Asha sedang meneliti tajuk-tajuk buku yang tersusun kemas di rak,tapi masalahnya kebanyakkan buku-buku itu lebih kepada bahasa asing macam France,Italy dan bermacam lagi,dahlah pasal bisnes.
"Eee...boringnya.." Rungut Asha,ingatkan bila datang sini boleh hilang kebosanannya,dia sekarang sedang melepak di bilik bacaan, ingatkan ada novel atau pun majalah yang boleh dibaca,kalau ada majalah pun pasal kereta,motor dan tiada satu pun yang berkenan dihatinya.Dalam dia merungut, matanya tertarik dengan sebuah novel,adapun ingatkan tiada tapi rasanya ini satu-satunya novel yang ada.Dan sudah semestinya novel berbahasa inggeris..
Dalam Asha membelek muka novel itu,entah macam mana novel itu terlepas daripda pegangannya,sesuatu terkeluar daripada novel itu.
"Gambar apa ni?" Asha mengambil gambar itu,satu perasaan menjalar dihatinya,kelihatan sungguh mesra sekali.
"Kak Riessa."
Hayden melangkah ke dalam bilik,kelihatan Ariessa sudah lena tidur,dia melangkah ke arah isterinya, duduk sambil memandang wajah itu, tangan sasanya mengusap pipi.Namun matanya terarah dekat sebuah buku,kelihatan sekeping gambar yang terselit.Mencerlung matanya memandang gambar itu,dengan penuh amarah dia,menggumpal gambar itu dengan sekali gumpalan gambar itu sudah renyuk.
"Aku harap kau takkan khianat aku." Dia takkan biarkan Ariessa kembali kepada Harriz.
"Dulu mungkin kau kawan aku,tapi kini aku musuh kau.Aku takkan biarkan kau Harriz." Tekadnya,dia akan pastikan hutang darah dibayar dengan darah.Terimbau kembali bagaimana orang yang dia paling percaya sanggup khianat dalam diam.
Kelihatan seorang remaja lelaki melangkah masuk ke dalam rumahnya,walaupun sudah lewat malam,lagipun dia lelaki.
"Selamat malam Tuan Muda Hyden." Ucap salah seorang pengawal yang menjaga pintu.Hayden hanya mengangguk. Dengan langkah yang letih,dia bergerak ke bilik dengan menggunakan lif.
Baru sahaja dia ingin melelapkan mata,bunyi telefon menyentakkannya,nama pemanggil dikerling tertera nama 'Daddy'.
"Hello Dad,please I tired right now..." Belum sempat Hayden ingin meneruskan bicaranya,daddy nya mula mencelah.
"Hel..p me....son.They poision me.." Kedengaran suara itu lemah dan bunyi batuk yang kuat.Hayden terus bangkit.
"Wait me dad." Dengan langkah yang cemas,Hayden melangkah keluar.Dia yakin daddy nya berada di pejabatnya lagi.
"Follow me!" Arah Hayden kepada beberapa pengawal.
Terkaku!Tergaman!Hanya itu yang Hayden boleh katakan,melihat daddynya sudah terkaku dengan buih yang keluar daripada mulut dan darah keluar daripada hidung sebaik sampai ke dalam pejabatnya daddy nya.
"Tuan muda,kami jumpa rantai ni dekat dengan jasad master." Ujar seorang lelaki sambil menghulurkan rantai itu.Mata Hyden mula berubah,jelas rasa benci dan dendam,jasad daddy nya sudah selamat dikebumikan.Dia terlalu kenal dengan rantai silver itu.
"Kau musnahkan keluarga aku,aku musnahkan kau." Tanah yang masih merah itu digenggam.
"I will revenge for you dad." Tekadnya,dia takkan biarkan orang yang membunuh daddy nya selamat.
"Aku takkan benarkan kau bahagia,kau akan rasa bagaimana hilangnya rasa orang yang kau sayang." Tekadnya,dan dia takkan biarkan sesiapa menghalang dendamnya termasuklah Ariessa sendiri andai wanita itu sendiri memilih untuk itu.
Langkah kaki diatur,keluar dari bilik,tanpa sedar isterinya sudah terjaga,memerhatinya tanpa sedar.
"Maafkan saya."Terimbau pertengkarannya dengan Hani.Dia dah agak Hayden dengan Hani ada komplot antara mereka.
"Aku tak tahu apa rancangan kau dengan Hayden sekarang ni! "Hani senyum sinis.
"Malang betul Hayden dapat bini macam kau... Kalaulah dia tahu aku yakin dia akan tinggalkan kau."Sinis Hani tanpa menjawab pertanyaan Ariessa.
Ariessa senyum sinis."Kau tak payah sibuk hal aku! Aku cuma nak ingatkan kau aku akan sentiasa halang rancangan korang dan aku takkan biarkan kau jadi batu api! "Selama ini dia tahu wanita di hadapannya ini adalah batu api merancakkan kemarahan Hayden yang sedia ada.
Jika dulu dia biarkan kerana dia lemah tapi bukan untuk sekarang. Dia takkan biarkan Hayden hidup atas dengan dendam dan dia tahu senekad mana seorang Hayden.
"Wish good luck for you."Ejek Hani.
"Dasar perempuan murah macam kau memang berlambak dekat jalan."Hani yang berang ingin menampar Ariessa namun Ariessa lebih pantas dan dia memulas lengan wanita itu hingga wanita itu mengaduh kesakitan dan dia langsung tak peduli.
"Kau sedar diri kau sikit. Aku isteri Hayden dan kau rasa dia suka ke hak dia orang sentuh."
Hani merengus.Memang betul apa yang Ariessa kata Hayden paling pantang hak dia disentuh dan jika tangannya naik ke muka Ariessa dia akan menanggung lebih lagi.
"So bitch jaga diri kau sebab aku takut kau tak dapat bangun lepas ni."Ujar Ariessa lalu menolak tubuh wanita itu dan berlalu pergi.
"Kau tunggu Riessa aku akan buat lebih lagi! Jangan nak berlagak sangat dengan aku!"Tempik Hani.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...