"Penatnya." keluh Rina,Asha menggeleng hari ni mereka agak lewat dalam pukul 6:40 petang kerana kebiasaanya mereka balik sampai pukul 5:00 petang kalau mereka syif pagi.Nasib baiklah mereka dah sembahyang solat asar taklah terburu-buru nak sembahyang bagai.
"Apa kata kita beli lauk yang dah siap jer balik kita masak nasi,okey tak?" soal Rina.
"Okey jugak kalau nak masak takut tak sempat." Balas Asha,lagipun mereka bukan kerap sangat beli lauk yang dah siap hanya jarang kerana mereka kenalah jugak simpan duit.Tapi taklah boros sangat nak beli bermacam lauk sangat dan hanya membeli mengikut kemampuan,itulah yang lebih baik.
Dalam mereka bergerak untuk melintas jalan,tanpa mereka sedar ada yang sedang memerhati sambil tersenyum sinis.
"Dah-dahlah buat push upnya,nah air." Ujar lelaki itu sambil meregangkan otot,lelaki itu membuka penutup air mineral yang dihulurkan oleh lelaki tadi.
"Macam mana dengan budak-budak?" soal lelaki itu apabila sudah menghilangkan dahaga sambil mengelap peluh.
"Semua beres tapi macam biasalah kalau tak ada langau-langau busuk memang tak sahlah." Balas lelaki yang menghulurkan air tadi.
"Nampaknya mereka tak kenal sapa aku kat kawasan tu." Sinis lelaki itu.
Asha baru selesai menunaikan solat Isyak,keluar dari bilk dan dia lihat temannya itu sedang bersantai di depan TV.
"Kau dah solat?" Soal Asha kepada Rina yang sedang menontin drama korea dengan mengunyah potato.
"Aku cuti.." Ujar Rina tersengih,selepas makan malam dia naik bergerak ke bilik dalam beberapa minit dia rasa tak selesa dan dia ke bilik air untuk check,lagipun bulan uzur dia
tak menentu."Best ke citer ni?" soal Asha apabila melihat sahabatnya yang ralit sangat menonton,dia pun melayan drama Korea tapi tak sehebat sahabatnya itu yang tahu semua drama terbaharu k-pop.
"Terlajak best,dahlah pelakon-pelakon dia daebak." Puji Rina,Asha pun turut terjebak dengan drama yang ditonton oleh Rina.
Tapi memang best pun kalau tonton drama Korea sebab dari setiap jalan cerita berlainan dengan drama lain tak macam drama melayu yang asyik dengan kahwin paksa,cinta antara dua darjat entah apa bagai.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...