Bab 51

6.4K 172 1
                                    

Ariessa memerhati Adam yang sedang bermain bola sepak di halaman rumah,Adam sambil bermain dia melemparkan senyuman comel kepada ibunya.Ariessa menekan nombor seseorang sambil matanya tidak lari daripada memandang Adam.

"Hello,ini nombor syarikat Garuda Holding ke?" Soal Ariessa.

"Yes,but can I know who are you?" Soal seorang perempuan di telefon itu dan Ariessa tersenyum.

"I kawan Farisya,tapi saya lost contact dengan dia boleh saya bercakap dengan dia. Rasanya dia bekerja as PA untuk pemilik syarikat disana." Ujar Ariessa.

"Maaf Puan,mengikut senarai kakitangan disini dan maklumat yang ada Cik Farisya sudah berpindah ke Terengganu sebab ayahnya meninggal dunia." Jawab perempuan itu dengan nada ramah.

"Tak apalah kalau macam tu,terima kasih." Ujar Ariessa sambil menamatkan talian.

"Terengganu." Bisik Ariessa,sambil memandang jauh dan kedengaran satu keluhan dari mulutnya.

Di sebuah lorong,kelihatan dua buah kereta berhenti sebelah-sebelah.

"Ni bos bagi dekat kau,tapi dia suruh kau tunggu arahan daripada dia." Dingin suara itu berkata.

Pemandu BMW berwarna hitam itu hnya tersenyum sinis dan mengambil bungkusan itu dengan wajah yang angkuh dia berlalu pergi.

"Semua mengikut apa yang dirancang bos." Ujar lelaki itu memaklumkan kepada seseorang yang digelar 'bos'.

"Aku rasa dia main licik dengan kita kali ni." Ujar Den a.k.a Amsyar.

"Aku pun rasa macam tu, dari budak-budak aku pun tak nampak sangat banyak info." Tambah Zach,musuh kali ini ibarat pepijat.Reid tersenyum sinis.

"Kalau dia dia naik main macam tu kita pun main macam tu, tapi aku nak info pasal dia sekarang." Dingin Reid.

"Aku akan ambik dengan Christ,tapi kau kena hati-hati terutama bila Asha tu dah mengandung dan aku percaya berita ni dah tersebar bukan kat dia sahaja tapi aku rasa dekat musuh-musuh yang lain." Tambah Zach,Den juga mengangguk.

"Aku tahu sebab tu aku akan ketatkan kawalan dekat rumah dan dekat Asha." Jawab Harriz, keselamatan isteri dan anaknya akan menjadi keutamaan.Bunyi notifikasi daripada telefonnya menyentakkan perbincangan serius mereka.

"Sapa?" Soal Den bila raut Reid kelihatan berubah.

"Asha,dia suruh aku beli nasi ayam." Balas Harriz, Zach hanya mengangguk, perempuan mengandung biasalah mengidam.

Harriz melangkah masuk ke dalam bilik,ruang bilik tidurnya malap kerana hanya diterangi oleh lampu tidur, kelihatan sekujur tubuh yang enak dibuai mimpi.

Harriz melangkah ke bilik air dahulu,lagipun badan dia belengas kerana selepas perbincangan dia ada melakukan senaman.

Harriz keluar dengan hanya memakai boxer sahaja.Raut wajah isterinya ditatap,ditarik tubuh itu rapat dengannya.Tangannya hinggap di perut isterinya yang mempunyai 'isi' di dalamnya.

"Love you baby." Ucap Harriz.Satu ciuman juga dilabuh dibibir isterinya.
"And you always be my angel,dear." Bisik Harriz.

Rina menguap,matanya digosok dan muka yang kelihatan mamai itu memang dah mengambarkan dia baru bangun dari tidur, lagioun hari ini cuti kerja dan cuti solat jadi apa salahnya bangun lewat.Rina mengikat rambutnya yang panjang dengan gaya messy bun.Dia mencuci muka dahulu.

"Haih,nak masak apa eh?Dulu Asha ada tak payah fikir.Boring." Keluh Rina, jika dulu kalau dia bangun lewat Asha yang akan buat sarapan pagi,dan sebaliknya juga.Matanya menangkap plastik sampah,nampaknya kena buang dulu sampah baru buat breakfast.

Rina memakai tudung ekspress,nasib dia masih memakai sweater berwarna merah. Saat membuka pintu,Rina bagaikan keserampukan.Kepala ayam yang tergantung di depan pintu membuatkannya pucat tak berdarah.

"Aaahhhh!!!"

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now