2
                                    

Asha meneruskan kerjanya dan kini sudah 2 bulan dia menjadi isteri sebenar isteri kepada Harriz dan Harriz juga tidak  melarang untuk dia berhenti kerja.

"Malam ni aku rasa macam nak makan steamboat lah." Ujar Rina,Asha memandang sahabatnya itu.Dia menumpang 5 hari sudah di rumah Rina sebab Harriz sudah bergerak ke Australia atas urusan kerja.Lagipun dia rindu nak ber-have fun dengan Rina.

"Boleh jugak nanti balik kita cari bahan-bahan." Ujar Asha. Rina sudah tersenyum, tak sabarnya nak makan steamboat buatan sendiri.

Asha menyambung kerjanya,nanti nampak oleh si Tini habislah kena smash walaupun mereka adalah sama posisi.

Asha dan Rina berada di Giant untuk membeli barang-barang masakan steamboat.Mereka membeli udang,sotong,fillet ketam dan bermacam lagi.Asha berada di rak bahagian makanan ringan,malam ni bukan dia dan Rina sahaja yang bakal makan malam bersama tapi diajak juga Arlin PA suaminya itu. Dia berlenalan dengan Arlin masa Harriz memaksanya untuk menemaninya ke syarikat.Dia suka berkawan dengan Arlin biarpun mereka baru berkenalan tetapi dwngan sikap Arlin yang suka berceloteh membuatkannya suka untuk berkawan.Jadi malam ni....Girls party...

"Maaf..." Ucap seorang wanita apabila dia tak sengaja melanggar bahu Asha yang sedang ralit melihat dan memilih makanan segera.Asha hanya tersenyum.

"Tak apa." Ucap Asha, sambil memungut coklat cardbury yang terjatuh itu.Mereka saling berpandangan.

"Nama akak Ariessa,nama adik?" Soal Ariessa.

"Asha..ni anak akak ke?" Soal Asha apabila melihat di sisi Ariessa ada seorang budak lelaki yang dalam lingkungan 5 tahun begitu.Ariessa mengangguk.

"Adam...salam akak." Ujar Ariessa, Adam menurut kata ibunya itu.Asha tersenyum melihat kecomelan anak Ariessa. Dan mereka pun saling bertukar nombor antara satu sama lain.

"Nanti kita jumpa lagi kalau ada rezeki.." Ucap Ariessa,Asha mengangguk. Dia suka melihat cara Ariessa melayani anaknya itu dan walaupun sudah ada anak tapi masih cantik.

"Wow!pergh sedap bau kuah steamboat ni." Puji Arlin.

"Tulah kak Lin,tengoklah sapa yang masak.."Rina menabik dada,Arlin tersenyum. Dia sedang menghidangkan air,beberapa botol jus oren diletakkan diatas meja.Kini mereka sudah siap untuk menghidang,masak untuk makan-makan....

" Jap,jom selfie dulu."Ujar Arlin,dia mengeluarkan telefon VIVO miliknya.Dan snap beberapa gambar sudah diambil.
Bau steamboat sudah berbau mungkin sampai ke rumah sebelah.

"Kau ada bau tak apa yang aku bau.." soal seorang lelaki kepada  dua orang lelaki,yang sedang melantak maggi Cup.

Kedua-dua lelaki yang masih melatak itu,tersentak. Hidung mereka cuba untuk mengesan bau itu,lelaki yang berbaju biru itu bangun dari kerusi dn melekapkan telinga di dinding.
Dia tersenyum sinis, rumah sebelah rupanya,mendengar gelak tawa rumah sebelah.

"Cuba kau pergi keluar dan cuba bau.." Arah lelaki yang pertama tadi kepada lelaki yang memakai baju T-berwarna hijau.Lelaki itu hanya menurut kalau melawan nanti kena sembelih..tak nak dia kena dengan 'bos-bos setan' itu.

Lelaki itu melangkah keluar,memang betul bau itu daripada rumah sebelah memang boleh dengar suara-suara penghuni rumah sebelah itu.

Lelaki itu memberi isyarat kepada dua orang lelaki sambil menunjuk ke arah rumah sebelah dan mengangguk. Mereka berkumpul di depan rumah mereka,sambil berbisik..

Sampai hati rumah sebelah tak ajak mereka jejaka terhangat ini untukmakan sekali..mereka tersenyum sinis....

Asha,Rina dan Arlin yang sedang bergelak ketawa dengan pelbagai cerita sambil makan itu,tersentak apabila terdengar ketukan di pintu.

"Tak apa aku buka mungkin Kak Ida kot." Ujar Rina,dia ada juga tadi menjemput Kak Ida untuk makan tapi belum ada jawapan katanya sibuk sebab ada urusan.Rina membuka pintu namun tiada orang yang pun.

"Tak ada orang pun.." Ujar Rina sambil matanya menoleh ke kiri dan ke kanan.Lalu ditutup semula pintu.

"Mungkin budak-budak kot." Ujar Arlin, sambil minum jus oren..Asha mengangguk. Eina kembali di tempat duduknya itu namun selang 5 minit pintu itu diketuk semula dan kali ini Arlin yang membukannya dan sama dengan Rina tiada sesiapa.Mood makan mereka dah hilang sebenarnya.

"Siapalah yang sengal main-main macam tu?" Ujar Rina, Asha bangun dan berdiri di sebalik tingkap,telinganya seakan-akan dapat mendengar sisa gelak tawa orang..Dia tersenyum sinis.Dia memandang Rina dan Kak Arlin sambil mengangkat kening.

Lelaki yang memakai baju T-shirt hijau,mengetuk pintu rumah itu dan kembali masuk namun tunggu tiada reaksi.Lelaki yang berbaju kelabu pula yang keluar dan sama juga tiada reaksi dan akhir sekali lelaki berbaju biru pun sama tiada reaksi.Mereka pun berkumpul di hadapan rumah sebelah saling berpandangan antara satu sama lain dan tanpa mereka sedari...ada yang mendekati dan mendekati...dan..

Baaa!!!

Mahu terkejut ketiga orang lelaki itu hingga terduduk diatas lantai. Dua orang yang bertopeng seram itu lalu memukul badan ketiga-tiga lelaki itu menggunakan batang payung.Ketiga-tiga lelaki itu menahan dan kedengaran pintu rumah itu dibuka.Dengan biasan cahaya lampu,mereka terkejut dengan 'jembalang-jembalang' itu.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now