Bab 84 ENDING

12.3K 207 9
                                    

Hayden mengetap kuat,kalau dia adalah punca semua ini dan dia yang memulakan permainan ini dia sendiri akan tamatkan.

"Maafkan aku." Sebaik Hayden berkata itu,pistol di tangannya dilaras tepat ke arah Hani.

"Kau takkan berani nak tembak aku." Ujar Hani,Hayden sendiri tahu nyawa Ariessa kini dia yang pegang.Hayden tersenyum sinis.

Bang!

Hani tergaman,bukan dia yang kena tembakan itu,tapi Ariessa. Tubuh Ariessa melorot jatuh,Hani merenung tajam Hayden nampaknya dia kena melarikan diri.

"Kau tak guna sial!" Saat itu dengan perasaan marah Hani ingin mengeluarkan pistolnya, namun.

Bang!

Tepat kesan tembakan itu tersasar ke arah kepala Hani,jatuh melorot dan akhirnya rebah.

"Head shot." Ujar Aiman dari atas.Dari tadi dia sudah aim si Hani bila dia mendapat arahan daripada Reid.Tapi dia terhalang kerana Hani menggunakan Ariessa sebagai pelindung.

Hayden memangku tubuh Ariessa akibat kesan tembakannya.

"I am so sorry." Ucap Hayden, Ariessa tersenyum lemah.

"Apa yang awak buat dah cukup buat saya gembira.. Saya cintakan awak." Agak lemah suara Ariessa.Hayden tersenyum namun riak itu berubah bila Ariessa semakin lama semakin memejamkan mata.

Takkan kesan tembakannya, dia hanya menembak sipi sahaja.

"Kita bawak pergi hospital." Arah Harriz, lagipun dia juga ingin membawa Asha ke hospital.

Harriz tersenyum bila melihat Asha yang sudah tersedar,Asha terpaksa dimasukkan air kerana kekurangan cecair di dalam badan dan ditahan untuk beberapa hari.

"Good morning mummy boo." Ucap Harriz. Asha tersenyum. Sejak kandungannya semakin membesar dia semakin ingin bermanja dengan Harriz. Tubuh sasa suaminya dipeluk erat.

"Makin manja kau kan." Dalam pada masayang sama dia mengelus pipi isterinya.

"Biarlah saya manja dengan suami saya sendiri.Habis tu awak nak saya manja dengan Zach.." Sengaja nak melihat reaksi sang suami.

Hayden menjeling tajam."Kalau kau berani kau buatlah macam tu sila hari bulan tembus kepala kau dengan budak tu."Jelas Harriz bersuara dengan wajah yang kelihatan agak bengang.Asha tersenyum.

"Woi!Dahlah kat hospital pun jadi." Sinis Zach, sambil dia meletakkan hamper yang berisi buah-buah segar.Harriz tersenyum sinis, lalu bergerak dan meluku kepala adiknya.

Rina memeluk sahabatnya itu. "So,macam mana kau dah okey?" Soal Rina.

"Aku okey dan tak sabar nak keluar dari hospital ni boring." Jawab Asha,Rina ketawa bukan dia tak tahu lagipun siapa yang suka kan hospital.Asha merenung ke arah Rina,dia nampak Rina sedikit berisi semasa Rina melangkah masuk.

"Kau preganant?" Soal Asha perlahan,Rina tersenyum dan mengangguk. Asha lantas memeluk Rina dengan riak gembira.

"Habis tu Am tahu tak?" Soal Asha,Rina memandang ke arah Amsyar yang sedang berborak dengan Harriz dan Zach.

"Aku ada nak bagi tahu korang."

"Apa?" Soal Zach.Amsyar tersenyum.

"Aku bakal jadi daddy." Ujar Amsyar gembira,Harriz memeluk Amsyar sambil mengucapkan tahniah.

"Wow!Aku ingat kau tak subur." Amsyar menjeling tajam ke arah Zach nasib baik dekat hospital kalau tak memang dia lanyak budak ni.

"Jangan peduli budak tak matang." Sinis Harriz.

Keriuhan wad itu bertambah dengan kedatangan Hayden sekeluarga.

"Hai auntie." Ceria wajah Adam,sambil mendekati Asha.Lalu diberikan satu beg kertas.

"Ibu bagi." Ujar Adam,Rina mencubit pipi comel Adam.Mestilah comel tengok Hayden dengan Ariessa sama-sama cantik dan putih.Ditambah dengan Hayden yang agak orang putih gayanya.

