Bab 38

8K 224 7
                                    

"Bu,cantik tak?" Soal Adam kepada ibunya sambil menunjukkan lukisan yang dilukis.

"Cantik pandai anak ibu lukis." Puji Ariessa, Adam ketawa kegirangan.

"Ni Adam,ni daddy dan ni ibu." Terang Adam,sambil menunjukkan lukisan yang dilukis menggambarkan keluarga yang bahagia. Ariessa tersenyum, namun dia dapat melihat raut wajah anaknya bertukar muram.

"Kenapa abang sedih?Cantiklah lukisan yang abang lukis.Kenapa ni sayang?" Pujuk Ariessa, Adam memandang ibunya.

"Daddy selalu sibuk..daddy tak pernah ada dengan Adam.Adam rindu daddy." Luah si polos itu,Ariessa lantas memeluk anaknya itu.

"Daddy sibuk sebab daddy kerja kalau daddy tak sibuk abang ajak daddy keluar. Ujar Ariessa,Adam mula tersenyum.

" Betul ke bu,abang nak tunggu bila daddy tak sibuk...abang nak a..jak daddy jalan-jalan ngan ibu."Tutur Adam girang.Ariessa tersenyum.

Ariessa mengemas buku-buku milik Adam,yang sudah masuk tidur.Kedengaran pintu utama dikuak dari luar dan terpancullah wajah seorang lelaki yang bermuka dingin.

"Awak nak makan?Kalau tak saya nak pansakan lauk-lauk tu." Ujar Ariessa lembut,lelaki itu memandang tepat wajah isterinya.

"Aku tak lapar." Ringkas lelaki itu berkata,lalu dia naik ke atas melalui lif yang disediakan.Ariessa mengeluh,dengan sikap suaminya itu namun dikuatkan hati.

"Sabar Riessa..Sabar." Luah Ariessa di dalam hati.

Asha menyiapkan pakaian kerja suaminya,Harriz sedang mandi.Dalam Asha leka menyiapkan pakaian kerja suaminya itu,dia tersentak apabila ada tangan yang sedang berlingkar di pinggangnya dari belakang.

"Awak..janganlah." Ujar Asha sambil merungkaikan pelukan Harriz di belakangnya namun semakin erat adalah.

"Semalam kau tak larang pun." Balas Harriz sambil beriak nakal,Asha sudah merah muka,lalu dengan pantas dia mencubit lengan suaminya itu.Harriz mendengus,pautan di pinggang isterinya dilepaskan.

"Janganlah sebut.." Kata Asha,Harriz beriak nakal sengaja mengusik isteri di pagi tak salahkan.

"Asal salah,bukan semalam kau yang bukan..." Belum sempat Harriz ingin menghabiskan ayatnya,Asha menekup mulut suaminya itu.

"Dah awak pakai baju ni dan saya nak turun bawah." Ujar Asha lalu dengan pantas dia keluar,Harriz ketawa melihat telatah isterinya itu.

Asha yang sedang menghidangkan sarapan melemparkan senyum kepada adik iparnya.

"Zach jemput makan." Pelawa Asha,Zach mengangguk. Dia mengenakan kemeja berwarna biru lembut dipadankan dengan tie hitam dan seluar slack.Asha

"Abang tak siap lagi ke?" Soal Zach,dengan kakak iparnya ni kena cakap baik-baik sebab hari tu dia main kau-aku bila bercakap dengan kakak iparnya itu,di dengari oleh si Harriz tu mahu dia tak marah.

"Rasanya kejap lagi turunlah,Zach nak makan apa?Saya boleh hidangkan.Ujar Asha,lagipun Zach tua sedikit daripada dia.

" Boleh tak you hidangkan I nasi goreng tu,sebab kejap lagi I kena pergi site."Tutur Zach, lembutkan dia bercakap dengan kakak iparnya itu.Asha mengangguk namun belum sempat tangannya ingin menggapai senduk untuk mencedok nasi goreng, ada satu tangan menghalang.

"She's is my not yours,do with yourself." Tegas Harriz, Zach mencebik.

"Kedekut,bini kau tak kesah pun." Bidas Zach,sambil tangganya mencedok nasi goreng sendiri.

"Aku kesah dah pun bini aku,hanya aku yang boleh arahkan dia." Tempelak Harriz, Asha menggeleng kepala dengan perangai dua beradik ini.Pagi- pagi dah berbalah.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now