Bab 39

8K 196 6
                                    

Asha yang sedang berjalan hampir tersungkur apabila bahunya dilanggar,beg plastik yang dijinjingnya terjatuh.

"Maaf..saya tak sengaja." Ujar seorang wanita yang bertudung itu,dia memungut barang yang terjatuh tadi.Wanita itu menghulurkan barang Asha.

"Tak apalah,mungkin salah saya tak tengok kiri kanan." Ujar Asha.

"Tak bukan salah awak,saya yang ralit sangat tengok handphone.Saya minta maaf lagi sekali." Balas wanita itu, dia melemparkan senyum kepada Asha.Asha mengangguk.

"Nama saya Hani,nama awak?" Soal Hani.

"Asha dan selamat berkenalan." Balas Asha,Hani tersenyum sambil mengeluarkan kadnya.

"Tu kad saya,nanti call tau." Ujar Hani sambil menghulurkan kadnya,dan diterima baik oleh Asha.

"Bos ni maklumat yang bos nak,segala apa yang bos nak ada dalam tu." Ujar lelaki yang bertatu itu.Lelaki yang sedang duduk di kerusi empuk dan yang digelar bos itu tersenyum sinis.

"Aku akan pastikan kau tersungkur Reid." Ujar lelaki itu nekad,dia akan pastikan empayar yang ditubuhkan oleh lelaki itu musnah.

Kojek berjalan terhuyung-hayang kerana terlebih minum dengan di sampingnya seorang yang bakal menjadi 'lauknya'.

"Mana you letak kereta you? "Soal perempuan itu.Sudah satu kerja pula dia nak memapah tapi disebabkan duit yang lumayan yang dia terima dia tak kesah.Tak sabar nak menanti habuannya.

Kojek menunjukkan arah dia meletakkan keretanya.Perempuan itu tersenyum sinis.

"You ikut I okay... Sayang.. "Bisik perempuan itu.Kojek senyum gatal sambil tangannya meliar di tubuh perempuan itu.

"Aku dah buat kerja aku."Lelaki itu senyum sinis sebelum menyerahkan sampul berwarna maroon yang berisi duit.

Dia mengarahkan beberapa orang lelaki yang mengikuti menolak tubuh Kojek ke dalam sebuah van putih. Kojek yang masih mabuk tidak menyedari akan keadaan itu.

"Banyak sangat mamat tu minum."Kritik lelaki itu. Perempuan itu senyum sinis.

"Lain kali ada kerja call aku."Ujar perempuan itu  sebelum bergerak pergi.

La Torture... (Part 1)

"Nak tunggu bos ke? Aku dah tak sabar nak rembat ni."

Amsyar senyum sinis memandang lelaki itu tak pernah berubah.

"Jangan sampai mampus sudah."Itu yang diberi amaran oleh Harriz.Lelaki itu senyum sinis.Jadi green light lah...

Amsyar hanya duduk diatas sebuah sofa yang ada di bilik itu.Dia belum ada mood lagi untuk merembat jadi dia biarkan lelaki itu sahaja yang melakukannya.

Splash!!!

Kojek yang masih belum sedar terkejut bila tubuhnya disimbah air.Matanya memandaang dua wajah asing itu.Dia tak pernah jumpa mereka.

"Kau sapa! Aku tak pernah kenal korang! Lepaskan akulah! "Pekik Kojek apabila menyedari tangan dengan kakinya diikat.

Buk!!

"Bising sangat bingit telinga aku dengar."Dengan wajah sinis bila melihat hasil lebam di muka Kojek. Itu baru sedikit sahaja.

Kojek dapat rasakan mulutnya berdarah."Aku tak pernah kenal kau!"Jerit Kojek.

"Kau ni sotong ke? Setakat kena hempuk dah sakit.. Relax bro ada banyak lagi."

Lelaki itu bergerak ke arah meja yang tersusun dengan pelbagai peralatan tajam.Tapi matanya tertarik dengan kayu hoki yang tersadai di dinding.Kojek telan air liur.

"Aahhh! "Raung Kojek bila kayu hoki itu dilibas pada peha kirinya.Terasa sakit sangat dan sekali lagi di peha kanan.

"A.... Ku tak...buat salah dengan kau...."Tersekat-sekat Kojek berkata.Amsyar berdiri dan senyum sinis.

"Kejap lagi kau akan tahu apa salah kau."Dia bergerak ke arah meja lalu diambilnya sebilah pisau tajam.

"K.. Kau nak buat apa dengan pisau tu? "Soal Kojek takut dan gerun.

Amsyar duduk mencangkung pisau itu dihunus dalam ke arah peha lelaki itu. Meraung Kojek dibuatnya. Jelas tubuh itu lemah.

"Takkan sakit bro.. Baru sikit. Lembik betul."Kutuk Amsyar.




MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now