"Aku dari luar dengat suara korang asal?" Soal Hayden.

"Ni kawan kita bakal jadi bapak budak." Ujar Harriz.

"Harap-harap perangai kau berubah matang." Amsyar menumbuk bahu Hayden,dasar sekepala betul dengan Zach.Ariessa mengucapkan tahniah kepada Rina.

"Kau bila lagi takkan nak membujang jer." Sinis Hayden.

Zach buat tak layan sengaja berpura-pura ralit dengan phone.

"Wow!Meriahnya dekat sini." Ujar Arlin sambil melangkah dengan wajah ceria.

"Bos ni barang yang bos mintak." Ujar Arlin sambil menghulurkan beg kertas itu.

"Thanks Ar." Arlin mengangguk. Dia mendekati Adam yang berada disebelah Ariessa.

"Makin handsome Adam sekarang, boleh buat jadi boyfriend ni." Ujar Arlin, tanpa sedar ada yang tengah berasap.

"Akak nak jadi girlfriend saya ke?" Ariessa tergaman,ni mesti ikut perangai sang suami. Yang lain ketawa dengan soalan Adam.

"Ikut perangai kau betul." Sampuk Amsyar. Hayden mengangkat kening dengan riak bangga.

Belum sempat Arlin ingin menjawab.

"This is mine not you.She is my girl." Arlin terganga,gila mati si Zach sewel ini berkata.

"Wuu!Makan nasi minyak tak lama lagi." Ujar Hayden, kata-kata Hayden memecahkan suasana.

"Aku dah terbau ni." Sambung Amsyar. Arlin menahan rasa malu tapi dalam hati rasa nak ke bulan.

Dalam mereka bergelak tawa seorang jejaka melangkah masuk ke dalam bilik wad Asha siapa lagi kalau bukan Aiman.

"Nah untuk awak."Ujar Aiman.Asha senyum sebelum mengambil bakul yang berisi buah-buah.Sedikit berdehem Harriz dia tak suka Asha senyum dekat orang lain.

"Jangan jealous bro."Ujar Aiman.Mereka yang lain ketawa kecuali Harriz.

"Terima kasih Man sebab tolong saya."Ucap Asha tak pernah dia sangka rupanya Aiman bekerja di bawah suaminya dan penembak tepat pulak tu.Jauh perwatakkan dengan Aiman kedai buku sebelum ini.

"Tak ada hal lah dah tanggungjawab."Balas Aiman.

"Oh selama ni kau yang jadi spy suami Asha mati-mati aku ingat kau suka Asha selama ni siap belanja makan bagai."Celah Rina.

Harriz memandang tajam ke arah Aiman.Tak pernah dia bagi arahan supaya lelaki ini belanja makan bini dia.. Amboi kurang asam betul.

Aiman menelan air liur."Relax bro aku bukan berdua pun aku..bawak sekali minah monster ni jugak kalu nak belanja makan.....Takkan aku nak tangkap cintan dengan bini kau. Aku tak sedia nak mati agi."Tersekat-sekat Aiman menjelaskan.

"Awak tengok tu dia kutuk saya.. "Adu Rina.Aiman senyum kerang.

"Tu bukan kutuk tu fakta."Rina merengus menyakitkan hati bercakap dengan suaminya. Nak majuk tak apa malam ni dia hambat lelaki itu tidur luar.

Mata Aiman mengerling ke arah Ariessa yang senyum manis melihat telatah mereka.Anak sapalah yang cun ni.. Hayden yang perasan akan hal itu lantas mengeratkan pelukan di bahu Ariessa. Malu Ariessa dibuatnya.

"She's mine."Serius Hayden.

"Alo.. Ingat adik tadi."Ujar Aiman baru nak masuk jarum dah dirembat dulu nasib baik tak mintak nombor dulu mahu dia pulak masuk ICU.

"Terima kasih sebab kau tetap ada dengan aku dan sanggup hadiahkan aku dengan baby kita." Ujar Harriz, kini hanya mereka berdua dalam bilik ini.

"Dan terima kasih sebab jadikan saya wanita yang paling bahagia.Love you Mr Mafia." Ucap Asha.

"Love you too,Mrs wifey." Lantas itu tubuh sang isteri dipeluk.Moga mereka tetap bersama walaupun liku mendatang.

Kisah mereka tidak sempurna dan tidak seindah tapi bila hadirnya cinta menghiasi cerita mereka kelihatan sangat sempurna.

                 THE END

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now