Sejak sebulan kejadian itu,dia nampak perubahan yang ada pada diri Harriz dimana Harriz sudah pandai untuk membahagikan masa untuknya dan kerjanya.Dan sungguh dia tak sangka Hani adalah salah seorang pekerja di syarikat suaminya.Itu pun sebab Harriz membawanya ke pejabat.
Asha yang berada di pejabat Harriz sambil bermain telefon lagipun Harriz yang menyuruhnya menunggu di dalam pejabat sementara dia bermesyuarat.Namun dia tersentak apabila pintu pejabat Harriz dikuak dari luar dan terkejutlah dia bila wajah Hani yang terpancul.
"Jadi lepas ni saya kena panggil awak Puan lah." Usik Hani,Asha menggeleng.
"Awak kawan saya lagipun saya terhutang nyawa dengan awak." Jujur Asha. Hani menggeleng, menyangkal pernyataan Asha.
"Taklah,lagipun tadi awak kata kawan jadinya tiada istilah hutang." Balas Hani,Asha tersenyum.
"Kau ingat kat laki ke Puan Asha!" Sergah Rina,Asha yang mengajak dia datang untuk melepak lagipun dia cuti hari ni.
"Eee..kau ni kalau tak usik dan baham aku memang bukan Rina lah jawabnya." Bidas Asha,Rina menunjukkan riak tidak bersalah,lagipun dia memang kaki usik dan dia dengan bangga mengaku dia lah kaki mengusik.
"So,kau dengan Amsyar macam mana?" Soal Asha, hampir tersembur jus epal yang diminum oleh Rina dengan persoalan sahabatnya itu.
"Aku dengan mamat tiang konkrit tu mang taklah dahlah tak handsome dan yang paling penting perasan bagus." Kutuk Rina,Asha tersenyum.
"Kau jangan nanti terjatuh sayang.Orang tua selalu kata benci-benci jadi cinta bila jauh terasa rindu masa tu makan tak lalu tidur tak lena mandi tak basah dan...."
"Makan tak kenyang..ye Mrs Harriz.Pandai Puan Asha kita bermadah bicara.Tapi bukan aku." Celah Rina, memang tak dia akan jatuh cinta dekat mamat tiang konkrit itu.
"Aku cuma cakap tapi mana tahu doa aku termakbul Alhamdulillah." Asha mengenakan si Rina, lagipun dia juga hairan nak kata si Amsyar tu tak handsome tu semua tak betul dengan muka ala-ala Australia dan dengan gaya Amsyar memang cukup buat anak-anak dara tak cukup tidur dan angau...nasib baik Harriz tiada nanti tak pasal-pasal..
"Dua bangsat tu cuma ikan-ikan bilis yang sengaja diupah untuk buat kau marah.Bila aku soal diorang sebelum kita hantar diorang ke 'syurga' mereka hanya mengaku diupah tetapi itu pun daripada orang tengah." Jelas Zach.
"Aku rasa diorang nak bagi amaran dekat kau,dan aku yakin ikan-ikan bilis itu cuma dijadikan perantaraan." Sampuk Amsyar.
"Kalau setan tu nak bermain aku juga akan main and this game just only have champion no a loser." Sinis Harriz, rancangan yang diatur oleh pihak lawan semakin licik dan bijak.
"Aku akan terus suruh budak-budak berjaga." Ujar Amsyar. Mereka harus ke depan jika ingin menang.Harriz tidak beriak.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...