Bab 77

6.4K 170 2
                                    

Ariessa menggelap air matanya,bila teringat akan masa silam.Adakah ini balasannya kerana mengecawakan hati seorang ibu?Selama ini hidup dia tidak pernah tenang hidup dengan kebencian orang lain.

"Ibu,maafkan Riessa." Rintih Ariessa, sungguh dia inginkan waktu-waktu dulu saat manis bersama ibunya.

"Sampai bila kau nak marah dekat Riessa?" Harriz memandang tajam ke arah Zach.

"Kau tahukan apa yang dia buat dulu." Dingin Harriz, Zach mencampakkan sekeping sampul di dalamnya.

"Kalau kau terus menghukum orang yang tak bersalah, kau sama ajer macam si lahanat tu buat.Kau tengok dan kau putuskan sendiri." Zach berlalu pergi, itu adalah maklumat yang selama ini dia simpan dan kini tiba masanya untuk dia dedahkan.Ini bukan salah Ariessa.

Harriz meneliti satu-persatu maklumat itu.Harriz memejamkan matanya,jadi ini sebab Ariessa melakukan ini semua.

"Kenapa kau tak pernah cakap dekat aku." Harriz mengurut dahinya,yang terasa sakit.

"Kau dah tengok kan,sampai bila kita nak benci dia sedangkan kita adalah penyebab dia buat semua ni." Mata Harriz tidak lari daripada melihat Ariessa yang bersedih,sambil memegang satu frame gambar yang amat bermakna buat mereka semua.

Ariessa tersentak bila terasa satu tangan mengusap pipinya.

"Dasar budak cengeng,dah jadi mak orang pun nak nangis.Aku tengok anak kau tu pun bukan kaki nangis macam kau."

"Riz.." Harriz meletakkan jari tengahnya di bibir Ariessa tanda dia tidak mahu sebarang bicara.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now