Amsyar melihat wajah Harriz yang sedang melakukan push up,dia hairan kerana biasanya jika malam Sabtu Harriz memang akan berada di banglonya yelah hanya itu yang dia dapat berjumpa dengan isteri dia.
"Kau tak ambik bini kau ke?" Soal Amsyar, Harriz berhenti daripada melakukan push up.Tubuhnya yang berpeluh di lap dengan tuala.
"Dia ada dekat rumah." Balas Harriz bersahaja.Amsyar tersenyum sinis,ni mesti bergaduh dia dah boleh agak apabila melihat wajah Harriz yang agak serius dan dingin.Amsyar malas mahu bertanya lebih takut tersalah tanya memang makan kaki lah jawabnya.
Harriz menepuk bahu Amsyar,
dia tersenyum sinis."So,wanna to battle me.." Sengaja nak menganjing sahabatnya itu.Amsyar mengangkat kening..
"We see who the winner,who the champion bro.." Ujar Amsyar tidak mahu kalah..
"Kau dah kenapa sha dah beberapa hari kau macam ni?" Soal Rina,dia perasan si Asha ni kerap termenung dulu tak macam ni.
"Aku rasa...aku dah buat salah.." Ujar Asha,dia tidak senang duduk kerana dah beberapa hari Harriz tidak menghubunginya,dan masa dia nak balik bukan Harriz yang menghantarnya tetapi anak buahnya.
"Kau buat salah kat sapa pulak?" Soal Rina,nasib baik sekarang waktu lunch tetapi mereka berehat di bilik pekerja lagipun hari ni mereka membawa bekal.
"Dekat Harriz." Jawab Asha, sungguh dia rasa bersalah.
Rina menggeleng kepala,baru berbaik dah gaduh balik.Ni lah sebab kenapa dia tak nak kahwin sungguh complicated betul.
"Kau gaduh pasal apa?" Ujar Rina, mana tahu dia boleh bagi nasihat ke apa.
"Harriz ajak aku tinggal dekat rumah dia tapi aku tak ready.." Ujar Asha. Rina menepuk dahinya,benda kecik ni pun nak buat gaduh.
"Ya Allah,Sha kalau aku jadi laki kau pun aku marah,bukan aku dah pesan ke jangan letak sebarang penghalang kalau kau nak bahagia.Sebagai isteri,kau wajib duduk dekat rumah laki kau bagi." Ujar Rina.
"Tapi...." Belum sempat Asha membalas,Rina menyampuk.
"Sha,kau kena ingat tau laki kau tu jejaka idaman malaya,orang tak tahu dia punya status tau..kau jangan nanti ada yang masuk..." Rina buat muka seram.Asha mencebik,tak payahlah nak masuk bab orang ketiga pula..tapi ada betul juga orang awam belum tahu status Harriz.
Asha balik tepat jam pukul 5:00 petang,dia dengan Rina sekarang tengah berada dekat supermarket untuk beli barang-barang dapur,maklumlah hari ini gaji masuk dan setiap bulan mereka memang akan berpakat-pakat duit untuk beli barang-barang dapur.
Asha menunggu Rina keluar daripada supermarket,kerana Rina terlupa nak beli barang apa entah,dalam Asha menunggu matanya menangkap kelibat yang sangat dikenali dengan seorang perempuan menuju ke parking kereta dan naik kereta bersama.
Entah mengapa hatinya terasa sangat sakit....
"Sha,jom." Celah Rina namun Asha masih kaku walaupun kereta itu sudah meluncur pergi,Rina menepuk bahu sahabatnya itu,Asha tersentak.
"Kau dah kenapa?" Soal Rina.Asha menggeleng,dan menonong pergi.Rina memerhati kelibat sahabatnya yang bergerak pergi itu,tadi okey sekarang macam...
Asha merenung kepekatan malam,matanya memandang phonenya masuk hari ini dah tiga hari Harriz tidak menghubunginya,dan tiga hari ini juga dia terbayang-bayang peristiwa yang dia nampak di perking Supermarket, Dia nampak Harriz dengan seorang wanita cantik dan bergaya lainlah dia...
"Aku tak tahu apa masalah kau ni." Celah Rina sambil memeluk tubuh.
"Aku okey jerlah." Nafi Asha,Rina menggeleng dia kenal dengan Asha suka pendam perasaan.
" Dalam perkahwinan, kita kena bertolak ansur dan buang sifat ego yang ada.Kau tengok macam Harriz dia sanggup lakukan pelbagai cara untuk dapatkan kemaafan kau dan bila korang dah berbaik,dia sebagai suami mestilah nak isteri dia di sisi dia.Dia mungkin nak tunjuk kat kau yang keputusan yang kau buat untuk maafkan salah dia adalh tepat."Ujar Rina.Dia bukan membela sesiapa tapi dia hanya berkata benar,sebagai sahabat dia perlu menegur perkara salah atau buruk.
"Thanks,kau selalu nasihat aku bila aku memang perlukan nasihat." Ucap Asha,ada betul juga apa yang Rina kata,mungkin dia seorang yang ego?
Rina hanya tersenyum, matanya memandang rumah sebelahnya,dulu kosong tetapi katanya ada yang sudah menetap tetapi bayang pun tak nampak.
"Kau pernah nampak tak siapa yang tinggal kat rumah sebelah?" soal Rina.Asha mengerut dahi,dulu memang rumah ni berpenghuni tapi dia ada dengar rumah sebelah ni sudah di diami dan rasanya Kak Ida ada bagi tahu yang penyewanya adalah lelaki.
"Kak Ida ada bagi tahu aku yang penyewa ni lelaki tapi tak tahu sapa,asal kau nak berkenalan ke.." Usik Asha,Rina dengan lantas mencubit lengan Asha,memang taklah dia nak berkenalan.
"Kau ni sedap usik aku kan.." Malam itu,Asha dan Rina bermain cubit-cubit dan kadang-kadang diselangi ketawa.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...